Berita baik peneroka-peneroka FELDA di seluruh negara. Tahukah anda bahawa FELDA telah membangunkan sebuah sistem pada Disember 2019 untuk membuat semakan penyata hutang dengan mudah dan pantas secara online? Jika tidak, berikut dikongsikan maklumat berkenaan ePeneroka FELDA Cara Semakan Penyata Hutang & Log Masuk sebagai panduan buat semua.
epeneroka felda pada 7 julai 2021 kerajaan telah memperkenalkan inisiatif bebanan pinjaman peneroka akan berkurang sebanyak purata 80 dan berbaki 20 diteruskan pembayaran oleh peneroka. Pengumuman ini dibuat bersempena Hari Peneroka FELDA 2021 dan bertujuan untuk menyelaras pinjaman peneroka secara bersyarat terutama bagi generasi-generasi awal peneroka FELDA.
Semakan Penyata Hutang & Log Masuk Sistem ePeneroka FELDA
Berikut dikongsikan informasi berkaitan portal ePeneroka FELDA Semak Baki Penyata Hutang & Log Masuk untuk panduan anda.
Syarat Pelupusan Hutang Bersyarat
Berdasarkan inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan pada Hari Peneroka FELDA 2021, terdapat empat perkara yang dirangkum dalam pelupusan hutang Felda iaitu:
1) Pelarasan sebahagian baki pinjaman tanam semula sehingga 31 Disember 2019 yang berjumlah RM8 billion di mana akan memberi manfaat kepada 92,441 orang peneroka
2) Pelarasan sebahagian baki tunggakan pinjaman baja sehingga 31 Disember 2019 yang berjumlah RM168 juta di mana melibatkan 52,180 peneroka
3) Pelarasan sepenuhnya baki pinjaman saham FGV Holdings Bhd sehingga 7 Julai 2021 yang bernilai RM78 juta di mana melibatkan 38,043 peneroka
4) Pelarasan sepenuhnya baki pinjaman pembangunan asal sehingga 31 Disember 2019 yang berjumlah RM56juta di mana 6,711 orang peneroka akan menikmati manfaat tersebut
Cara Log Masuk ePeneroka Felda
Langkah-langkah untuk login ePeneroka Felda untuk semak hutang peneroka felda online adalah seperti berikut:
- Layari laman web portal ePeneroka
- Masukkan ID Pengguna iaitu nombor kad pengenalan dan kata laluan yang boleh didapatkan daripada pejabat rancangan
- Contoh : ID Pengguna (680101115081 ) tanpa tanda sepang, Kata Laluan (Felda@5081) 4 digit terakhir nombor kad pengenalan.
- Klik Log Masuk
- Pengguna akan diminta untuk menukar kata laluan yang lain dan sesuai dengan kriteria yang ditetapkan
- Klik Kemaskini Kata Laluan
- Nama pengguna akan dipaparkan di sudut kanan atas dan pengumuman terbaru akan dipaparkan di halaman utama yang juga mengandungi Penjanjian Penyelarasan Pinjaman dan Pengurusan Pekebun Peneroka
Cara Semak Penyata Hutang
Bagi pengguna yang ingin membuat semakan penyata hutang melalui sistem ini boleh mengikuti langkah-langkah di bawah:
- Log masuk ke dalam portal ePeneroka
- Klik pada kotak Penyata
- Untuk melihat penyata peneroka, klik pautan di bawah kolum nama dokumen
- Untuk memuat turun penyata pinjaman pula, klik Muat Turun di bawah kolum Tindakan
Sekiranya anda ingin mendapatkan panduan tambahan atau yang lebih lengkap, sila rujuk pada pautan berikut:
Maklumat Lanjut
Sila hubungi Pejabat Rancangan anda jika terdapat sebarang pertanyaan atau masalah untuk mengakses portal atau rujuk:
- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan,
Menara FELDA,
Platinum Park,
No. 11, Persiaran KLCC,
50088 Kuala Lumpur,
Malaysia.
- Tel: 03 2191 2191
- Faks: 03 2191 2590
- Emel: jkk@felda.net.my
Diharapkan perkongsian berkenaan Sistem Semakan Penyata Hutang & Log Masuk dapat membantu para peneroka untuk menggunakan portal yang telah disediakan dengan betul dan mudah.
Related : penyata hutang jumlah penghapusan hutang peneroka, peneroka felda pada 7