Senarai Tugas Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 SPA. Panduan buat mereka yang berminat dengan jawatan Pembantu Tadbir Kewangan ?Tahukah anda apa skop kerja atau deskripsi tugas Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19? Jawatan lulusan SPM/ SVM/ SKM dalam kategori Kumpulan Pelaksana adalah di antara jawatan kerajaan (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia) yang sangat popular dan ramai dicari oleh pencari kerja.
Mereka yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi jawatan kosong Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19, pemohon perlu membuat pendaftaran pekerjaan kerajaan secara online melalui Borang SPA9 di Portal SPA. Iklan terkini jawatan adalah pada bulan April 2018, yang boleh dirujuk di jawatan kosong Pembantu Tadbir (Kewangan).
Skop Kerja/ Senarai Tugas Pembantu Tadbir Gred W19 (Kewangan)
Berikut dikongsikan Deskripisi Tugas Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19 yang memaparkan senarai tugas, jadual gaji minimum/ maksimum serta syarat kelayakan/ syarat lantikan jawatan.
Skop kerja dan Tugas Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19 adalah seperti berikut:-
DESKRIPSI TUGAS PEMBANTU TADBIR KEWANGAN GRED W19 |
Bertanggungjawab ke atas tugas-tugas kewangan sepenuh masa dengan menolong pihak pengurusan atau penyelia dalam kerja-kerja seperti berikut:
- Menyedia dan mengemaskinikan belanjawan tahunan.
- Mengurus serta mengawal peruntukan.
- Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.
- Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjar.
- Mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berkaitan dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan.
SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS
Secara amnya, Pembantu Tadbir (Kewangan) bertanggungjawab ke atas tugas-tugas kewangan sepenuh masa dengan membantu pihak pengurusan/ penyelia dalam urusan-urusan seperti berikut:
Urusan Kawalan Belanjawan
a. Menyedia dan mengemaskinikan belanjawan tahunan
b. Mengurus dan mengawal peruntukan
c. Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan
Urusan Kewangan Am
a. Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjar
b. Mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan
c. Menguruskan keselamatan peti besi atau bilik kebal
d. Menguruskan dan memantau Akaun Bank
e. Mengurus dan mengendalikan pengedaran wang tunai dan cek
f. Mendapatkan semula dan mengakaunkan perbelanjaan tidak rasmi atau terlebih bayar
g. Menyelenggara dokumen-dokumen/ borang-borang kewangan terkawal
h. Mengendalikan buku daftar cek terimaan
Urusan Terimaan
a. Mengurus pengebilan semua jenis terimaan wang awam
b. Menerima semua jenis wang awam dan mengeluarkan resitresit rasmi Kerajaan
c. Mengumpul dan menyerahkan terimaan wang awam serta salinan dokumen/ laporan terimaan kepada anggota yang bertanggungjawab
d. Menyelenggara buku tunai cerakinan
e. Menyediakan slip masuk bank, Penyata Pemungut dan memasukkan terimaan ke Bank
f. Menyedia dan mengemukakan laporan kira-kira wang tunai bulanan
4.1.4 Urusan Perolehan Kerajaan
a. Menguruskan perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja
4.1.5 Urusan Bayaran Emolumen
a. Menguruskan hal ehwal bayaran gaji, elaun, upah, KWSP dan lain-lain potongan gaji anggota
b. Menyediakan sijil gaji akhir anggota
c. Menerima, memproses dan mengagih wang tunai, cek dan laporan gaji kepada pihak-pihak yang berkaitan
d. Menerima dan memproses borang perubahan gaji dan baucar- baucar
Urusan Pembayaran
a. Menguruskan semua jenis bayaran selain bayaran emolumen anggota
b. Menyedia dan memproses borang pewujudan akaun bayar pukal
c. Menyemak bil. STMB, TNB, MAS dan lain-lain agensi di dalam sistem Bayaran Pukal dengan laporan Bayaran Pukal BP21 dalam mengambil tindakan susulan
d. Menyelenggarakan daftar bil termasuk rekod pembatalan cek
e. Mengurus dan menyelenggarakan cek dari segi pembatalan, penggantian, pembukaan palang dan penahanan cek
f. Membantu menguruskan kredit pembekal
g. Menyelenggara, mengemas kini dan mengedarkan jadual kadar pertukaran mata wang asing.
4.1.7 Urusan Akaun
a. Menyelenggara mengemaskini, memantau akaun vot/ amanah/ hasil/ deposit
b. Menyelenggara dan mengemaskini akaun subsidiari termasuk penyesuaian dengan akaun kawalan
c. Menyelenggara buku daftar dokumen-dokumen kewangan
d. Menyedia dan mengagihkan laporan kewangan dan perakaunan
e. Mengesah dan memantau pengesahan akaun vot/ amanah/ hasil/ deposit
f. Membantu menyediakan Akaun Awam termasuk laporan Akauntan Negara Malaysia
g. Mengurus cek terbatal.
4.1.8 Urusan Pelaburan dan Pinjaman
a. Membantu dalam menguruskan pelaburan atau pinjaman dalam dan luar negeri
KUMPULAN : Pelaksana
KEMENTERIAN/ JABATAN : Pelbagai Kementerian atau Jabatan atau Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis
Berikut adalah jadual gaji yang memaparkan gaji minimum/ maksimum dan kadar kenaikan gaji tahunan :-
JADUAL GAJI | |||
GAJI MINIMUM | RM1,353.00 | ||
GAJI MAKSIMUM | RM4,005.00 | ||
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN | RM100.00 |
Berikut adalah syarat lantikan untuk Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19
SYARAT LANTIKAN | |||
i) | Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: | ||
a) Warganegara Malaysia; | |||
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan | |||
| |||
| |||
| |||
| |||
| |||
ii) | Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan | ||
Sumber SPA |
Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19 boleh dijadikan panduan buat para pemohon jawatan kosong SPA ini. Diucapkan semoga anda berjaya mendapat jawatan kerajaan ini.