Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Malaysia 2024 (Seluruh Negeri). Sungguh cepat masa berlalu dan kini bulan Ramadhan Al-Mubarak kembali menemui seluruh umat Islam. Menurut Kalendar Islam 2024 yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), tarikh bermulanya puasa adalah pada hari Selasa, 12 Mac 2024 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1445H bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia.
Namun, dalam kita sibuk melakukan persediaan untuk menyambut ketibaan bulan yang mulia ini. Umat Islam yang masih belum menggantikan puasa yang tertinggal dinasihatkan untuk menggantikannya dengan kadar segera sebelum tibanya bulan Ramadhan.
Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Malaysia Tahun 2024/1445H
Berikut dikongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2024 Malaysia yang boleh diketahui dengan melayari pautan link Nama Setiap Negeri yang disertakan di bawah ini :-
Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Malaysia 2024 (Seluruh Negeri) | |||
PERLIS | KEDAH | PULAU PINANG | |
PERAK | SELANGOR | WILAYAH PERSEKUTUAN | |
NEGERI SEMBILAN | MELAKA | JOHOR | |
PAHANG | KELANTAN | TERENGGANU | |
SARAWAK | SABAH | – |
SUMBER : JAKIM
Maklumat Berkaitan Waktu Berbuka Puasa dan Imsak
Berikut dikongsikan kepada anda maklumat berkaitan waktu berbuka puasa dan imsak :-
|
Sabda Rasulullah SAW :-
|
Selain itu kita juga disunatkan untuk berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar sunat berbuka dengan air dan kita juga disunatkan berdoa ketika berbuka.
|
Bersahur merupakan amalan sunat berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Anas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda :-
|
Bersahur adalah penting kerana ia memberi kekuatan bagi orang yang berpuasa. Waktu bersahur bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar yang mana kita disunatkan mengakhiri waktu bersahur.
Semoga perkongsian Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Malaysia 2024 ini bermanfaat kepada semua umat Islam. Moga ia dapat membantu anda dalam mengetahui waktu berbuka dan imsak semasa bulan Ramadhan tahun 2024. Selamat menjalani ibadah berpuasa dan sama-sama kita menghayati bulan yang penuh keistimewaan dalam Islam ini.