Jumlah Kadar Peratus Dividen EPF Tahun 2023 Tarikh Pembayaran 2024. Masa yang ditunggu-tunggu buat pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP/ EPF) bakal tiba. Berapakah Kadar Dividen KWSP tahun 2023? Mengikut rekod tarikh tahun-tahun yang lepas, Lembaga KWSP akan mengumumkan kadar peratus dividen EPF atau KWSP untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 pada sekitar pertengahan/ akhir bulan Februari atau awal bulan Mac 2024. Adalah menjadi harapan jumlah kadar dividen untuk tahun 2023 lebih tinggi atau sekurang-kurangya setara seperti kadar dividen ASB atau Tabung Haji.
Untuk tahun lepas, kadar dividen EPF yang diumumkan adalah sebanyak 5.35% untuk Simpanan konvensional dan 4.75% untuk Simpanan Shariah. KWSP adalah satu sumber simpanan untuk persaraan atau pada waktu tua kelak. Dengan pembayaran dividen yang tinggi, simpanan atau tabungan mereka akan bertambah. Disebabkan faktor keadaan ekonomi beserta dengan kos kehidupan yang tinggi masa kini telah menyukarkan rakyat untuk menabung hasil dari jumlah gaji pendapatan yang diterima.
Jumlah Peratus Dividen EPF Tahun 2023/ 2024
Berikut adalah maklumat penting tarikh Pengumuman Kadar Dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja terkini 2022 yang memaparkan informasi berkaitan tarikh pengumuman, kadar dividen dan sejarah pembayaran dividen EPF. Kadar dividen tahun 2023 akan dikemaskini selepas pengumuman oleh KWSP pada 3 Mac 2024.
Kadar Dividen KWSP/ EPF Tahun 2023
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen sebanyak 5.50 peratus dan jumlah agihan RM50.33 bilion bagi Simpanan Konvensional serta 5.40 peratus untuk Simpanan Shariah dengan agihan berjumlah RM7.48 bilion.
“Ahli boleh membuat semakan kadar dividen KWSP 2023 bermula 3 Mac 2024 dan digalakkan menyemak melalui i-Akaun”
Ringkasan tarikh pengumuman dan jumlah kadar pendapatan dividen EPF adalah seperti berikut :-
- 2023 : 3 Mac 2024 (Ahad) : Simpanan Konvensional = 5.50% Simpanan Shariah 5.40%
- 2022 : 4 Mac 2023 (Sabtu) : Simpanan Konvensional = 5.35% dan Simpanan Shariah = 4.75%
- 2021 : 2 Mac 2022 (Rabu) : Simpanan Konvensional = 6.10 dan Simpanan Shariah = 5.65%
- 2020 : 27 Februari 2021 (Sabtu) : Simpanan Konvensional = 5.20% dan Simpanan Shariah = 4.9%
- 2019 : 22 Februari 2020 (Sabtu) : Simpanan Konvensional = 5.45% dan Simpanan Shariah = 5.0%
- 2018 : 16 Februari 2019 (Sabtu) : Simpanan Konvensional = 6.15% dan Simpanan Shariah = 5.9%
- 2017 : 10 Februari 2018 (Sabtu) : Simpanan Konvensional = 6.9% dan Simpanan Shariah = 6.4%
Sejarah Pembayaran Jumlah Dividen EPF
Berikut adalah jumlah pembayaran kadar peratus dividen EPF dari tahun 2000 hingga 2016 buat rujukan para pencarum EPF.
TAHUN : KADAR DIVIDEN
- 2016 : 5.7%
- 2015 : 6.40
- 2014 : 6.75
- 2013 : 6.35
- 2012 : 6.15
- 2011 : 6
- 2010 : 5.8
- 2009 : 5.65
- 2008 : 4.5
- 2007 : 5.8
- 2006 : 5.15
- 2005 : 5
- 2004 : 4.75
- 2003 : 4.5
- 2002 : 4.25
- 2001 : 5
Semakan Jumlah Pendapatan Dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Ahli KWSP boleh membuat semakan Penyata akaun untuk jumlah pengkreditkan dividen secara online melalui i-Akaun di laman web myEPF www.kwsp.gov.my. Ahli juga boleh membuat semakan di kios KWSP atau cawangan KWSP berdekatan bermula pada 3 Mac 2023, Ahad. Ahli digalakkan untuk menyemak secara online melalui i-Akaun
Maklumat Lanjut
Maklumat mengenai dividen boleh diperoleh menerusi laman Facebook KWSP, Twitter di KWSPBuzz dan YouTube ‘KWSP Malaysia’.
Anda juga boleh mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan lain KWSP seperti i-akaun, jenis pengeluaran, muat turun borang dan banyak lagi di Laman Web Rasmi KWSP di http://www.kwsp.gov.my/
Berapakah Kadar jumlah Dividen EPF? Nantikan pengumuman oleh Kumpulan Simpanan Wang Pekerja pada suku pertama tahun 2024. Moga kadar peratus dividen yang diumumkan bakal mengembirakan semua pencarum.
Related : simpanan syariah, pengeluaran kwsp, peratus bagi simpanan konvensional