Tarikh Exam SPM (Jadual Sijil Pelajaran Malaysia) Tahun 2024. Perhatian buat pelajar Tingkatan 5. Bilakah tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bakal diadakan? Untuk makluman, tarikh exam SPM telah pun dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Berikut dikongsikan jadual peperiksaan SPM 2024 setelah diumumkan KPM. Pada tahun lepas, ianya diadakan lebih lewat berbanding biasa iaitu 30 Januari hingga 7 Mac 2024. Peperiksaan SPM tahun 2022 telah dijadualkan semula ke suku pertama tahun 2023 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19 yang mengubah takwim persekolahan sejak tahun 2020.
Keputusan peperiksaan yang cemerlang membolehkan pelajar membuat permohonan kemasukan ke UA/ IPTA, Politeknik melalui Permohonan UPU online. Untuk calon peperiksaan awam yang lain, murid boleh merujuk kepada Takwim Peperiksaan dan Pentaksiran 2024.
Jadual Waktu Peperiksaan/ Jadual Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024
Berikut dikongsikan informasi penting berkaitan Jadual waktu peperiksaan SPM tahun 2024 meliputi tarikh peperiksaan ujian bertulis dan ujian lisan, masa dan mata pelajaran.
Tarikh dan jadual peperiksaan adalah tertakluk kepada perubahan dari masa kesemasa dan calon adalah dinasihatkan untuk sentiasa melayari Portal Rasmi LP Malaysia dalam mendapatan maklumat terkini jika terdapat perubahan pada jadual.
Jadual Peperiksaan SPM Tahun 2024 (Tarikh Dan Masa)
Berikut adalah maklumat tarikh penting peperiksaan SPM buat panduan calon peperiksaan dalam membuat perancangan pembelajaran terutama ulangkaji pelajaran.
Bagi SPM tahun 2024, KPM telah mengeluarkan draf jadual peperiksaan bertulis SPM 2024 seperti pautan di bawah
TARIKH DAN JADUAL SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2024 |
|
Jadual SPM 2025
- Jadual berikut adalah jadual SPM pindaan terkini yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia sebagai rujukan.
2 Januari 2025, 6 Januari 2025 dan 7 Januari 2025 |
8 & 9 Januari 2025 |
13 – 16 Januari 2025 |
20 Januari 2025 |
21 Januari 2025 |
22 Januari 2025 |
23 Januari 2025 |
3 – 6 Februari 2025 |
Untuk maklumat lanjut peperiksaan, sila rujuk kepada nota dan arahan peperiksaan yang dikongsikan.
Nota Dan Arahan Peperiksaan SPM
Calon yang menduduki peperiksaan di bilik / dewan peperiksaan dilarang:
1. Membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan serta telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan
2. Menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan
3. Mendedahkan kertas peperiksaan atau jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain
4. Memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan
5. Menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain dan menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan
6. Membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan
7. Menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon8. Membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan
Nota Penting
Calon yang tidak mematuhi Amaran Peperiksaan/Pentaksiran dianggap telah melakukan salah laku dan akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan. Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku boleh dikenakan tindakan berikut:-
1. Keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan
2. Keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan
3. Result Keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan terbatal
Download Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2024
Calon peperiksaan boleh memuat turun atau download jadual exam SPM 2024 dalam PDF di Lembaga Peperiksaan Malaysia
RASMI :
Selamat menduduki peperiksaan SPM 2024. Moga perkongsian jadual SPM 2024 bermanfaat buat semua. Semoga calon peperiksaan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini.
Related : muat turun jadual waktu peperiksaan spm 2024 dan menandatangani borang pengakuan calon, 2 Januari 6 Februari 2025, 7 menyamar atau peranti elektronik bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan, portal rasmi lembaga peperiksaan kementerian pendidikan malaysia
5 menukar nota dokumen seperti buku lukisan grafik akhbar kamus kertas jadual waktu peperiksaan serta telefon bimbit alat alat komunikasi atau peranti elektronik bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan, download jadual waktu peperiksaan spm 2024 dan menandatangani borang pengakuan calon, pembayaran hendaklah memaklumkan kepada pihak jpn sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi borang pembetulan maklumat calon, 3 mendedahkan kertas peperiksaan sijil pelajaran malaysia spm 2024,