Semakan Tracking J&T Express Secara Online. Umum mengetahui, perkhidmatan J&T Express dalam penghantaran barang merupakan antara yang terkemuka di negara ini. Apakah cara mudah dan pantas untuk mengetahui status penghantaran barangan anda melalui J&T Express? Berikut dikongsikan cara membuat semakan iaitu cara semak tracking J&T Express secara online buat panduan pengguna perkhidmatan servis kurier di bawah J&T Express.
Status penghantaran barangan boleh disemak secara atas talian (online). Perkhidmatan semakan yang disediakan oleh J&T Express ini memudahkan orang ramai. Mereka tidak lagi perlu datang ke kaunter J&T Express semata-mata untuk bertanyakan status penghantaran barangan milik mereka.
Semakan Tracking J&T Express Secara Online
Perkhidmatan semakan yang disediakan adalah sangat mudah dan cepat. Selain secara online, pengguna juga boleh datang ke kaunter pada waktu operasi J&T Express untuk bertanyakan status penghantaran.
Selain itu, aplikasi mobile J&T Express Malaysia juga diperkenalkan untuk membolehkan pengguna membuat semakan penghantaran oleh J&T Express.
Cara Semak Tracking J&T Express Malaysia Online
Berikut dikongsikan 2 kaedah semakan status penghantaran barangan melalui J&T Express Malaysia :-
1. Semakan Secara Online
- Aplikasi Semakan adalah di J&T Express TRACE & TRACK
- Sila masukkan nombor tracking kurier (airwaybill) pada ruang semakan TRACE & TRACK tanpa menjarakkan nombor
- Jika anda ingin semak lebih dari satu nombor sila pastikan nombor diasingkan dengan simbol “,” seperti ini ‘610019232951, 610019232952’.
- Tekan button ‘TRACK’
- Lihat Status Penghantaran dan klik pada tracking number untuk mendapatkan maklumat lanjut penghantaran
- Boleh menyemak sehingga maksimum 10 nombor sekaligus dalam satu masa
- Antara maklumat yang boleh akan dipaparkan semasa membuat pengesanan (tracking) adalah:
- Tarikh barang mula untuk penghantaran
- Proses penghantaran
- Status kedudukan barang
2. Aplikasi Telefon Bimbit J&T Express Malaysia
Ini merupakan kaedah terbaru semakan
- Muat turun atau download aplikasi J&T Express ini di Google Play dan App Store.
Kelebihan J&T Express
Berikut adalah di antara kelebihan perkhidmatan yang ditawarkan oleh J&T Express Malaysia:-
- Perkhidmatan Pelanggan Hotline 24 Jam
- Beroperasi 365 Hari setahun
- Perkhidmatan Pengambilan yang cekap dan pantas
- Laman Web dan Aplikasi Mesra Pengguna
- Sistem Penjejakan Masa Nyata
- Liputan seluruh negara di Malaysia
- Perkhidmatan Bersepadu Multi-Platform untuk Pelanggan VIP
- Perkhidmatan Tuntutan Pantas
- Harga Biasa dengan Perkhidmatan Premium
- Permohonan SMS
J&T Express juga ada menyediakan perkhidmatan tambah nilai seperti perkhidmatan pick-up, (pembungkusan) dan pengesanan (tracking) berasaskan web di bawah www.jtexpress.my.
Maklumat Cara Semak Tracking J&T Express
Pengguna boleh membuat aduan barangan rosak, hilang dan sebagainya dengan menghubungi Talian Hotline 1-300-80-9000 atau 03-9212 9660 serta juga melalui emel iaitu support@jtexpress.my.
Semoga perkongsian cara Semak Tracking J&T Express Secara Online ini dapat memudahkan anda. Semoga perkhidmatan J&T Express dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa untuk kemudahan setiap pengguna.