Senarai Tugas Skop Kerja Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11. Berita baik buat lepasan SRP/ PMR/ PT3. Jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan adalah di antara jawatan kerajaan yang boleh dipohon dengan kelulusan anda. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 beserta maklumat jadual gaji dan syarat lantikan buat panduan mereka yang berminat dengan jawatan ini.
Untuk makluman, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia telah mengiklankan kekosongan jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebanyak 2,446 kekosongan. Sekiranya anda berminat dengan jawatan kosong ini, sila buat pendaftaran pekerjaan kerajaan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA sebelum tarikh tutup permohonan jawatan pada 6 Mei 2018.
Deskripsi Tugas Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 SPA
Berikut dikongsikan syarat lantikan dan kelayakan serta deskripsi tugas Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum. Kepada mereka yang berminat, daftarlah dengan kadar segera.
Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 : Gaji Dan Syarat Lantikan | |||
Seorang Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 mempunyai skop kerja serta tanggungjawab seperti berikut :- | |||
|
Skop Fungsi Dan Bidang Tugas
Tugas Am
- (a) Mengemas katil, menukar kain dan sarung bantal yang kotor
- (b) Mengambil makanan dari dapur serta membantu memberi makanan kepada pesakit
- (c) Menyuapkan makanan kepada pesakit yang tiada upaya
- (d) Membersihkan mangkuk dan talam selepas pesakit makan
- (e) Memberi dan membersihkan bekas-bekas najis yang digunakan oleh pesakit
- (f) Menghantar bekas-bekas ubat dan memungut ubat-ubatan dari farmasi
- (g) Mengutip contoh spesimen dan menghantar ke Makmal Kaji Penyakit (Makmal Patologi)
- (h) Mengiringi pesakit untuk rawatan/rujukan/siasatan seperti ke jabatan/ unit kepakaran/pengimejan, fisioterapi dan lain-lain
- (i) Menghantar mayat ke bilik/rumah mayat
- (j) Membantu dalam memeriksa alat kelengkapan supaya berada dalam keadaan baik, selamat dan boleh digunakan
- (k) Membersihkan alat kelengkapan perubatan yang telah digunakan
- (l) Menjalankan tugas-tugas despatch
- (m) Membantu tugas-tugas memeriksa inventori di stor ubat dan bukan ubat
- (n) Membantu pesakit apabila diperlukan seperti mengiringi ke tandas dan sebagainya
- (o) Memastikan keselamatan dan kebersihan wad/unit/jabatan tempat bertugas
- (p) Melaksanakan tugas-tugas dalam pengendalian kematian (last office)
- (q) Membantu pegawai dalam prosedur pemeriksaan, ujian dan rawatan pesakit (menemani pesakit)
Tugas Khusus
- (a) Memberi orientasi kepada pesakit yang baru dimasukkan ke wad
- (b) Mengambil dan merekod sukatan tinggi, berat badan, suhu badan, pernafasan dan nadi pesakit
- (c) Memberikan rawatan pemakanan melalui tiub di bawah pengawasan pembantu perubatan/jururawat
- (d) Melakukan sponging ke atas pesakit apabila diarah oleh Pembantu Perubatan/Jururawat
- (e) Membuat prosedur ringan dalam penjagaan mulut
- (f) Mencukur pada bahagian pesakit yang hendak dibedah
- (g) Membantu dalam menyukat dan merekod intake & output pesakit
- (h) Mengangkat dan mengubah kedudukan pesakit
- (i) Membantu dalam penyediaan alat-alat perubatan seperti:
- Memasang alat-alat pernafasan (ventilators)
- Memasang alat suction
- Menukar tangki gas oksigen yang kosong
- (j) Membantu tugas-tugas dalam keadaan kecemasan seperti:
- Menyediakan keperluan dan peralatan intravena
- Mengepam ambu bag.
- Memberi oksigen – nasal dan mask
- Melakukan suction
- Melakukan Kardiopulmonari Resussitasi Asas
- (k) Membuat dressing yang mudah\
- (l) Mengambil contoh urin, najis dan kahak serta melabel dengan betul dan menghantar ke makmal.
- (m) Melakukan tugas asas pembersihan dan pembasmian – concurrent and terminal infection di mana perlu
- (n) Mengemas dan membersihkan peralatan selepas setiap prosedur dan membuang sisa-sisa klinikal mengikut protokol
- (o) Membantu dalam program pendidikan kesihatan pesakit
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 adalah seperti di bawah
Jadual Gaji Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 | |||
Kumpulan | Pelaksana | ||
Kem/Jab | Pelbagai Kementerian atau Jabatan | ||
Gaji Minimum | RM 1,204.00 | ||
Gaji Maksimum | RM 3,001.00 | ||
Kadar Peningkatan Gaji Setiap Tahun | RM 80.00 |
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11
Syarat Lantikan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 | |
Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah | |
i) | Mempunyai kewarganegaraan Malaysia; |
ii) | Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan |
iii) | Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji awal bermula pada Gred U11 iaitu RM1,204.00) |
iv) | Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya |
SUMBER | SPA |
Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 boleh dijadikan panduan buat pemohon jawatan ini. Moga permohonan jawatan kosong anda berjaya.