Tarikh Bayaran Faedah Bulanan PERKESO Tahun 2024. Menerusi makluman Laman Web Rasmi PERKESO. Berikut dikongsikan jadual tarikh pembayaran faedah bulanan PERKESO 2024 buat panduan penerima bayaran SOCSO ini. Jadual bayaran PERKESO ini memaparkan maklumat bayaran seperti bulan, hari, tarikh dan catatan pembayaran. PERKESO ada menyediakan dua skim faedah keselamatan sosial iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat.
PERKESO telah mengumumkan kenaikan kadar pencen di antara 1.2 peratus sehingga 10.4 peratus di bawah skim bencana pekerjaan dan skim keilatan bermula 26 Disember 2017. Seramai 328,056 penerima akan menerima bayaran tunggakan pelarasan dengan peruntukkan sebanyak RM72.62 juta bagi pembayaran penerima faedah membabitkan hilang upaya kekal, orang tanggungan, pencen ilat dan pencen penakat.
Tarikh Bayaran Faedah Bulanan PERKESO Tahun 2024
Berikut adalah jadual tarikh pembayaran untuk sepanjang tahun 2024. Untuk makluman, kebanyakan tarikh pembayaran adalah selepas tarikh pembayaran gaji kerajaan dan pencen pesara kerajaan.
Jadual Tarikh Pembayaran Faedah Bulanan PERKESO Untuk Tahun 2024
Berikut adalah senarai lengkap tarikh pembayaran Faedah bulanan SOCSO untuk tahun 2024.
Bulan & Tarikh | |||
Bulan | Tarikh | Hari | Catatan |
Januari | 31.01.2024 | Rabu | – |
Februari | 1.03.2024 | Jumaat | – |
Mac | 1.04.2024 | Isnin | – |
April | 30.04.2024 | Selasa | – |
Mei | 24.05.2024 | Jumaat | Pesta Keamatan pada 30 Mei 2024 dan Hari Gawai Dayak pada 1 Jun 2024 |
Jun | 11.06.2024 | Selasa | 17 Jun 2024 bersamaan Hari Raya Qurban |
Julai | 1.08.2024 | Khamis | – |
Ogos | 30.09.2024 | Jumaat | – |
September | 1.10.2024 | Selasa | – |
Oktober | 25.10.2024 | Jumaat | 31 Oktober bersamaan Hari Deepavali |
November | 29.12.2024 | Jumaat | – |
Disember | 19.12.2024 | Khamis | 25 Disember bersamaan Hari Krismas |
Semoga Jadual ini boleh dijadikan panduan buat penerima faedah dalam merancang perbelanjaan seharian sekeluarga. Gunakan wang dengan berhemah.
Related : pencen ilat,