Senarai Tugas, Skop Kerja Dan Gaji Pegawai Imigresen Gred KP19. Berita baik buat lepasan SPM/ SVM dan SKM. Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia memaklumkan akan kekosongan jawatan Pegawai Imigresen di Jabatan Imigresen Malaysia. Berikut dikongsikan deskripsi tugas Pegawai Imigresen Gred KP19 buat panduan dan rujukan pemohon.
Terdapat 415 kekosongan untuk iklan permohonan bulan Mac 2018 dimana jawatan Pegawai Imigresen Gred KP19 adalah jawatan kerajaan yang boleh dimohon dengan kelayakan SPM/ SVM/ SKM. Pencari kerja yang berminat serta berkelayakan perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i Online di Portal Rasmi SPA.
Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Imigresen Gred KP19 Dan Syarat Lantikan
Berikut dikongsikan Senarai Tugas Pegawai Imigresen Gred KP19 beserta dengan jadual gaji minimum/ maksimum. Maklumat lain yang dikongsikan termasuk syarat lantikan dan kelayakan untuk mengisi jawatan Pegawai Imigresen.
Deskripsi Tugas Pegawai Imigresen Gred KP19 SPA
Berikut adalah senarai skop kerja atau deskripsi tugas seorang Pegawai Imigresen Gred KP19 di Jabatan Imigresen Malaysia.
Bertanggungjawab menerima/ menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa, pas dan permit kepada rakyat asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya, membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk
Tangga Gaji Pegawai Imigresen Gred KP19
Berikut merupakan jadual gaji minimum/maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pegawai Imigresen Gred KP19
- Gaji Minimum : RM 1,360.00
- Gaji Maksimum : RM 4,052.00
- Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 100.00
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Jabatan Imigresen Malaysia
Syarat Lantikan Jawatan Pegawai Imigresen
Berikut adalah syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Pegawai Imigresen Gred KP19 :-
i. Kelayakan Am Dan Akademik
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- A. warganegara Malaysia;
- B. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- C.
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80)
ii. Kelayakan Fizikal
Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
- a. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
- b. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- c.mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- d.mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
- e .lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- f. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- g.diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
iii. Kelulusan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Sumber Portal SPA
Maklumat Lanjut Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Imigresen Mac 2018
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada iklan permohonan jawatan kosong Pegawai Imigresen Gred KP 19 di bawah ini.
Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Pegawai Imigresen Gred KP19 boleh dijadikan rujukan berguna buat pemohon semasa membuat permohonan. Moga permohonan anda berjaya.