Jadual STAM 2024 Dan Tarikh Peperiksaan. Satu lagi peperiksaan bertulis buat pelajar akan diadakan pada bulan Januari tahun hadapan. Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pendidikan telah mengumumkan tarikh peperiksaan STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) iaitu kerja kursus, ujian lisan dan ujian bertulis. Berikut dikongsikan jadual waktu peperiksaan STAM 2024 (Bertulis) yang akan diadakan pada 3 hingga 13 Februari 2024
Untuk perhatian pelajar dan ibu bapa, result peperiksaan STAM yang cemerlang akan membolehkan pelajar untuk membuat permohonan kemasukan ke UA/ IPTA melalui permohonan UPU online. Untuk calon peperiksaan awam yang lain seperti SPM dan SPMU, pelajar boleh merujuk kepada Takwim Peperiksaan dan Pentaksiran 2024.
Tarikh Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2024
Berikut adalah maklumat Jadual waktu peperiksaan STAM tahun 2024 yang memaparkan tarikh peperiksaan ujian bertulis dan ujian lisan, kerja kursus, masa dan mata pelajaran. Tarikh dan jadual peperiksaan adalah tertakluk kepada perubahan dari masa kesemasa dan calon adalah dinasihatkan untuk sentiasa melayari Portal Rasmi LP Malaysia dalam mendapatkan maklumat terkini jika terdapat perubahan pada jadual.
Peperiksaan STAM meliputi ujian seperti berikut:-
- Kerja Kursus
- Ujian lisan
- Peperiksaan/ Ujian bertulis
Susulan daripada wabak COVID-19, KPM telah membuat kenyataan untuk menunda peperiksaan STAM 2023 ke suku pertama tahun 2024. Segala Maklumat yang berkaitan akan dikemas kini dari semasa ke semasa
Jadual Waktu Peperiksaan STAM Tahun 2024 (Exam Date)
Berikut adalah senarai tarikh penting peperiksaan STAM 2024 buat panduan calon peperiksaan dalam membuat perancangan pembelajaran terutama dalam membuat ulangkaji pelajaran.
TARIKH PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) TAHUN 2024 |
|
Jadual Lengkap Peperiksaan STAM 2024
- Jadual Ujian Bertulis STAM selepas diumumkan secara rasmi oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia bagi tahun 2024.
Nota Dan Arahan Peperiksaan STAM Tahun 2024 |
1. Calon wajib menduduki semua instrumen pentaksiran bagi mata pelajaran yang didaftar. Pelajar yang tidak dapat menduduki mana-mana instrumen pentaksiran akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu instrumen pentaksiran. Adalah dikehendaki untuk mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat peperiksaan STAM 2024 |
2. Calon hendaklah menyemak butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan sebelum peperiksaan. Sekiranya terdapat kesilapan maklumat, calon hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran sebanyak RM30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN menggunakan Kiriman Wang/ Wang Pos atas nama Pengarah Peperiksaan |
3. Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Pentaksiran yang dinyatakan dalam Jadual Waktu STAM 2024 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon |
4. Pelajar/ Calon hendaklah berada di tempat duduk di dalam dewan/bilik pentaksiran 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan |
5. Calon hendaklah meletakkan Kad Pengenalan atau Dokumen Pengenalan Diri di penjuru kanan sebelah label meja sepanjang waktu pentaksiran. dan dilarang menduduki ujian tanpa dokumen berkenaan |
6. Calon tidak dibenarkan menduduki peperiksaan sekiranya tiba lebih daripada 30 minit selepas peperiksaan dimulakan. Walau bagaimanapun, atas budi bicara Ketua Pengawas Peperiksaan, calon boleh dibenarkan menduduki peperiksaan. Calon mesti mengemukakan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan |
7. Pelajar/ Calon boleh membuat bantahan sekiranya telah mendaftar untuk menduduki sesuatu mata pelajaran tetapi kod Kertas Peperiksaan tersebut tidak tercatat dalam Jadual Kedatangan. Calon hendaklah mengemukakan Kenyataan Kemasukan Peperiksaan dari Lembaga Peperiksaan yang mengandungi kod kertas dan nama kertas sebagai bukti pendaftaran. Tiada bayaran dikenakan |
8. Menyemak butiran kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan arahan pada muka hadapan Kertas Peperiksaan bagi memastikan calon mendapat Kertas Peperiksaan yang betul. |
9. Memaklumkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan dengan segera jika menerima Kertas Peperiksaan yang salah atau tidak lengkap. Membaca dan mematuhi semua arahan pada muka hadapan Kertas Peperiksaan dan muka belakang (jika ada) sebelum peperiksaan dimulakan |
Arahan Tentang Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat (JOB) dan Kertas Jawapan Objektif Tidak Bermaklumat (JOTB) |
1. Calon yang menerima kertas JOB hendaklah menyemak maklumat nama, nombor kad pengenalan, angka giliran, nama kertas dan kod kertas pada kertas JOB berkenaan. Maklumkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan dengan segera jika menerima kertas JOB yang salah atau tidak lengkap dilarang membuat sebarang pindaan pada maklumat yang telah dicetak pada Bahagian A. Kosongkan Bahagian B dan Bahagian C. |
2. Calon yang menerima kertas JOTB hendaklah menulis nama, nombor kad pengenalan, angka giliran, nama kertas dan kod kertas pada ruangan yang disediakan dan hitamkan ruang berkaitan. Kosongkan Bahagian B dan Bahagian C. |
3. Calon hendaklah menggunakan pensel 2B atau BB sahaja. |
4. Calon hendaklah memastikan ruang jawapan yang dihitamkan memenuhi keseluruhan ruang. |
5. Calon hendaklah menggunakan getah pemadam jenis lembut sahaja untuk memadamkan hingga bersih tanda jawapan yang tidak dikehendaki. Calon dilarang menggunakan pemadam jenis cecair, kimia, atau pelekat. |
6. Calon dilarang melipat, menggulung, merenyuk, membuat lubang atau apaapa tanda yang tidak dikehendaki pada kertas JOB atau JOTB |
Download Jadual Waktu Peperiksaan STAM 2024 |
Calon peperiksaan boleh memuat turuan atau download jadual peperiksaan STAM 2024 dalam PDF di Lembaga Peperiksaan Malaysia |
Selamat menduduki peperiksaan STAM. Diucapkan semoga calon peperiksaan berjaya mendapat result yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia tahun 2024. Moga perkongsian jadual waktu peperiksaan STAM 2024 bermanfaat buat semua.