Semakan Baki PTPTN Secara Online Dan SMS. Berikut dikongsikan cara semak baki pinjaman PTPTN secara online dan SMS. Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah salah satu kemudahan pinjaman pendidikan yang diberikan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian tinggi ke Universiti Awam – UA/ IPTA dan IPTS. Kegagalan para pelajar dalam membuat pembayaran pinjaman mengikut jadual boleh menjejaskan peluang pelajar lain untuk mendapat pinjaman.
Selain itu, mereka yang gagal membuat pembayaran akan di senaraihitamkan di CCRIS serta boleh dihalang untuk ke luar negara oleh pihak Imigresen/ PTPTN. Oleh itu, pelajar yang ada meminjam wajib untuk membayar hutang PTPTN berkenaan mengikut jadual pembayaran yang telah ditetapkan.
Semakan Baki PTPTN Secara Online Dan SMS
Baki pinjaman PTPTN anda kini lebih mudah untuk di semak dengan kewujudan sistem semakan secara online dan tiada perkhidmatan SMS disediakan. Peminjam akan dapat mengetahui baki pinjaman pendidikan mereka secara cepat dan mudah sekaligus memudahkan ibu bapa/ pelajar untuk membuat pembayaran hutang.
Berikut dikongsikan panduan cara semakan baki pinjaman PTPTN melalui semakan PTPTN online. Mereka yang mempunyai baki tertunggak boleh membuat pembayaran di kaunter atau melalui Direct Debit. Pelajar yang cemerlang pula boleh membuat permohonan pertukaran pinjaman PTPTN ke biasiswa.
A, Cara Semak Baki Pinjaman PTPTN Secara Online
Ini merupakan kaedah semakan yang paling mudah dengan semakan secara atas talian :-
- Layari Laman Web PTPTN dan klik Semakan Penyata Pinjaman
- Masukkan No Kad Pengenalan anda
- Tekan button Semak
Selain itu, pelajar juga boleh membuat semakan Jadual Permohonan Dan Bauaran Pinjaman.
Untuk makluman peminjam, sila dapatkan no pin/ no pinjaman dengan menghubungi talian Hotline PTPTN di 03 – 2193 3000 atau menghubungi lIvechat agent melalui laman web rasmi PTPTN
B. Cara Semak Baki Pinjaman Menggunakan Aplikasi myPTPTN
Untuk kemudahan pengguna, Perbandanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional telah melancarkan aplikasi mudah alih bernama myPTPTN pada 29 Mac 2022. Pengguna yang berumur 18 tahun dan ke atas boleh memuat turun aplikasi ini pada pautan di bawah:
Selepas memuat turun aplikasi, pengguna dikehendaki untuk mendaftar terlebih dahulu. Langkah untuk mendaftar masuk adalah seperti berikut:
- Klik “Daftar Sekarang” selepas membuka aplikasi myPTPTN
- Isikan nama penuh pengguna dan nombor kad pengenalan dengan betul
- Pengguna juga perlu mengisi maklumat seperti alamat emel, nombor telefon dan alamat surat-menyurat
- Cipta kata laluan dan pilih frasa/ikon keselamatan
- Tanda setuju pada persetujuan pengesahan maklumat ynag diberikan
- Telefon pengguna akan menerima nombor TAC dan emel berdaftar pengguna akan menerima pautan pengaktifan
- Pengguna juga perlu lengkapkan proses pengeshan identiti eKYC untuk proses verifikasi dan keselamatan
Selesai proses pendaftaran, pengguna boleh terus membuat semakan penyata pinjaman dan perkhidmatan lain seperti semakan penyata Simpan SSPN, bayaran balik pinjaman, pembukaan akaun, penambahan deposit Simpan SSPN serta permohonan potongan gaji untuk bayaran balik pinjaman. Maklumat lanjut yang berkaitan aplikasi myPTPTN boleh disemak di :
Senarai Perkhidmatan Lain PTPTN
Selain perkhidmatan semakan baki penyata akaun, PTPTN juga ada menyediakan perkhidmatan semakan seperti berikut :-
- Semakan baki deposit akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
- Semakan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP)
- Semak Baki Pinjaman Ujrah dan Pembiayaan Konvensional
- Semakan penyata SSPN, SSPN Plus
- Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN
- Semakan Serahan Wang Tidak Dituntut (WTD)
- Pengecualian Bayaran Balik Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama
Ujrah
Pinjaman Ujrah ialah pinjaman pendidikan PTPTN yang patuh syariah sebagaimana yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada 28 Julai 2008.
Ujrah ialah kos upah 1% setahun pada kadar rata yang dikenakan ke atas pinjaman.
Cara Hubungi PTPTN
Untuk sebarang pertanyaan termasuk cara bayaran balik pinjaman, permohonan bayaran balik untuk kelas pertama online dan ansuran bulanan, sila hubungi PTPTN di
- Laman Web Rasmi PTPTN
- Careline : 03-2193 3000
- Senarai Cawangan PTPTN
Nota : Bayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya 27 haribulan setiap bulan untuk memastikan transaksi tersebut dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa. Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemaskini dalam penyata pada bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN/ Eksekutif Pemasaran PTPTN akan dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa.
Semoga panduan cara semak baki penyata pinjaman PTPTN ini memudahkan pelajar untuk membuat pembayaran pinjaman. Selamat membuat Semakan Baki PTPTN online Dan SMS. Sila pastikan hutang pinjaman dibayar mengikut jadual yang telah ditetapkan.