Cara Semak Markah Koko Pelajar Secara Online. Apakah itu EMKOKO? Markah Kokurikulum adalah penilaian yang sangat penting buat pelajar. Berikut dikongsikan cara-cara membuat Semakan Markah Kokurikulum Pelajar secara Online. Markah yang tinggi dalam peperiksaan tidak menjamin tempat anda dalam permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan juga Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melalui permohonan melalui UPU. Oleh itu, pelajar perlu aktif dalam aktiviti kokurikulum dan tidak hanya cemerlang dalam keputusan akademik.
Kegiatan kokurikulum sekolah yang merupakan aktiviti luar bilik darjah yang merangkumi aktiviti Pasukan Badan Beruniform, Kelab/ Persatuan serta Sukan/ Permainan. Kegiatan Koko adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh itu pelajar perlu ingat akan kepentingan aktiviti Koko. Ianya juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Semakan Markah Kokurikulum Pelajar Online
Semakan Markah Kokurikulum Pelajar Online boleh dilakukan melalui sistem eMKOKO
Sistem eMKOKO
Sistem Aplikasi Mengumpul Markah Kokurikulum 10 % Online Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), eMKOKO merupakan sebuah sistem sistematik yang dibangunkan khas untuk para guru merekodkan penilaian markah kokurikulum bagi pelajar lepasan PT3, SPM, STAM dan STPM.
Semakan Markah Kokurikulum Pelajar Secara Online
Seperti yang diterangkan sebelum ini, Markah Kokurikulum adalah satu penilaian yang sangat penting kepada pelajar untuk membuat permohonan kemasukan ke MRSM, SBP dan juga Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ataupun permohonan melalui UPU.
- Cara Membuat Semakan : Sila layari: Sistem eMKOKO KPM
- Masukkan No Kad Pengenalan Murid dan tekan Butang SEMAK
- Sila berhubung terus dengan guru kokurikulum di sekolah anda sekiranya terdapat sebarang kemusykilan berkenaan markah yang anda perolehi.
Skema Pemarkahan Kokurikulum
- Tiada gred pemarkahan seperti peperiksaan
- Hanya ada Markah dari 0 hingga 10 iaitu minimum adalah 0 dan markah maksimum adalah 10
Pengisian Markah Oleh GURU Di PAJSK
PAJSK merupakan satu sistem yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk guru mengisi maklumat markah pentaksiran kokurikulum, sukan dan jasmani pelajar.
Terdapat 4 menu utama di dalam sistem PAJSK iaitu Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Guru Penolong kanan Kokurikulum.
Jika anda seorang guru yang ingin mengisi maklumat kokurikulum pelajar, anda pilih menu keempat iaitu Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
Modul Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Dan Kokurikulum
- 1. Ujian SEGAK & BMI
- 2. Kokurikulum: Kelab Persatuan, Unit Beruniform dan Sukan Permainan
- 3. Ekstra Korikulum
Cara Login Masuk Sistem PAJSK Online
Berikut dikongsikan cara login sistem PAJSK secara online :-
- 1. PAJSK boleh diisi secara online dan offline. Untuk pengisian secara atas talian adalah melalui applikasi seperti berikut:
- KLIK: LOGIN PAJSK
- 2. Kemudian, klik pada bahagian Guru Penolong Kanan Kokurikulum samada ‘Sekolah Rendah’ atau ‘Sekolah
Menengah’. - 3. Masukkan ID Kod Sekolah dan Kata Laluan dan klik pada butang masuk.
- 4. Selepas anda berjaya login masuk, anda boleh mengisi maklumat yang diminta dalam sistem ini. Pastikan anda kemaskini kata laluan yang baru.
- 5. Klik ‘Simpan’ setelah semua maklumat diisi.
Selamat membuat Semakan Markah Kokurikulum Pelajar secara online. Semoga sistem eMKOKO KPM ini memudahkan pelajar dalam membuat semakan markah dalam talian. Juga ianya dapat memudahkan guru dalam mencatatkan markah pelajar secara online.