Lokasi Ambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia. Berita baik buat pemandu teksi yang layak menerima Kad Bantuan Teksi 1Malaysia. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memaklumkan bahawa kad bantuan perlu di ambil dalam tempoh 3 bulan iaitu dari 16 April sehingga 16 Julai 2018. Berikut dikongsikan lokasi pengambilan Kad Bantuan 1 Malaysia di seluruh negara beserta maklumat kad bantuan.
Bagi mereka yang masih belum tahu, Kad Bantuan Teksi 1Malaysia adalah satu usaha Kerajaan Pusat di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP) dalam menghargai peranan pemandu teksi sebagai penyedia perkhidmatan di dalam sistem pengangkutan awam darat di Malaysia. Skim bantuan akan disalurkan kepada seramai 67,000 pemandu teksi di seluruh negara yang memiliki kad pemandu SPAD yang masih sah dan aktif.
Kad Bantuan Teksi 1Malaysia, satu usaha Kerajaan dalam membantu mengurangkan kos operasi pemandu teksi di mana semua kad bantuan akan diaktifkan setelah diambil oleh pemandu teksi
KELEBIHAN KAD BANTUAN TEKSI 1MALAYSIA
1. Pemandu teksi boleh membelanjakan nilai sehingga RM800 untuk pembelian petrol dan NGV di stesen-stesen minyak Petronas di seluruh negara
2. Bantuan yang disalurkan oleh SPAD bersama dengan Kad Mesra PETRONAS turut memberi perlindungan Insurans Kemalangan Peribadi sehingga RM50,000*
3. Daftar Kad Mesra dengan mudah melalui SMS, SMS : KADMESRA 17 digit nombor kad Nombor KP Nama. Hantar ke 367324. Untuk menikmati pelan perlindungan insurans Kad Mesra-AXXESS, sila layari www.axxess. com.my/petronas-mesra-register.php untuk mendaftar. Sila pastikan anda mendaftar Kad Mesra anda terlebih dahulu
NOTA : Untuk pemegang Kad Mesra sedia ada, anda boleh menggantikan dan menggabungkan Kad Mesra sedia ada kepada Kad Bantuan Teksi 1Malaysia. Ianya tertakluk kepada terma dan syarat dan sila hubungi Mesralink di talian 1-300-88-8181 untuk mengaktifkan kad andaSekiranya kad bantuan hilang, sila hubungi talian Mesralink 1-300-88-8181. Kesemua transaksi kad akan di sekat setelah pemegang kad membuat aduan dan sehingga kad baru di keluarkan
Pengambilan Kad Bantuan 1Malaysia adalah di pejabat-pejabat SPAD bermula dari tarikh 16 April – 16 Julai 2018
TARIKH DAN LOKASI PENGAMBILAN KAD BANTUAN TEKSI 1MALAYSIA 2018
Segala urusan pengambilan kad ini adalah tertakluk kepada waktu pejabat dan hari-hari kelepasan am setempat
i) PENGAMBILAN KAD DI PEJABAT SPAD
1. Pejabat SPAD Kelana Jaya (pada 16 hingga 18 April sila hadir di Stadium MBPJ Kelana Jaya bermula 10.00 pagi hingga 5.00 petang)
2. Pejabat SPAD Pulau Pinang
3. SPAD Johor Bahru
4. Pejabat SPAD Kuala Terengganu
NOTA : Tarikh dan tempat pengambilan untuk para pemandu di Sabah dan Sarawak akan diumumkan dalam masa terdekat oleh pejabat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan Sarawak
Pengambilan Kad Bantuan 1Malaysia di cawangan-cawangan SPAD bermula dari tarikh 17 April – 16 Julai 2018
ii) PENGAMBILAN KAD DI CAWANGAN SPAD
1. Cawangan SPAD UTC Kuantan
2. Cawangan SPAD UTC Ipoh
3. SPAD UTC Alor Setar
4. Cawangan SPAD Langkawi
5. Cawangan SPAD Melaka6. SPAD UTC Kota Bahru
Untuk maklumat lanjut, berikut adalah senarai lokasi dan alamat pejabat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) beserta maklumat nombor telefon untuk dihubungi
PENGAMBILAN KAD : ALAMAT PEJABAT SPAD
1. WILAYAH TENGAH
Aras 10, Tower 1 Wisma Amfirst,
Jalan SS7/15, 47301 Kelana Jaya,
Selangor
No Tel : 03 7885 3400
2. WILAYAH UTARA
One Precinct 1C-1-01,
Lengkok Mayang Pasir,
11950 Pulau Pinang
04 638 4771
3. WILAYAH TIMUR
Wisma SPAD, Lot 2182,
Jalan Bukit Kecil,
21100 Kuala Terengganu
09 624 1111
4. WILAYAH SELATAN
Aras LG, Menara MSC Cyberport
No.5, Jalan Bukit Meldrum
80300 Johor Bahru
07 2188 488
5. SABAH (PEJABAT LPKP)
Aras 4, Blok C dan D,
Bangunan KWSP, 49,Jalan Karamunsing
88000 Kota Kinabalu
088 238 245
6. SARAWAK (PEJABAT LPKP)
Aras 12, Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang 3, 93300
Kuching
082 412 073
SUMBER SPAD