Cara semak wang tidak dituntut (WTD) secara online melalui Portal eGUMIS? Untuk makluman, semakan Wang tidak dituntut sebelum ini hanya boleh dibuat di Kaunter Jabatan Akauntan Malaysia (JANM) seluruh negeri. Untuk memudahkan orang ramai terutama di kawasan pedalaman, Kementerian Kewangan telah menyediakan kaunter bergerak untuk orang ramai membuat semakan sebelum proses tuntutan dapat di buat di JANM.
Semakan WTD secara Online telah dilancarkan dan kini boleh diakses. Kerajaan telah melancarkan sistem eGUMIS atau Electronic Government Unclaimed Money Information System pada Januari 2020. Kemudahan semakan atas talian ini bakal memudahkan orang ramai untuk membuat semakan status wang tidak dituntut terutamanya oleh penduduk di luar bandar.
Definisi Wang Tidak Dituntut (WTD)
Berikut dikongsikan definisi maksud wang tidak dituntut :-
“Wang Tak Dituntut bermaksud wang perlu dibayar disisi undang-undang kepada pemilik yang sepatutnya dalam tempoh masa tertentu seperti mana di tetapkan di bawah Seksyen 8, Akta Wang Tidak Dituntut 1965.
Pendaftar wang tidak dituntut, iaitu Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) sebagai pemegang amanah akan menyimpan selamat wang tersebut mengikut peraturan kewangan berkuatkuasa sehingga ianya dituntut oleh empunya yang berhak”
A. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.
Antara wang dibawah kategori ini ialah:
- Gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
- Dividen;
- Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
- Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
- Draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
- Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
- Cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
- Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.
B. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun.
Antra wang dibawah kategori ini ialah:
- Akaun simpanan;
- Akaun semasa;
- Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).
C. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun.
- Akaun pemiutang dagangan
- Akaun penghutang dagangan berbaki kredit
Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) Secara Online Melalui eGUMIS JANM
Berikut dikongsikan panduan dalam membuat semakan Wang Tak Dituntut atau WTD secara manual dan online.
Maklumat yang dipaparkan termasuk tarikh pelancaran sistem semakan, pautan URL applikasi semakan dan cara semakan lain WTD.
A) Semakan WTD Online (eGUMIS)
Sistem Electronic Goverment Unclaimed Money Information System atau sistem semakan WTD online akan diaktifkan bermula :-
- Januari 2020
Pengenalan sistem ini bakal memudahkan orang ramai dalam membuat semakan status WTD tanpa perlu datang ke kaunter Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM).
Aplikasi semakan boleh di akses d pautan berikut :-
Klik
Cara Semak Wang Tak Dituntut (WTD) Secara Online
Bermula Januari 2020, semakan WTD eGUMIS boleh dilakukan secara online bagi memudahkan rakyat yang ingin membuat semakan tanpa perlu hadir ke kaunter.
Pengguna perlu klik pautan di atas dan ikut langkah seperti di bawah:
- Pendaftaran kali pertama, pengguna perlu klik pada butang pendaftaran untuk membuat pendaftaran kali pertama
- Skrin pendaftaran pengguna akan dipaparkan. Pengguna perlu melengkapkan maklumat yang diperlukan seperti nama penuh, jenis pengenalan, no kad pengenalan, email, nama pengguna dan pengakuan bersetuju. Setelah itu pengguna perlu klik butang daftar
- Kata laluan sementara akan dihantar ke email yang telah didaftarkan
- Kemudian tekan butang log masuk. Isikan nama pengguna seperti yang didaftarkan dan kata laluan sementara seperti yang diterima melalui email pengguna
- Skrin tukar kata laluan akan dipaparkan. Isikan kata laluan sementara dan masukkan kata laluan baharu dan ulang kata laluan baharu. Kemudian tekan butang simpan untuk mengemaskini maklumat pengguna
- Skrin kemaskini maklumat pengguna akan dipaparkan. Sila lengkapkan maklumat seperti alamat, negara, negeri, poskod, bandar dan no telefon bimbit. Kemudian tekan butang simpan
- Skrin carian wang tak dituntut akan dipaparkan. Untuk membuat semakan, sila klik pada butang carian wang tak dituntut kemudian masukkan no kad pengenalan. Tekan butang cari dan hasil carian akan dipaparkan
- Maklumat wang tak dituntut dipaparkan. Jika anda ingin membuat cetakan sila klik butang cetak
Informasi Penting Wang Tak Dituntut Online
- Untuk fasa awal, pengguna hanya boleh membuat semakan sahaja. Untuk permohonan, dokumen lengkap boleh dikemukakan melalui pos ke pejabat pendaftar atau hadir ke kaunter pejabat pendaftar atau JANM Negeri/cawangan berdekatan
- Carian rekod WTD online adalah berdasarkan rekod yang diserahkan oleh pihak syarikat/firma bagi tahun kewangan 2006 hingga kini
- Jika pengguna tidak menerima kata laluan sementara atau telah menerima kata laluan tetapi tidak berjaya log masuk, anda diminta untuk membuat pendaftaran semula di portal
Soalan Lazim eGUMIS (FAQ) – Maklumat Am
Berikut adalah sebahagian daripada soalan yang kerap ditanya oleh pengguna beserta dengan jawapannya :-
1. Siapakah yang boleh membuat semakan Wang Tak Dituntut (WTD) secara atas talian?
Individu dan syarikat dibenarkan untuk membuat semakan WTD secara atas talian melalui nombor pengenalan diri dan nombor pendaftaran syarikat
2. Bagaimanakah pemohon boleh membuat semakan Wang Tak Dituntut (WTD) secara atas talian?
Pemohon boleh membuat semakan WTD secara atas talian dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut:-
Langkah 1 : Layari pautan portal rasmi
Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian.
Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan yang didaftar. Pengguna perlu menukar kata laluan baharu
Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna
Langkah 5 : Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)
3. Adakah terdapat tempoh masa bagi akaun pengguna?
Ya, tempoh pengguna aktif adalah 6 bulan dari tarikh terakhir log masuk ke portal. Akaun pengguna akan dinyahaktif secara auto dan pengguna perlu mendaftar semula sebagai pengguna baharu
4. Apakah tindakan yang boleh dilakukan sekiranya nombor pengenalan dan nama empunya tidak sama dengan rekod Pendaftar?
Semua maklumat wtd adalah berdasarkan rekod serahan daripada entiti (syarikat/firma) kepada Pendaftar. Untuk tujuan permohonan wtd, pemohon perlu mencetak maklumat wtd tersebut dan rujuk syarikat/firma yang membuat serahan untuk surat pengesahan dan penjelasan
5. Sekiranya pemohon tidak menerima email kata laluan di dalam peti masuk selepas pendaftaran, apakah yang perlu dilakukan?
Pengguna boleh menyemak email kata laluan sementara pada spam.Sekiranya tiada, pengguna boleh menghubungi Pentadbir Sistem melalui maklumbalas tuntutan
6. Apakah yang akan terjadi sekiranya pengguna tidak log masuk setelah menerima kata laluan?
Sekiranya pengguna tidak log masuk ke portal rasmi setelah menerima kata laluan melebihi 30 hari, akaun tersebut akan dinyahaktifkan secara automatik
FAQ lengkap boleh dirujuk di Soalan Lazim.
B) Cara Semakan Wang Tak Dituntut Di Kaunter WTD JANM
Mereka yang ingin membuat semakan Wang Tak Dituntut boleh membuat semakan di lokasi pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia di seluruh negeri. Berikut adalah langkah membuat semakan WTD.
- Hadir sendiri ke kaunter JANM mengikut waktu pejabat atau masa yang ditetapkan oleh JANM berkaitan
- Bawa dokumen pengenalan diri iaitu Kad pengenalan/ MyKad.
- Semakan waris yang telah meninggal dunia boleh juga disemak. Pemohon perlu membawa sijil kematian, sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan surat sokongan yang menyatakan hubungan anda dengan pewaris (eg sijil lahir).
- Serahkan MyKad atau dokumen yang berkaitan di kaunter WTD
- Pegawai JANM yang bertugas akan membuat semakan melalui sistem
- Status WTD akan dapat diketahui dalam masa beberapa minit sahaja
- Pegawai bertugas akan menyenaraikan senarai WTD (jika ada) dan prosedur buat tuntutan
- Tiada bayaran atau caj perkhidmatan dikenakan untuk membuat semakan
Informasi Penting Wang Tidak Dituntut (WTD)
Berikut adalah maklumat penting berkaitan WTD yang perlu diambil perhatian oleh pemohon.
- Tiada had untuk semakan atau tuntutan WTD
- Wang disimpan selamat dalam pegangan kerajaan
- Perkhidmatan diberikan adalah percuma
- Dibayar tanpa faedah
- JANM tidak pernah melantik ejen
- JANM tidak pernah menghantar email berkaitan perkhidmatan WTD
Maklumat Lanjut Proses Permohonan Tuntutan Wang Tidak Dituntut Di Kaunter JANM
Pegawai JANM yang bertugas akan memberikan panduan dalam membuat tuntutan WTD (jika ada). Secara amnya, tuntutan boleh dibuat seperti berikut :
- Pemohon perlu mengisi borang tuntutan jika terdapat wang tidak di tuntut
- Sertakan beberapa dokumen berkaitan yang antara lain meliputi salinan MyKad, surat pengesahan bank berkenaan, penyata buku bank yang aktif untuk tujuan pembayaran balik secara bank-in.
- Download Borang UMA-7
- Borang UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani
Salinan kad pengenalan (hadapan dan belakang) / pasport pemohon bagi bukan warganegara
Dokumen asal (Antaranya: buku bank /sijil simpanan tetap dan lain-lain) - Salinan muka hadapan buku akaun / penyata bank pemohon yang aktif serta disahkan oleh pihak bank
- Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun yang dinyatakan
Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan semakan Wang Tidak Dituntut, sila rujuk kepada dokumen di bawah ini:-
Garis Panduan Permohonan Bayaran Balik Wang Tidak DiTuntut
Semoga sistem semakan secara online/ atas talian eGUMIS yang telah diperkenalkan akan memudahkan orang ramai untuk membuat semakan wang tidak dituntut milik mereka.
*Penafian: Maklumat yang diperolehi adalah merujuk kepada maklumat rasmi daripada Portal Rasmi eGUMIS. Sebarang permohonan atau semakan hendaklah dibuat terus di laman web portal rasmi tersebut.
Related : balik wtd, layari pautan portal https, akaun bank, https egumis.anm.gov.my, milik mana tempoh sah lakunya telah luput, serahkan mykad surat pengesahan bank berkenaan penyata buku bank yang aktif, tujuan wang tidak dituntut wtd secara online, hadir ke kaunter pejabat jabatan akauntan negara malaysia janm sebagai pemegang amanah akan menyimpan selamat wang tersebut mengikut peraturan kewangan berkuatkuasa sehingga ianya dituntut oleh empunya yang berhak, waris yang mempunyai arahan pembaharuan automatik, pentadbir harta pusaka wasi yang dinamakan dalam surat kuasa mentadbir harta pusaka, simpanan tetap yang dinamakan dalam surat kuasa mentadbir harta pusaka, individu atau nombor pendaftaran pengguna secara atas talian, pejabat jabatan akauntan negara malaysia anm, talian melalui nombor pendaftaran pengguna secara atas talian, keuntungan yang mempunyai arahan pembaharuan automatik, serahkan mykad surat kuasa mentadbir harta pusaka, egumis atau nombor pendaftaran pengguna secara atas talian, permohonan tuntutan wang tak dituntut wtd, pegawai janm yang mempunyai arahan pembaharuan automatik, bahagian pengurusan diri atau nombor pendaftaran pengguna secara atas talian,