Cara Mendaftar Sebagai Pengundi (Pemilih Pilihanraya). Anda layak untuk mengundi pada PRU15 nanti? Tahniah buat mereka yang telah membuat pendaftaran pemilih, Anda boleh membuat check daftar pemilih secara online. Buat mereka yang berkelayakan tetapi masih belum mendaftar sebagai pengundi, berikut dikongsikan cara daftar mengundi pilihanraya atau pendaftaran sebagai pemilih.
Untuk makluman, orang ramai boleh membuat pendaftaran pemilih di pusat-pusat pendaftaran kerana SPR melaksanakan sistem pendaftaran pemilih sepanjang tahun. Untuk makluman, 19 November 2022 telah dipilh sebagai tarikh mengundi di PRU15. Oleh itu, tarikh akhir bagi pendaftaran pemilih yang dikemaskini sehingga 9 Oktober 2022. Seramai 21,173,638 pengundi layak untuk melaksanakan tanggungjawab mengundi pada PRU 15.
Pendaftaran Pemilih Pilihanraya SPR (Cara Daftar Mengundi)
Bermula 15 Disember 2021, pendaftaran pemilih/pengundi secara automatik telah dikuatkuasakan bersama pindaan umur kelayakan pengundi 18 tahun. Maka, warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas layak dan secara automatik telah mendaftar sebagai pemilih mengikut maklumat di kad pengenalan masing-masing. Tiada pendaftaran diperlukan dan pemilih boleh menyemak daftar pemilih di MySPR Semak Aplikasi Semak Daftar Pengundi
Berikut dikongsikan panduan Cara Daftar Mengundi Pilihanraya sebelum ini dimana SPR ada menjalankan dua (2) jenis pendaftaran pemilih iaitu seperti berikut :-
- Pendaftaran Baru: SPR menerima permohonan warganegara yang memohon untuk mendaftar sebagai pemilih buat pertama kali.
- Pendaftaran Tukar Alamat dan Pusat Mengundi: SPR juga menerima permohonan pemilih berdaftar yang memohon untuk mendaftarkan alamat tempat tinggalnya yang baru. Ia dikaitkan dengan pertukaran alamat Pusat Mengundi kerana secara lazimnya, sekiranya seorang pemilih berpindah ke tempat baru, maka, Pusat Mengundinya akan ditetapkan mengikut pendaftaran alamat tempat barunya itu.
Mengikut undang-undang pilihan raya, SPR boleh mendaftarkan dua (2) jenis pemilih iaitu:
- Pemilih Biasa: Pemilih biasa adalah pemilih berdaftar yang perlu hadir untuk mengundi di pusat-pusat mengundi semasa pilihan raya.
- Pengundi Tidak Hadir: Pengundi Tidak Hadir atau PTH adalah golongan pemilih yang dinyatakan dalam Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, iaitu, anggota tentera dan pasangan, anggota perkhidmatan awam yang bertugas di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya serta pelajar sepenuh masa yang menuntut di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya. PTH ini dibenarkan mengundi secara pos.
Cara Mendaftar Sebagai Pengundi (Pemilih Pilihanraya)
Kepada mereka yang layak tetapi masih belum mendaftar sebagai pengundi. Orang ramai boleh membuat pendaftaran pemilih di pusat-pusat pendaftaran yang dikongsikan di bawah ini kerana SPR melaksanakan sistem pendaftaran pemilih sepanjang tahun.
Untuk makluman, 30 September 2016 sebagai tarikh tutup pendaftaran pemilih untuk mengundi di PRU14 adalah tidak benar. Tarikh yang dinyatakan adalah tarikh akhir bagi pendaftaran yang akan dimasukkan dalam Daftar Pemilih Tambahan Suku Ketiga 2016.
Individu yang mendaftar dalam tempoh bermula 1 Oktober hingga 31 Disember 2016 akan dimasukkan dalam Daftar Pengundi Tambahan Suku Keempat 2016.
Syarat Kelayakan Pendaftaran Pengundi
Anda layak mendaftar sebagai pengundi dengan membuat pendaftaran pemilih dengan syarat anda memenuhi syarat berikut:-
- Warganegara Malaysia;
- Sudah mencapai umur 21 tahun;
- Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia; dan
- Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuatkuasa
Pusat Pendaftaran
Anda boleh mendaftar di pusat pendaftaran seperti berikut :-
- (a) Ibu Pejabat SPR Malaysia
Aras G, Menara SPR
No.2, Jalan P2T, Presint 2
62100 Putrajaya
No. Telefon: 03-88927000 - (b) Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri
- (c) Maklumat pejabat-pejabat pos
- (d) Kaunter SPR melalui Program Outreach
- (e) Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri.
- (f) Penolong Pendaftar yang dilantik daripada kalangan parti-parti politik,agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan
A. UNTUK PEMILIH BIASA
Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu:
- (a) Datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran;
- (b) Serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;
- (c) Semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan;
- (d) Menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan
- (e) Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.
B. UNTUK PENGUNDI TIDAK HADIR
Anggota Tentera
Pendaftaran PTH dari kalangan ATM dilaksanakan oleh pegawai-pegawai JRP-ATM. Untuk mendaftar sebagai PTH, anda perlu:
- (a) Menghubungi petugas-petugas SPR yang dilantik dari kalangan pegawai JRP;
- (b) Serahkan kad pengenalan tentera anda dan MyKAD (untuk pasangan) kepada petugas yang dilantik oleh SPR dan yang akan menolong untuk mengisikan borang pendaftaran anda.
- (c) Apabila diserahkan kembali borang yang telah diisikan, semak borang daftar yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisi adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;
- (d) Turunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan;
- (e) Dapatkan salinan borang daftar dan simpan sebagai bukti untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran draf Daftar Tambahan Pemilih.
Nota
- (a) Pusat Mengundi anggota ATM dan pasangan adalah ditetapkan mengikut alamat tempat bertugas anggota ATM tersebut.
- (b) Hanya anggota ATM dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai PTH. Anggota keluarga yang lain perlu mendaftar sebagai pemilih biasa dan Pusat Mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon (sebagaimana dalam kad pengenalan).
WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERADA DI LUAR NEGARA
Pendaftaran PTH dari kalangan penjawat awam atau pelajar di luar Negara serta pasangan mereka dilaksanakan oleh pegawai-pegawai pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara. Untuk mendaftar sebagai PTH (luar negara), anda perlu:
- (a) Datang sendiri ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara;
- (b) Serahkan MyKad atau pasport anda kepada petugas yang dilantik oleh SPR. Mereka akan mengisikan borang pendaftaran anda;
- (c) Nyatakan alamat tempat tinggal di luar Negara anda, pekerjaan anda dan nombor siri borang A kepada petugas untuk diisikan dalam sehelai kertas A4 dan dikepilkan dengan borang pendaftaran anda.
- (d) Semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan segala maklumat yang diisikan adalah tepat/ betul, sebelum menurunkan tandatangan;
- (e) Turunkan tandatangan anda setelah berpuas hati; dan
- (f) Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti (sekiranya perlu) untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan.
Cara Mendaftar Sebagai Pemilih Secara Online Dengan MySPR Daftar
Cara Daftar Mengundi. Layari Portal Rasmi SPR dan tekan pada butang “MYSPR DAFTAR” ataupun terus layari Laman Web MySPR Daftar melalui pautan seperti berikut:
A) PERMOHONAN AKAUN BARU
1. Sila klik pada butang “Permohonan Akaun Baru” setelah skrin Log Masuk dipaparkan dan lengkapkan maklumat yang diperlukan. Antara perkara penting yang perlu diisi adalah seperti berikut:
- Nombor telefon bimbit yang sah
- Alamat E-mel yang sah
- Gambar bahagian depan Kad Pengenalan
- Gambar Swafoto bersama dengan Kad Pengenalan
2. Klik pada butang “HANTAR” setelah selesai melengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
3. Satu proses verifikasi akan dibuat Pegawai SPR dan sebaik sahaja pengesahan dibuat, satu emel pengaktifan akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan. Berikut adalah perkara penting yang perlu diingat berkaitan permohonan akaun baru:
- Jika emel tidak dijumpai di dalam Inbox, sila semak di bahagian Spam.
- Permohonan akan diproses pada hari yang sama jika dihantar pada jam 8 pagi hingga jam 12 tengahari hari bekerja.
- Permohonan akan diproses pada hari bekerja berikutnya jika dihantar selepas jam 12 tengahari bekerja.
- Permohonan akan diproses pada hari bekerja berikutnya jika dihantar pada hari Sabtu, Ahad atau Hari Kelepasan Am.
B) PENGAKTIFAN AKAUN
1. Selepas pengesahan dibuat, satu emel pengaktifan akan dihantar ke emel pengguna.
2. Tekan pada pautan yang disediakan dan kotak “Pengaktifan Akaun” akan terpapar. Sila masukkan nombor Kad Pengenalan dan kata laluan yang telah didaftar.
3. Klik pada butang “Mohon TAC“. Satu SMS akan dihantar ke telefon bimbit pengguna. Sila masukkan nombor TAC dan klik butang “HANTAR” untuk log masuk ke MySPR Daftar.
4. Masukkan nombor Kad Pengenalan, kata laluan dan kod captcha. Klik butang “Log Masuk“.
C) ISI BORANG A (PENDAFTARAN BARU/ PERTUKARAN ALAMAT)
1. Selepas dapat log masuk, klik pada menu “Status Saya” bagi melakukan pendaftaran baru atau pertukaran alamat.
2. Klik pada butang “BORANG A (PENDAFTARAN BARU/ PERTUKARAN ALAMAT)” dan seterusnya lengkapkan maklumat yang diperlukan.
- Jika pemilih belum pernah mendaftar, paparan mesej “TUAN/PUAN BELUM MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH” akan terpapar. Setelah klik pada butang tersebut, pemohon akan dibawa ke skrin Borang A (Pendaftaran Baru).
- Jika pemilih telah berdaftar, maklumat akan dipaparkan dan pemilih boleh klik butang “BORANG A (PENDAFTARAN BARU/PERTUKARAN ALAMAT)“. Paparan Borang A (Pertukaran Alamat) akan muncul.
3. Sila tekan pada butang “HANTAR/CETAK BORANG A“. Borang tersebut boleh dimuat turun dan dicetak. Permohonan akan diproses pegawai SPR.
Check Daftar Pemilih Online Dan Manual
Dimanakah saya boleh membuat check status pendaftaran?
- Di Ibu Pejabat Pilihan Raya SPR, Malaysia
- Di Pejabat Pilihan Raya Negeri
- Sistem Pengundi SPR
- Aplikasi Mudah Alih MySPR Semak
- Unit Outreach SPR
SUMBER : SPR
Selamat membuat Pendaftaran Pemilih pilihanraya buat mereka yang berkelayakan tetapi masih belum mendaftar. Moga perkongsian cara daftar mengundi boleh dijadikan panduan buat semua.