Perhatian kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Adakah anda telah membuat persediaan untuk menduduki ujian bagi mata pelajaran Bahasa melayu khususnya bahagian Komponen Sastera (KOMSAS)? Sekiranya belum, dibawah dikongsikan nota-nota berkaitan Cerpen Hipertensi : Sinopsis, Tema, Persoalan, Plot, Watak & Pengajaran sebagai rujukan.
Untuk makluman semua, cerpen ini merupakan salah satu karya penulis IIIias Zaidi yang merupakan seorang wartawan dan juga penulis. Beliau yang berasal daripada Perak telah berkecimpung dalam dunia penulisan dalam tempoh 40 tahun dan menghasilkan sebanyak 230 karya penulisan. Selain bahan yang membantu pelajar di peringkat sekolah, beliau juga merupakan seorang penulis novel dan buku yang profilik.
Nota Cerpen Hipertensi : Sinopsis, Tema, Persoalan, Gaya Bahasa, Plot, Watak & Pengajaran
Ikuti perkongsikan nota-nota Cerpen merangkumi Sinopsis, Tema, Persoalan, Plot, Gaya Bahasa, Watak & Pengajaran di bawah. Pelajar juga boleh merujuk contoh soalan-soalan yang berkaitan sebagai latihan untuk diri sebelum menduduki ujian atau pentaksiran.
Tema
Cerpen Hipertensi ini bertemakan keinginan yang tinggi dalam bidang sains angkasa sehingga menyebabkan Aiman Aqil membayangkan dirinya berada dalam suasana di angkasa
Persoalan
1) Tanggungjawab ibu bapa terhadap anaknya
- Ayah dan ibu Aiman mencari punca anak mereka ponteng sekolah dan menghukumnya
2) Kebijaksanaan dalam menyelesaikan sesuatu perkara
- Aiman cepat-cepat membetulkan jawapannya apabila dia menyedari wajah Cikgu Faridah berubah dengan jawapan awal yang diberikannya
3) Rasional dalam membuat sebarang keputusan atau tindakan
- Guru kelas Aiman telah memberi amaran kepada Aiman kerana mengganggu rakan-rakannya
4) Pengorbanan seorang guru terhadap anak murid
- Cikgu Faridah mengajar Aiman dan rakan-rakannya subjek Sains dengan bersungguh-sungguh
5) Impian dan angan-angan yang tidak kesampaian dan berlebihan
- Aiman yang berangan untuk menjadi seorang angkasawan sehingga sampai ke bulan
6) Perasaan dendam akibat kesalahan bapa pada masa lampau
- Aiman berdendam dengan bapanya kerana kerap merotan dan menamparnya apabila dia melakukan kesilapan pada waktu kecil
7) Memandang rendah terhadap keupayaan orang lain
- Aiman menyakat rakan-rakan yang lain kerana lambat menyelesaikan tugasan mata pelajaran matematik
8) Cinta akan alam sekitar
- Aiman tidak suka melihat lereng-lereng bukit berhampiran rumahnya terancam
Sinopsis
Aiman berehat di rumah banglo keluarganya yang terletak di lereng bukit yang sudah gondol akibat kerja penerokaan dan pembangunan tanah. Kemudian, cerita berkisar tentang peristiwa masa lalu yang ditempuhi sepanjang perjalanan hidup Aiman. Dia teringat tetang teori graviti yang dicetuskan oleh Isaac Newton, saintis berbangsa Inggeris. Dalam sesi pengajaran subjek Sains pula, berlaku perdebatan idea antara Aiman dengan Cikgu Faridah sehingga suasana menjadi riuh. Cikgu Faridah menggelarkan Aiman sebagai professor disebabkan kepintaran dan daya fikirnya yang tinggi.
Aiman teringat akan kisahnya sebagai anak sulung, Dia mempunyai dua orang adik perempuan, iaitu Fadilah Fatnin dan Azilah Atiqah. Ketika di rumah, Aiman selalu menyindir adik-adiknya kurang bijak menyelesaikan masalah matematik. Ketika menuntut di sekolah rendah, Aiman teringat perbuatannya yang selalu ponteng kelas kerana bosan dan jelak dengan silibus di sekolah yang tidak setanding dengan daya pemikirannya. Di juga gemar menyakat kawan-kawannya yang lambat menyelesaikan latihan terutamanya dalam mata pelajaran matematik. Perbuatan Aiman ditegur oleh gur kelas dan ibu dan bapa Aiman diberitahu tentang perilaku Aiman. Bapanya kemudian bertindak untuk merotan Aiman pada bahagian pinggul sehingga lebam.
Imaginasi
Disebabkan lebam yang masih belum hilang di pinggulnya, Aiman ponteng kelas dan berhalusinasi tentang dunia penerokaan sains angkasa lepas. Dalam imaginasinya, usia sedia ada ditambah sepuluh tahun. Sebatang pohon nyiur dara di penjuru banglonya diandaikan sebagai tempat berlepas ke angkasa dan sebuah kapal angkasa Soyuz. Sikap peliknya berhalusinasi telah diketahui oleh ibu dan bapanya dan telah dirotan lagi oleh bapanya. ibunya hanya mampu memprotes tindakan bapa Aiman di dalam hati.
Aiman semakin galak membayangkan dirinya sebagai angkasawan yang telah diberi peluang untuk mengikuti latihan intensif di bawah program aeroangaksa bersama dengan pihak Rusia. Aiman membayangkan dirinya sebagai angkasawan yang akan mendarat di bulan dengan menaiki kapal angkasa Soyuz dari Stesen Angkasa Antarabangsa. Aiman berpendapat bahawa dia perlu membuat kajian saintifik di Stesen Angkasa Antarabangsa itu terlebih dahulu sebelum dia meneroka bulan. Seterusnya, daya imaginasi Aiman semakin meluas apabila dia membayangkan dirinya berada di ruang angkasa bulan tanpa udara. Dengan berpakaian lengkap sebagai angkasawan, dia dapat melihat ciri-ciri fizikal dan keadaan bulan yang sebenarnya.
Setelah meningkat remaja, daya imaginasi Aiman terhadap dunia penerokaan sains angkasa lepas itu masih kuat. Keadaan tersebut menyebabkan bapanya yang tegas dan kasar itu sering kali menampar Aiman yang kuat berangan sehingga menyebabkan dia menjadi gagap. Akibatnya ibu dan bapa Aiman telah menghantar anak mereka untuk menjalani latihan intensif daln latihan terapi. Aiman terdengar suara ghaib yang mengajaknya berpijak dibumi yang nyata, iaitu melihat dirinya sendiri dalam kehidupan yang realiti dan lebih mendekatkan dirinya kepada Tuhan. Aiman beranggapan bahawa ibu bapanya tidak perlu membawanya untuk mengikuti latihan intensif dan latihan terapi itu. Akhirnya, Aiman sedar akan kesilapannya yang terlalu jauh berimaginasi lalu memanjatkan dia dan harapannya ke hadrat Ilahi
Watak dan Perwatakan
1) Aiman Aqil
- Berumur hampir 20 tahun
- Berwajah cengkung dan memiliki jari-jemari tangan yang kurus runcing
- Anak sulung dan mempunyai dua orang adik perempuan iaiatu Fadilah Fatnin dan Azilah Atiqah
- Gagap kerana mulutnya ternganga lebar dahulu sebelum keluar kata-kata
- Seorang yang mementingkan pengambilan makanan seimbang dan mengamalkan gaya hidup sihat
- Seorang yang pintar dalam pelajaran terutamanya subjek Matematik dan Sains
- Berangan untuk menjadi seorang angkasawan
- Gemar menyakat orang lain dan suka memberontak
- Menyimpan dendam terhadap kebengisan bapanya yang sering merotan dna menamparnya
2) Bapa Aiman
- Bapa kepada Aiman Aqil, Fadilah Fatnin dan Azilah Atiqah
- Bertugas sebagai jurutera mekanikal
- Dipanggil dnegan gelaran “Babah” oleh anak-anaknya
- Seorang yang garang dan bengis
- Seorang yang penyayang kerana risau akan keadaan anak-anaknya seperti berusaha merawat masalah kegagapan anaknya
3) Ibu Aiman
- Ibu kepada tiga orang anak iaitu Aiman Aqil, Fadilah Fatnin dan Azilah Atiqah
- Seorang saintis dalam bidang geologi
- Seorang yang bersifat penyayang kerana kesian melihat anaknya dirotan
- Isteri yang taat dan patuh kepada suami
- Bersabar dengan sikap suaminya yang garang dalam mendidik anak-anaknya
4) Cikgu Faridah
- Guru Sains di sekolah Aiman
- Seorang yang dedikasi terhadap kerjanya
- Seorang yang bijak melihat potensi anak muridnya
Binaan Plot
Permulaan
Aiman berehat di rumah bangli milik keluarganya. Banglo tersebut terletak di lereng bukit yang sudah gondol akibat kerja-kerja penerokaan dan pembangunan tanah
Perkembangan
Aiman teringat akan teori graviti oleh Isaac Newton. Dalam sesi pengajaran subjek Sains, Aiman berdebat dengan Cikgu Faridah sehingga mencetuskan suasana riuh di dalam kelas itu. Cikgu Faridah menggelar Aiman sebagai professor disebabkan kepintarannya, ketinggian daya fikirnya dan kematangannya berbanding dengan murid-murid yang lain
Perumitan
Aiman teringat akan perbuatan yang selalu ponteng sekolah kerana bosan dengan silibus sekolah rendah yang tidak setanding dengan daya pemikirannya. Oleh hal itu, Aiman gemar menyakat rakan-rakannya yang lambat apabila menyiapkan latihan. Perbuatan yang suka menyakat kawan-kawannya dan merayau di dalam kelas itu menyebabkan Aiman selalu ditegur oleh guru kelasnya. Beliau melaporkan perkara itu kepada ibu bapa Aiman. Akibatnya, Aiman dirotan oleh bapanya pada bahagian pinggul sehingga lebam
Klimaks
Daya imaginasi Aiman terhadap dunia penerokaan sains angkasa lepas masih begitu kuat walaupun umurnya meningkat remaja. Keadaan tersebut telah menyebabkan Aiman sering ditampar oleh bapanya sehingga menjadi gagap. Bagi mengatasi masalah Aiman, ibu dan bapanya telah menghantarnya ke latihan intensif dan terapi.
Peleraian
Akhirnya Aiman sedar daripada imaginasi dan angan-angannya selama ini. Hal ini demikian kerana di terdengar satu suara ghaib yang mengajaknya agar berpijak di bumi yang nyata dan mendekatkan diri kepada Tuhan
Teknik Plot
- Saspens : peristiwa percanggahan pendapat antara Aiman dengan Cikgu Faridah menimbulkan perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang penyelesaian pendapat mereka
- Pemerian : Penulis memerihalkan keadaan Aiman sewaktu di dilahirkan
- Monolog dalaman : Aiman bermonolog bahawa dia tidak akan berasa hairan dengan teori graviti oleh Isaac Newton
- Imbas muka : Aiman membayangkan dirinya sudah lulus dalam peperiksaan pada peringkat pengajian tinggi dengan memperoleh ijazah kelas pertama dalam bidang aeroangkasa
- Imbas kembali : Aiman teringat kembali kisahnya ketika suka memonteng kelas ketika berada di dekolah rendah dengan alasan bosan dengan pengajaran guru di dalam kelas
- Dialog : Dialog antara Aiman dengan Cikgu Faridah berhubung dengan Teori Graviti yang diperkenalkan oleh Isaac Newton
Latar
Latar Tempat
- Sekolah : Aiman bersoal jawab dengan Cikgu Faridah tentang teori graviti
- Rumah banglo Aiman : Aiman mengganggu adik-adiknya yang sedang membuat kerja rumah dengan menyindir mereka kerana tidak dapat menjawab soalan matematik
- Ruang udarakasa bulan : Aiman berfantasi menjadi seorang angkasawan dan pergi ke bulan
- Pohon kelapa dara di penjuru banglo rumah Aiman
- Stesen Angkasa Antarabangsa
Latar Masa
- Zaman Sekolah Rendah : Aiman Aqil menggangu rakan-rakan sekelasnya yang sedang membuat latihan ketika sesi pembelajaran
- Waktu Tengah Hari : Aiman Aqil bersoal jawab dengan CIkgu Faridah tentang Teori Graviti dan kaitannya dengan alam sejagat
- Waktu Malam : Aiman mengganggu adik-adiknya yang sedang membuat kerja rumah dengan menyindir mereka kerana tidak dapat menjawab soalan matematik
Latar Masyarakat
- 1. Masyarakat yang bercita-cita tinggi
- 2. Masyarakat yang bijak dalam pendidikan
- 3. Masyarakat yang garang dan bengis
- 4. Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap anggota keluarga
- 5. Masyarakat yang berpendirian tegas dalam membuat keputusan
- 6. Masyarakat yang cinta akan alam sekitar
Gaya Bahasa
1. Bahasa Inggeris : IQ, genius
2. Metafora : dedaun kemaafan, tasik hati, pentas halusinasinya
3. Inversi : Keterujaan Aiman terus melonjak
4. Istilah sains : orbit, aeroangkasa
5. Personifikasi : Sang Suria memuncaki ubun-ubun, keriangan sudah tercantas
6. Simile : Terlompat-lompat seperti beruk dan kera di bulan, seperti Si Luncai yang terjun dengan labu-labunya
7. Repitisi : Tidak ada udara. Tidak ada air
Nilai
1. Bijaksana : Aiman dapat menyelesaikan maslah matematik dengan mudah
2. Dedikasi : Cikgu Faridah menerangkan Teori Graviti dnegan bersungguh-sungguh kepada Aiman dan rakan sekelasnya
3. Tenggungjawab : Ibu dan bapa Aiman berusaha merawat masalah kegagapan anaknya dengan membawa Aiman menjalani latihan intensif dan terapi
4. Kasih sayang : ibu Aiman berasa kasihan apabila melihat Aiman dirotan oleh suaminya
5. Insaf : Aiman sedar akan kesilapannya suka berangan lalu memanjatkan doa dan harapannya ke hadrat Ilahi
6. Sabar : Ibu Aiman bersabar dengan suaminya yang garang dalam mendidik anak-anak terutamanya Aiman
Pengajaran Cerpen Hipertensi
1. Kita hendaklah sentiasa bersikap rasional dan berpijak di bumi nyata dalam menghadapi kehidupan seharian
2. Kita seharusnya menyayangi ahli keluarga masing-masing kerana mereka merupakan darah daging mereka sendiri
3. Kita perlu bertanggungjawab dalam menjaga kesihatan diri dan ahli keluarga
4. Kita mestilah komited dan berdedikasi dalam mnajalankan amanah yang diberikan kepada kita
5. Kita seharusnya memastikan kesihatan mental dna fizikal kekal seimbang dalam menjalani kehidupan yang sihat dan berkualiti
6. Kita hendaklah bersabar dalam menghadapi masalah dan mendekatkan diri kepada Tuhan
Soalan Latihan
1) Nyatakan kesan kegiatan pembangunan yang dilakukan oleh manusia terhadap alam sekitar
Antara kesan kegiatan pembangunan yang dilakukan oleh manusia terhadap alam sekitar adalah lereng bukit berisiko untuk runtuh dan menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilat berlaku. Selain itu, ia juga menyebabkan habitat flora dan fauna terancam dan ekosistem alam sekitar terganggu
2) Sekiranya anda pemaju projek perumahan yang diberikan pada kawasan tanah tinggi, apakah strategi yang wajar dilakukan untuk mengelak kejadian tanah runtuh daripada berlaku.
Pertama sekali, jika saya seornag pemaju projek perumahan, saya akan memilih kawasan landai yang lebih selamat untuk membangunkan projek perumahan. Namun jika terpaksa membina di kawasan tanah tinggi, saya akan membuat tembok batu konkrit atau penahan tanah daripada runtuh, menanam tanaman penutup bumi di lereng bukit dan mengekalkan pohon primer asal atau induk di lereng bukit
3) Huraikan teknik penceritaan yang terkandung dalam Cerpen Hipertensi yang anda kaji?
Antara teknik penceritaan di dalam cerpen Hipertensi adalah teknik dialog. Contohnya dialog antara Aiman dan Cikgu Faridah yang berhujah tentang teori graviti. Selain itu, teknik yang digunakan adalah teknik pemerian di mana penulis memerihalkan keadaan bukit di kawasan rumah kediaman Aiman yang gondol akibat penerokaan dan pembangunan.
4) Mengapakah Aiman merasakan nasibnya lebih baik berbanding dengan Paul Broca?
Aiman berasa nasibnya lebih baik kerana situasi pertuturannya tidak segagap Paul Broca.
5) Pada pendapat anda, apakah kelebihan yang dapat diperoleh Aiman melalui latihan intensif dan terapi yang dijalaninya?
Pada pendapat saya, kelebihan yang diperoleh Aiman melalui latihan intensif dan terapi adalah membantu mempercepat proses pemulihan rawatan percakapannya. Selain itu, ia dapat menambah keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan orang lain kerana kaedah rawatan tersebut diiktiraf dan dikelola oleh ahli yang profesional.
6) Huraikan dua perwatakan watak utama dalam cerpen Hipertensi iaitu Aiman
Aiman Aqil yang merupakan watak utama dalam cerpen Hipertensi menunjukkan watak seorang yang bercita-cita tinggi kerana berangan-angan untuk menjadi seorang angkasawan dan seorang yang bersyukur apabila melihat Paul Broca mempunyai kegagapan yang lebih teruk berbanding dirinya.
Related : program aeroangkasa di bawah rusia, terdengar suara ghaib yang mengajaknya agar berpijak di bumi yang nyata, rasional dalam mendidik anak anak terutamanya aiman, impian dan harapan ke hadrat ilahi, gemar menyakat siaran langsung perlepasan kapal angkasa yang dinaikinya, akibatnya aiman sentiasa mengambil kesempatan untuk mewujudkan halusinasi futuristik penuh, tanggungjawab ibu kepada tiga orang anak iaitu aiman aqil fadilah fatnin dan azilah atiqah, membawa aiman sentiasa mengambil kesempatan untuk mewujudkan halusinasi futuristik penuh, berdebat dengan cikgu faridah tentang teori graviti, dialog antara aiman sentiasa mengambil kesempatan untuk mewujudkan halusinasi futuristik penuh, peristiwa percanggahan pendapat antara aiman dengan cikgu faridah berhubung dengan teori graviti yang diperkenalkan oleh isaac newton, menampar aiman sentiasa mengambil kesempatan untuk mewujudkan halusinasi futuristik penuh, berlaku perdebatan idea antara aiman dengan cikgu faridah berhubung dengan teori graviti yang diperkenalkan oleh isaac newton, bertekad tidak terhenti setakat itu sahaja malah dia turut membayangkan jutaan khalayak menyaksikan siaran langsung perlepasan kapal angkasa yang dinaikinya, menyimpan angan angan aiman terus mekar apabila dia terus berhalusinasi menjalani latihan intensif di bawah program aeroangkasa di bawah rusia, gondol akibat aiman sentiasa mengambil kesempatan untuk mewujudkan halusinasi futuristik penuh cabaran
mengganggu adik perempuan iaitu fadilah fatnin dan azilah atiqah, berehat di bawah program aeroangkasa di bawah rusia, membawa aiman sentiasa mengambil kesempatan untuk mewujudkan halusinasi futuristik penuh cabaran, menampar aiman sentiasa mengambil kesempatan untuk mewujudkan halusinasi futuristik penuh cabaran, jauh di sudut hati aiman dia memanjatkan doa dan harapan ke hadrat ilahi, dialog antara aiman sentiasa mengambil kesempatan untuk mewujudkan halusinasi futuristik penuh cabaran, membesarkan tiga orang adik perempuan iaitu fadilah fatnin dan azilah atiqah, berpijak di sudut hati aiman dia memanjatkan doa dan harapan ke hadrat ilahi
aqil sering berhalusinasi namun dia mempunyai prinsipnya yang tersendiri