Cara Daftar dan Semakan EKasih Permohonan Maklumat Kemiskinan. Berita baik buat rakyat Malaysia. Kerajaan telah memperkenalkan sebuah sistem yang sistematik bagi mengurangkan isu kemiskinan di negara ini. Kemiskinan adalah suatu isu yang sering diperbahaskan di setiap negara termasuk Malaysia. Pelbagai solusi telah dicadangkan bagi mengurangkan kadar kemiskinan di negara ini. Sebagai usaha untuk terus membendung masalah ini, kerajaan telah memperkenalkan sistem yang dikenali sebagai E-Kasih iaitu sebuah Portal Pembasmian Kemiskinan di mana ia menjadi pusat pangkalan data bagi keluarga miskin.
Sistem ini akan mengumpul profil peribadi individu yang telah berdaftar bagi memudahkan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan program kemiskinan yang diterima Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehingga permohonan bantuan yang diterima. Ia juga bertindak untuk menyelaraskan segala maklumat, aktiviti dan program bantuan kemiskinan.
Cara Daftar Dan Semakan EKasih
Untuk mendapatkan panduan berkenaan sistem E-Kasih, rujuk beberapa perkara penting yang dikongsikan di bawah termasuklah panduan untuk individu yang ingin mendaftar:
Sistem eKasih ialah satu sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Data dalam sistem ini juga digunakan untuk pemberian bantuan seperti skim i-suri KWSP suri rumah
- eKasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima
- Komponen data eKasih terdiri daripada maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), Maklumat Lokasi, Kediaman, Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan.
Ciri-Ciri Utama Laman E-Kasih | |||
Bilangan | Ciri | ||
1. | Menyemak status kemiskinan online | ||
2. | Menyelaras maklumat bantuan | ||
3. | Mengemaskini maklumat terkini kemiskinan online | ||
4. | Mengira status miskin atau miskin tegar secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita | ||
5. | Menjana laporan dan statistik kemiskinan | ||
6. | Memantau kemiskinan dan Poverty mapping dengan lebih efisyen |
Sehubungan dengan itu, antara perkara penting yang dikendalikan oleh E-Kasih termasuk. Maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), maklumat Lokasi, Pendidikan, Kediaman, Kemahiran dan Perkerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan dan Pendapatan.
Dengan adanya semua maklumat itu, ia dapat memudahkan Sistem E-Kasih untuk mencari individu yang bersesuaian untuk memulakan aktiviti keusahawanan kecil bagi menyelesaikan masalah kemiskinan mereka.
Individu yang layak mendaftar
Dipetik dari sumber Portal Rasmi E-Kasih, sistem ini menggalakkan pendaftaran dibuat bagi Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan bawah RM1, 500 (Bandar) dan RM1, 000 (Luar Bandar) sebulan.
Sistem yang diadakan dalam Portal E-Kasih perlu dimanfaatkan dengan memberikan butiran maklumat penting berkaitan kemiskinan yang dialami melalui borang permakluman secara online.
Cara Pendaftaran Permohonan Online atau Manual
Berikut dikongsikan cara-cara membuat pendaftaran dan semakan permohonan.
- Anda boleh mendaftar dengan cara berhubung terus dengan agensi seperti Pejabat Daerah atau Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Persekutuan (JPP/PPPN) yang berdekatan dengan anda.
- Individu juga boleh menghubungi melalui telefon, surat atau e-mel rasmi atau membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).
- Proses pendaftaran adalah seperti carta alir berikut :-
Cara Semakan Pendaftaran Permohonan eKasih
Untuk membuat semakan pendaftaran E-Kasih, anda juga boleh mengikuti salah satu daripada cara di bawah:
- Menghubungi pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM) melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Negeri PPN (JPP/PPPN Bahagian Unit Kesejahteraan Rakyat) dengan mengemukan info penting seperti Nama, No. Kad Pengenalan, No. telefon atau Email atau alamat surat-menyurat yang dapat dihubungi.
- Selain itu, anda boleh melakukannya secara online, dengan mengisi no. kad pengenalan anda di pautan ini: Laman Semakan Pendaftaran E-Kasih
Maklumat Lanjut
Jika terdapat sebarang soalan atau masalah tentang E-Kasih. Anda boleh menghubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MGCC) di talian 03 8000 8000.
Manual pengguna juga disediakan seperti berikut:
Klik : Manual Pengguna
Soalan Lazim, klik
Semoga maklumat berkaitan Cara Daftar dan Semakan E-Kasih ini dapat menjadi panduan yang berguna kepada anda yang ingin mendaftar. Selamat mendaftar dan semoga pendaftaran anda berjaya dan dapat membantu dalam menyelesaikan masalah kemiskinan yang dialami.
Related : garis kemiskinan pgk semasa, bawah pendapatan garis kemiskinan, satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang melaksana dan memantau program kemiskinan, 9 komponen bagi membantu merancang melaksana dan memantau program kemiskinan, https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx, mengenal pasti mereka yang benar benar layak berasaskan kepada profil terkini dan pendapatan garis kemiskinan pgk semasa, rm1,500 bandar atau rm1,000 luar bandar sebulan, surat atau majlis pengurusan komuniti kampung mpkk atau majlis perwakilan penduduk mpp,