Kehadiran bulan Ramadhan yang mulia ini semestinya telah dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Bersempena dengan itu, di sini kami sertakan Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Negeri Melaka tahun 2025 untuk bulan Ramadhan 1446 Hijrah. Takwim rasmi ini adalah sumber yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Mufti Negeri Melaka.
Bagi tahun ini, umat Islam akan memulakan ibadah puasa pada 1 Ramadhan 1446H bersamaan dengan hari Ahad, 2 Mac 2025. Dengan itu, hari tersebut akan menjadi hari cuti umum buat Kedah, Johor dan Melaka. Sebahagian negeri lain pula akan bercuti pada Hari Nuzul Al-Quran pada 18 Mac 2025.
Negeri Melaka
Negeri Melaka yang juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah terletak di wilayah Selatan Semenanjung Malaysia. Negeri Melaka amat dikenali dengan keunikan sejarahnya bermula dengan sejarah pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka selama 110 tahun.
Sejarah kesultanan Melaka bermula dengan kedatangan Parameswara, seorang raja Srivijaya dari Palembang yang memerintah pada tahun 1400 hingga 1424. Empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, sultan terakhir Kesultanan Melaka yang akhirnya telah ditewaskan oleh pihak Portugis pada tahun 1511.
Pada 24 Ogos 1511, pihak Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque telah menguasai negeri Melaka dan telah dijajah oleh Portugis selama 130 tahun. Pada tahun 1641, pihak Belanda pula menguasai Melaka dengan menewaskan pihak Portugis melalui bantuan Sultan Johor. Pihak Belanda kemudiannya telah menyerahkan Melaka kepada pihak British melalui Perikatan British-Belanda pada tahun 1824 dan telah diperintah selama 100 tahun sebelum ditawan oleh penjajah Jepun pada tahun 1942.
Melaka telah diisytiharkan sebagai sebuah bandar bersejarah pada 15 April 1989 dan kemudiannya disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 7 Julai 2008.
Negeri Melaka merupakan negeri keempat terkecil di Malaysia dengan keluasan 1,650 km persegi. Ianya terbahagi kepada 3 daerah pentadbiran iaitu Alor Gajah, Jasin dan Melaka Tengah serta 81 mukim. Negeri Melaka mempunyai 4 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ).
SUMBER
Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Melaka 2025/1446H
Berikut dikongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa berserta Waktu Imsak 2025 yang dibahagikan mengikut zon di Melaka.
Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Melaka Tahun 2025 | |||
Lampiran jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak untuk bulan Ramadhan tahun 1446H / 2025M yang disertakan adalah dari terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Melaka. Di bawah merupakan jadual berbuka tahun 2025 sebagai rujukan. |
| ||||
Bandar Melaka, Alor Gajah, Jasin, Masjid Tanah, Merlimau, Nyalas | ||||
![]() | ||||
NOTA : Muat Turun Takwim (Melaka) | ||||
* Tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia | ||||
** Tarikh melihat Anak Bulan Syawal tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia |
Berikut merupakan informasi penting lain yang berkaitan dengan puasa :-
Maklumat Penting Puasa Di Bulan Ramadhan | |||
Sila klik pada pautan yang dinyatakan bagi mendapatkan maklumat lanjut informasi berkaitan: | |||
NO | PERKARA | ||
1 | Tarikh Hari Nuzul Al-Quran : 18 Mac 2025 ( Hari Selasa ) bersamaan 17 Ramadhan 1446H | ||
2 | Niat Puasa Ramadhan dan Doa Berbuka Puasa | ||
3 | Niat Puasa Ramadhan : Berniat Puasa dalam bahasa Arab adalah tidak diwajibkan dan tidak juga disunatkan. Cukuplah memadai atau sekadar berniat dalam bahasa Melayu atau bahasa lain yang difahami. Namun adalah lebih baik dan mendapat pahala jika dapat diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad S.A.W dan bahasa Al-Quran | ||
4 | Ibadah solat sunat Terawih hendaklah ditunaikan. Panduan mengerjakan solat terawih | ||
5 | Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negeri Di Malaysia | ||
6 | Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Seluruh Negeri Di Malaysia Tahun 2025/ 1446H |
Semoga perkongsian jadual waktu imsak dan berbuka puasa ini berguna kepada semua umat Islam. Moga ianya boleh dijadikan rujukan dalam mengetahui waktu berbuka dan imsak semasa bulan Ramadhan tahun 2025. Selamat menjalani ibadah berpuasa.
ref waktu solat, 24 december 2025, umat islam digalakkan