Salah satu mata pelajaran yang wajib lulus bagi semua pelajar Tingkatan Lima (5) di bawah sekolah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah Bahasa Melayu. Antara komponen penting untuk para pelajar mengulang kaji dan membuat persediaan sebelum menduduki ujian adalah Komponen Sastera (KOMSAS) bahasa Melayu. Oleh itu, di bawah dikongsikan nota-nota Cerpen Gerhana Manusia : Sinopsis, Tema, Persoalan, Plot. Latar & Pengajaran untuk rujukan semua.
Karya sastera ini merupakan hasil penulisan Aminah Mokhtar yang berasal dari Muar, Johor. Beliau yang bertugas sebagai jururawat telah menulis beberapa karya lain seperti Pelamin Embun, Merdekakan CInta dan Diari seorang jururawat. Beliau juga mendapat beberapa anugerah seperti Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2001 (Kategori Puisi – “Jangan Sampai Kita Hilang Kota”) dan Hadiah Sastera Utusan Exxon-Mobil 2002 (Kategori cerpen, tiga hadiah penghargaan “Erti Cinta Dr. Marianah”, “Ahmad Muhammad” dan Kategori puisi – “Kolek Bonda”)
Nota Cerpen Gerhana Manusia : Sinopsis, Tema, Persoalan, Plot, Latar & Pengajaran
Ikuti perkongsian nota-nota berkenaan Cerpen Gerhana Manusia : Sinopsis, Tema, Persoalan, Plot & Pengajaran di bawah. Pelajar juga boleh merujuk contoh-contoh soalan latihan yang diberikan.
Tema
Cerpen Gerhana Manusia bertemakan sikap mementingkan ganjaran material ketika merawat pesakit sehingga membatasi nilai kemanusiaan.
Persoalan
1) Nilai kemanusiaan seperti simpati dan empati yang perlu ada pada setiap manusia
Nusia yang mempersoalkan tindakan Profesor Doktor Juaidi yang ingin menggunakan semua bekalan darah sejuk kepada satu pesakit sahaja sedangkan ia boleh menyelamatkan pesakit-pesakit lain
2) Kebijaksanaan seseorang untuk menyelesaikan masalah
Profesor Doktor Juaidi bijak untuk meminta pek bekalan darah sejuk daripada bank darah dan hospital lain bagi menyelamatkan pesakitnya
3) Jati diri yang kuat dalam menghadapi cabaran hidup
Doktor Murni pada mulanya akur pada arahan ketuanya, meletakkan jawatan kerana berpendapat nilai kemanusiaan lebih penting daripada wang ringgit atau darjat seseorang
4) Bertindak rasional dalam menyelesaikan masalah
Juruteknik Makmal Darah mengikut arahan Nusia untuk memberikannya lima pek darah sejuk bagi menyelamatkan pesakit lain
5) Kematian seseorang adalah kuasa Tuhan
Walaupun banyak usaha dan ikhtiar yang telah dilakukan oleh Professor Doktor Juaidi untuk menyelamatkan nyawa Tuan Besar Musa, usaha tersebut gagal kerana ajalnya telah tiba
6) Sikap pilih kasih dalam membuat keputusan kerana kepntingan peribadi dan seseorang
Professor Doktor Juaidi ingin menyelamatkan nyawa Tuan Besar Musa kerana dia merupakan teknokrat yang banyak menderma kepada kelab elit hospital
Sinopsis
Tuan Besar Mula yang sedang kronik cuba diselamatkan oleh Profesor Doktor Juaidi. Beliau cuba mempengaruhi kakitangannya agar memastikan semua pek darah yang ada di hospital diberikan kepada Tuan Besar Musa. Nusia yang merupakan jururawat di wad Unit Rawatan Rapi ditugaskan untuk membantu rawatan Tuan Besar Musa yang koma dan tenat akibat pengambilan minuman keras selama bertahun-tahun. Nusia memberitahu Doktor Murni bahasa bank darah sudah kehabisan stok tabung darah. Doktor Murni mengarahkan Nusia agar menghebahkan masalah itu kepada pihak media dengan harapan ada insan yang mahu menderma darah kepada Tuan Besar Musa.
Nusia merasakan bahawa Tuan Besar Musa tidak mampu diselamatkan kerana dia telah bergantung kepada alat sokongan hayat. Nusia turut merasakan bahawa bacaan Yasin dan ucapan Syahadah lebih diperlukan. Dia juga mempersoalkan waris Tuan Besar Musa yang tidak datang ke hospital. Doktor Murni menyatakan bahawa Professor Doktor Juaidi mahukan Tuan besar Musa terus hidup walaupun peluangnya tipis. Nusia beranggapan bahawa arahan Professor Doktor Juaidi untuk memasukkan darah ke dalam Tuan Besar Musa hanya membazir bekalan darah tetapi Doktor Murni hanya berkata kepada Nusia untuk menurut arahan ketua jabatan mereka.
Di wad Unit Rawatan Rapi, terdapat pesakit-pesakit lain yang sedang koma dan menunggu bantuan darah untuk membolehkan mereka kembali sihat. Antara pesakitnya adalah Solehah yang tenat dan koma akibat pundi janinnya yang pecah di ovari. Manakala Al-Hafiz pula ditimpa kemalangan kerata. Terdapat juga baayi buangan yang hampir kekeringan darah. Sekiranya riwayat hidup pesakit ditentukan oleh Profesor Doktor Juaidi, maka salama itulah berlaku ketidak adilan dalam proses rawatan di situ. Profesor Doktor Juaidi mengarahkan Doktor Murni untuk mendapatkan sepuluh pek darah di hospital lain dan memberitahu bank darah hospital sudah kehabisan. Beliau juga mengatakan bahawa Tuan Besar Musa merupakan Tokoh Korporat dan Teknokrat yang banyak menyumbang kepada kelab elit hospital bertahun-tahun. Beliau terhutang budi dan ingin menyelamatkan nyawanya.
Nusia telah memberitahu Profesor Doktor Juaidi bahawa tekanan darah Solehah semakin rendah dan beliau menyuruh Nusia memberikan gelafundin bagi menggantikan darah. Nusia mempertikai tindakan tersebut tetapi Profesor Doktor Juaidi mempersoal semula Nusia tentang status perempuan yang sedang koma itu dan dibandingkan dengan Tuan Besar Musa. Nusia akhirnya akur dengan arahan Profesor Doktor Juaidi. Nusia meluahkan rasa kesalnya kepada Doktor Murni mengenai pek darah dalam bank darah di hospital. Doktor Murni memujuk Nusia supaya tidak terlalu emosi kerana mereka adalah golongan minoriti di hospital itu. Nusia mengatakan bahawa berlakunya pembaziran darah apabila seratus pek darah selama dua hari untuk menyelamatkan Tuan Besar Musa sahaja. Walhal, hanya empat pek darah diperlukan untuk menyelamatkan pesakit-pesakit lain.
Nusia memberitahu juruteknik makmal darah bahawa hanya lima pek diperlukan untuk diberi kepada empat orang koma yang lain. Nusia mengatakan bahawa jurutrknik makmal darah itu akan menjadi pembunuh jika dia enggan melepaskan pek-pek darah tersebut. Dia juga menjelaskan Tuan Besar Musa sudah mati, kelangsungan hidupnya hanya diransangkan oleh adrenalin, dopamin dan atropina. Juruteknik makmal darah itu akhirnya memakan pujukan Nusia dan menyerahkan lima pek darah sejuk kepada Nusia. Nusia berkata sia sanggunp menanggung segala risiko dan herdikan atas tindakannya.
Professor Doktor Juaidi pula berusaha menyelamatkan nyawa Tuan Besar Musa dnegan meningkatkan kadar penggunaan adrenalin, dopamin dan atropina. Namun Tuan Besar musa gagal diselamatkan dan meninggal dunia. Profesor Doktor Juaidi rasa tertekan kerana kematiannya menyebabkan kelab elit mereka akan kehilangan tajaan sebanyak RM100 ribu. Selepas itu, Doktor Murni menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai doktor perubatan di hospital itu yang mengetepikan nilai kemanusiaan terhadap pesakit. Keputusan tersebut menyebabkan Profesor Doktor Juaidi terkejut. Doktor Murni menggapai tangan Nusia dan mengajaknya ke bank darah untuk menderma darah dan disalurkan kepada peaskit yang sedang koma di wad Unit Rawatan Rapi itu.
Watak dan Perwatakan
1) Nusia
- Seorang jururawat yang bertugas di wad Unit Rawatan Rapi di sebuah hospital
- Seorang yang akur dengan perintah ketua
- Seorang yang mengambil berat terhadap pesakitnya dan penyayang
- Seorang yang berani dan bertanggungjawab
2) Doktor Murni
- Seorang pegawai perubatan muda di sebuah hospital
- Bertugas merawat pesakit di wad Unit Rawatan Rapi di sebuah hospital
- Mementingkan aspek kemanusiaan pesakit
- Seorang yang rasional dalam membuat tindakan dan berpendirian tegas
3) Professor Dokto Juaidi
- Seorang pegawai perubatan dan ketua jabatan kepada Doktor Murni dan Nusia di sebuah hospital
- Seorang yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan kepentingan diri daripada orang lain
- Seorang yang bijak dan licik dalam menyelesaikan masalah
4) Tuan Besar Musa
- Seorang ahli korporat dan teknokrat yang memiliki empayar perniagaan yang besar
- Bersifat pemurah keran suka menderma kepada orang lain
- Seorang kaki botol selama bertahun-tahun dan berperut buncit
Binaan Plot
Permulaan
Tuan Besar Musa sedang koma dan tenat akibat perbuatannya mengambil minuman keras selama bertahun-tahun. Ketika itu, Nusia, Doktor Murni dan Professor Doktor Juaidi berusaha untuk menyelamatkan nyawanya yang berada di ambang maut
Perkembangan
Nusia telah memberitahu Doktor Murni bahawa stok tabung darah di bank darah yang sudah kehabisan. Doktor Murni mengarahkan Nusia menghebahkan masalah itu kepada pihak media dengan harapan ada insan yang mahu mendermakan darahnya kepada Tuan Besar Musa.
Perumitan
Nusia berasa bahawa Tuan Besar Musa tidak mampu diselamatkan lagi kerana dia hanya bergantung pada alat sokongan hayat. Nusia membantah tindakan Professor Doktor Juaidi yang memintanya memasukkan darah tulen ke dalam tubuh Tuan Besar Musa kerana 50 pek darah yang dimasukkan ke dalam tubuhnya sebelum itu telah keluar semula. Selepas itu, Nusia memujuk juruteknik makmal darah agar memberikan lima pek darah tulen yang sejuk itu untuk kegunaan pesakit lain. Juruteknik makmal darah itu termakan pujukan Nusia dan menyerahakn lima pek darah sejuk itu kepadanya. Nusia menjelaskan kepada juruteknik makmal darah itu bahawa dia akan menanggung segala risiko dan herdikan atas tindakan itu
Klimaks
Professor Doktor Juaidi berusaha untuk menyelamatkan nyawa Tuan Besar Musa dengan meningkatkan kadar penggunaan adenalina, dopamin dan atropina
Peleraian
Tuan Besar Musa gagal diselamatkan dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Professor Doktor Juaidi berasa tertekan atas kematian tersebut kerana kelab elit mereka akan kehilangan tajaan sebanyak RM100 ribu. Doktor Murni pula menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai doktor perubatan di hospital tersebut. Doktor Murni telah mengajak Nusia untuk ke bank darah dan mendermakan darah untuk semua pesakit yang sedang koma di wad Unit Rawatan Rapi.
Teknik Plot
- Saspens : Peristiwa tindakan Nusia yang berjaya memujuk juruteknik makmal darah agar menyerahkan lima pek darah tulen sejuk kepadanya menimbulkan tanda tanya dan perasaan ingin tahu kepada pembaca tentang perkara selanjutnya yang akan berlaku akibat tindakannya
- Pemerian : Penulis memerihalkan keadaan Tuan Besar Musa yang sedang koma akibat penyakitnya itu dan masih hidup dengan bantuan alat sokongan hayat
- Dialog : Dialog antara Profesor Doktor Juaidi dengan Nusia berkaitan keadaan Solehah yang mengalami tekanan darah semakin rendah
- Imbas muka : Nusia membayangkan bahawa lima pek darah sejuk yang berada di tangannya mampu menyembuhkan penyakit Solehah, mahasiswa leukimia dan al-Hafiz
- Monolog Dalaman : Nusia bermonolog dalaman dengan mempersoalkan pesakit yang akan diberikan bekalan darah apabila mendengar arahan Profesor Doktor Juaidi supaya Doktor Murni mendapatkan bekalan darah daripada hospital lain
Latar
Latar masa
- Hari ini
- Hari semalam
- Dua hari
Latar tempat
- Hospital
- Bank Darah
- Wad Unit Rawatan Rapi
Latar masyarakat
- Masyarakat yang prihatin dan empati terhadap pesakit
- Masyarakat yang tidak berperikmanusiaan terhadap orang lain
- Masyarakat yang mementingkan pangkat, darjat dalam seseuatu perkara
- Masyarakat yang akur perintah ketua
- Masyarakat yang bijak dalam menyelesaikan masalah
- Masyarakat yang berhati mulia dan murah hati
Gaya bahasa
1. Bahasa Arab : Syahadah, Yasin, Masya Allah
2. Istilah sains perubatan : alveolus paru-paru, atropina
3. Inversi : darah dan manusia itu, berbezakah nilainya?
4. Metafora : layar rakamn hayat
5. Paradoks : aku cuba tersenyum walaupun hati terasa pedih
6. Personifikasi : renungan mata Doktor Murni menikam anak mataku, tajam mata liar garangnya menangkap wajah lembut Doktor Murni
7. Repitisi : Dua pek darah daripada awak, dua pek darah daripada saya
8. Simile : Firasat itu umpama mimpi barangkali, memancut bagai paip bocor
9. Simpulan bahasa : nyawa-nyawa ikan, kurang ajar, lintah darat
Nilai
1. Simpati dan empati : Nusia menitiskan air mata apabila melihat penderitaan yang ditanggung oleh Solehah
2. Tanggungjawab : Nusia sebagai seorang jururawat bertanggungjawab merawat semua pesakitnya tanpa mengira darjat atau pangkat seseorang
3. Bijaksana : Professor Doktor Juaidi bijak mengatasi masalah kekurangan bekalan darah di bank darah dan hospital lain
4. Rasional : Nusia mendesak juru makmal darah agar menyerahkan lima pek darah sejuk kepadanya untuk diberikan kepada empat nyawa pesakit yang sedang koma
5. Berani : Nusia berani menanggung risiko berhubung tindakannya yang mendesak juru makmal darah agar menyerahkan lima pek darah sejuk kepadanya
6. Baik hati : Doktor Murni bersedia mendermakan darahnya untuk bekalan darah yang kehabisan di bank darah
Pengajaran
1. Kita perlu bersikap adil dan rasional dalam melakukan tugasan atau kerja yang diamanahkan
2. Kita hendaklah bersifat simpati dan empati tanpa mengira darjat atau pangkat seseorang
3. Kita mestilah bijak berikhtiar apabila menghadapi masalah atau cabaran dalam kehidupan
4. Kita perlu berani bersuara dalam menegakkan kebenaran atau keadilan walaupun cuba dihindari oleh orang sekeliling
5. Kita digalakkan untuk menderma darah kerana bekalan darah diperlukan pada setiap masa untuk pesakit-pesakit di hospital
6. Kita seharusnya bersikap tegas dengan prinsip atau jati diri kita apabila menghadapi rintangan dalam kehidupan
Soalan Latihan
1) Mengapakah Nusia tidak bersetuju dengan Doktor Murni dalam pembahagian darah kepada pesakit?
Nusia tidak bersetuju dengan Doktor Murni kepada pembahagian darah yang berlebihan kepada Tuan Besar Musa adalah membazir dan sepatutnya digunakan oleh pesakit lain
2) Jika anda berada di tempat Nusia, bagaimana anda menyelesaikan masalah yang dihadapinya?
Sekiranya saya berada di tempat Nusia, saya akan berunding dengan baik bersama Doktor Murni dan membuka matanya akan sifat kemanusiaan yang perlu diutamakan. Selain itu, saya juga akan merujuk kepada kakitangan lain di hospital untuk mencari jalan penyelesaian terbaik
3) Huraikan dua latar tempat daripada cerpen yang anda kaji
Antara latar tempat yang terdapat dalam cerpen Gerhana Manusia adalah Wad Unit Rawatan Rapi di mana Nusia, Doktor Murni dan Profesor Doktor Juaidi merawat Tuan Besar Musa. Selain itu, makmal darah merupakan latar tempat dimana Nusia memujuk juruteknik makmal darah untuk memberinya lima pek bekalan darah sejuk untuk kegunaan pesakit lain.
4) Berdasarkan petikan cerpen, jelaskan fungsi gelafunden
Gelafunden berfungsi sebagai ganti darah tulen dan membantu meningkatkan tekanan darah pesakit
5) Pada pendapat anda, mengapakah sumbangan dana daripada Tuan Besar Musa sangat penting kepada Profesor Doktor Juaidi?
Pada pendapat saya, tindakan Profesor Doktor Juaidi adalah untuk menampung kos pengurusan hospital yang semakin mahal dan juga derma pesakit tersebut mampu membiayai kos penganjuran aktiviti tahunan kelab elit hospital
6) Jelaskan pengajaran yang anda peroleh daripada cerpen Gerhana Manusia?
Antara pengajaran yang saya peroleh adalah kita hendaklah bersifat adil dan empati dalam membuat keputusan yang menguntungkan lebih ramai orang daripada diri sendiri. Kita juga hendaklah mengutamakan nilai kemanusiaan dalam menghadapi kehidupan pada hari ini
Semoga perkongsian nota Cerpen Gerhana Manusia : Sinopsis, Tema, Persoalan, Plot & Pengajaran membantu semua.
Related : ditolong tidak mempunyai harapan untuk sembuh, mementingkan ganjaran material semata mata, renungan mata apabila melihat penderitaan yang ditanggung oleh solehah, empat nyawa nyawa ikan kurang ajar lintah darat, pujukan nusia menitiskan air mata apabila melihat penderitaan yang ditanggung oleh solehah, mahram oleh ayahnya dan seorang mahasiswa yang mengidap leukimia, sedar bahawa lima pek darah tulen sejuk kepadanya menimbulkan tanda tanya dan perasaan ingin tahu, selepas itu nusia memujuk juruteknik makmal darah agar memberikan lima pek darah tulen sejuk kepadanya menimbulkan tanda tanya dan perasaan ingin tahu, kakitangannya agar memberikan lima pek darah tulen sejuk kepadanya menimbulkan tanda tanya dan perasaan ingin tahu, merawat semua pesakitnya yang sedang koma di wad unit rawatan rapi di sebuah hospital, perbuatannya yang sedang koma di wad unit rawatan rapi di sebuah hospital, peristiwa tindakan profesor doktor murni menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai doktor perubatan di hospital itu yang mengetepikan nilai, masyarakat yang sedang koma di wad unit rawatan rapi di sebuah hospital, menanggung segala risiko dan seorang mahasiswa yang mengidap leukimia, kakitangannya agar memberikan lima pek darah tulen yang sejuk itu untuk kegunaan pesakit
ahli korporat dan teknokrat yang banyak menyumbang
jururawat di wad unit rawatan rapi di sebuah hospital
peristiwa tindakan profesor doktor juaidi berasa tertekan atas kematian tuan besar musa kerana kelab elit mereka akan kehilangan tajaan sebanyak rm100 ribu
pujukan nusia memujuk juruteknik makmal darah agar memberikan lima pek darah tulen yang sejuk itu untuk kegunaan pesakit