Hibah Tahunan Dan Hibah Haji 2023 Pembayaran 2024. Berapakah kadar Hibah tahunan dan hibah haji untuk pendeposit Tabung Haji tahun 2023? Berdasarkan kepada tarikh tahun-tahun sebelumnya, kadar Hibah Tabung Haji untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 akan diumumkan sekitar akhir suku pertama atau awal suku kedua 2023. Pada tahun lepas ianya telah diumumkan pada 28 April 2023. Untuk tahun sebelumnya, jumlah pengagihan/ pembayaran Hibah telah diumumkan pada bulan Februari 2022. Bagi tahun 2023 akan dikemaskini setelah diumumkan
Sebagai rujukan, Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengisytiharkan pembayaran Hibah Pendeposit Tahunan TH sebanyak 1.25% pada tahun 2018 dan hibah tahunan 4.50% dan Hibah Haji sebanyak 1.75% kepada pendeposit yang layak bagi tahun kewangan 2017. Bagi tahun 2020 dan 2021, tiada pengagihan hibah haji hanya agihan keuntungan yang diumumkan.
Kadar Hibah Tahunan Dan Hibah Haji TH 2023
Sebelum pengumuman pembayaran hibah diumumkan, TH perlu memastikan semua proses auditan awalan dilalui dan kelulusan dalaman diperolehi. Pendeposit boleh merujuk kepada Laman Web Tabung Haji untuk mendapatkan maklumat dan informasi terkini berkenaan kadar hibah, cara pengiraan hibah TH dan FAQ Soalan lazim yang lain.
Kadar Hibah Tabung Haji Tahun 2023
Berikut adalah jumlah kadar pembayaran Hibah Haji dan Hibah Tahunan buat pendeposit Tabung Haji untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.
Untuk pengetahuan semua, tarikh pengkreditan hibah tahunan Tabung Haji ke akaun pemilik adalah pada 2 April 2024.
- 2023 : 3.10 % Agihan Keuntungan
- 2022 : 3.10% Agihan Keuntungan
- 2021 : 3.10% Agihan Keuntungan
- 2020 : 3.10% Agihan Keuntungan
- 2019 : 3.05% Agihan Keuntungan
- 2018 : 1.25% Bonus tahunan
- 2017 : 4.5% Bonus tahunan dan 1.75% bonus haji
- 2016 : 4.25% Hibah tahunan dan 1.5% Hibah haji
Apa Itu Hibah Tabung Haji?
Pembayaran Hibah yang dibuat oleh TH telah mengambil kira pembayaran zakat sebanyak 2.57%. Berikut adalah maksud Hibah buat panduan pendeposit:-
- Hibah Tahunan adalah “hadiah” yang diisytihar oleh TH, berdasarkan konsep Wadiah Yad Dhamanah iaitu mengikut kemampuan kewangan TH pada tahun semasa.
- Hibah Haji adalah “hadiah khas” yang diberikan kepada pendeposit TH yang masih belum pernah menunaikan haji dan terhad kepada bayaran haji tahun semasa (RM12,356(B40)).
Siapa yang layak?
Semua pendeposit yang mempunyai akaun simpanan TH yang berstatus aktif sehingga 31 Disember 2023, layak menerima hibah tahun 2023 pada kadar yang diisytiharkan. Sekiranya pendeposit menutup akaun sepanjang tahun semasa dan sebelum hibah tahun semasa diisytiharkan, maka kadar yang digunapakai adalah kadar bayaran ehsan yang berasaskan kadar simpanan tetap Perbankan Islam untuk tempoh 6 bulan. Tiada pelarasan akan dibuat selepas pada itu.
Rekod Pembayaran Kadar Hibah Tabung Haji
Berikut adalah sejarah rekod pembayaran Hibah TH dari tahun 2010 hingga 2023
TAHUN : HIBAH TAHUNAN & HIBAH HAJI = JUMLAH HIBAH
- 2023 : 3.10%
- 2022 : 3.10%
- 2021 : 3.10%
- 2020 : 3.10%
- 2019 : 3.05 %
- 2018 : 1.25 %
- 2017 : 4.5% + 1.75% = 6.25%
- 2016 : 4.25% + 1.5% = 5.75%
- 2015 : 5 % + 3% = 8%
- 2014 : 6.25% + 2% = 8.25%
- 2013 : 6.00% + 2% = 8%
- 2012 : 6.50% + 1.50% = 8%
- 2011 : 6.00% + Tiada bonus = 6.00%
- 2010 : 5.50% + Tiada bonus = 5.50%
Cara Pengiraan Kadar Hibah Tabung Haji
Umum mengetahui bahawa Tabung Haji (TH) merupakan antara institusi kewangan yang menyediakan kadar hibah yang menarik dan berpatutan bagi pendepositnya yang aktif. Sudah menjadi kelaziman buat rakyat Malaysia menantikan pengumuman rasmi kadar hibah TH menjelang tahun baru. Pastinya ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah cara pengiraan jumlah Hibah Tahunan dan Hibah Haji pada tahun ini yang biasanya diumumkan pada suku pertama setiap tahun.
Hibah yang diberikan TH merujuk kepada maksud asal perkataan Arab iaitu hadiah. Berasaskan konsep Wadiah Yad Dhamanah, TH akan memberikan Hibah Tahunan kepada pendeposit mereka bergantung kepada prestasi kewangan TH pada tahun itu. Hibah Haji pula merupakan hadiah eksklusif (terhad sehingga kadar maksimum bayaran haji semasa, RM 33,300) kepada pemegang akaun TH yang tidak pernah melaksanakan perintah Haji.
Berikut adalah cara membuat pengiraan Hibah Tabung Haji buat rujukan pendeposit:-
Berdasarkan konsep Wadiah Yad Dhamanah, pemberian hibah TH adalah tidak dijanjikan dan bergantung kepada pertimbangan TH. Walau bagaimanapun, simpanan di TH tetap terjamin. Apa yang pasti, Lembaga Tabung Haji (TH) telah membuat pengisytiharan bahawa kadar Agihan keuntungan TH bagi Tahun 2023 adalah sebanyak 3.10%. Jumlah agihan kepada lebih 8.7 juta pendeposit mencecah RM2.65 Billion.
Nota:
- Pendeposit boleh menyemak status pengkreditan Hibah Tahunan Tabung Haji 2023 di aplikasi THiJARI dan ATM serta Portal bank-bank rakan strategik Tabung Haji. Antaranya ialah Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamic serta Portal Rasmi TH.
- Semakan boleh dibuat mulai 2 April 2024 (Selasa).
- Bagi akaun-akaun simpanan yang telah ditutup, pendeposit atau waris pusaka hendaklah hadir ke pejabat-pejabat cawangan TH yang berhampiran.
Kadar Tahun Sebelumnya
- a) 2022 : 3.10% kadar agihan keuntungan
- b) 2021: 3.10% kadar agihan keuntungan
- c) 2020: 3.10% kadar agihan keuntungan
- d) 2019: 3.05% kadar bonus tahunan
- e) 2018: 1.25% kadar bonus tahunan
- f) 2017: 4.5% kadar bonus tahunan & 1.75% kadar bonus haji (jumlah 6.25%)
- g) 2016: 4.25% kadar bonus tahunan & 1.5% kadar bonus haji (jumlah 5.75%)
Cara dan formula pengiraan Hibah Tahunan TH bagi tahun 2023 dikongsikan seperti berikut:
Pengiraan Hibah Tahunan 2023 | |||
Tahun | Kiraan | ||
2023 | Baki purata minima bulanan (Januari-Disember 2023/12 bulan) x kadar agihan keuntungan (3.10%) |
a) Untuk Hibah Tahunan kiraannya adalah dalam akaun pendeposit yang aktif.
Sebagai contoh, jika seorang pendeposit menyimpan wang pada permulaannya dengan jumlah RM1,000 dan terus menyimpan RM100 setiap bulan dari Januari ke Disember 2023, akan berbakikan purata minimum bulanan kira-kira RM1, 733.33. Kemudian RM1, 733.33 didarabkan dengan kadar agihan keuntungan 3.10%, menghasilkan hibah sebanyak RM53.73.
- Kiraannya adalah seperti berikut: (1,000 + 1,100 + 1,200 + 1,300 + 1,400… + 2,200)/12 x 3.10% = RM53.73
Setiap pendeposit yang memiliki akaun TH yang aktif sehingga 31 Disember 2023, akan dikategorikan layak untuk menerima hibah tahun 2023 pada kadar yang ditetapkan.
b) Untuk Hibah Haji (bagi belum menunaikan haji) pula kiraannya adalah juga dalam akaun yang aktif seperti yang berikut:
- Cara pengiraan hibah haji mengambil kira purata baki minima bulanan, tapi terhad kepada jumlah maksima bayaran haji tahun semasa.
- Namun bagi tahun 2023, tiada Hibah Haji yang akan diagihkan.
Pengiraan Hibah Tahunan 2018 | |||
Tahun | Kiraan | ||
2018 | Baki purata minima bulanan (Januari-Disember 2018/12 bulan) x kadar hibah tahunan (1.25%) |
a) Untuk Hibah Tahunan kiraannya adalah dalam akaun pendeposit yang aktif.
Sebagai contoh, jika seorang pendeposit menyimpan wang pada permulaannya dengan jumlah RM1,000 dan terus menyimpan RM100 setiap bulan dari Januari ke Disember 2018, akan berbakikan purata minimum bulanan kira-kira RM1, 733.33. Kemudian RM1, 733.33 didarabkan dengan kadar hibah 1.25%, menghasilkan hibah sebanyak RM22.
- Kiraannya adalah seperti berikut: (1,000 + 1,100 + 1,200 + 1,300 + 1,400… + 2,200)/12 x 1.25% = RM22
Setiap pendeposit yang memiliki akaun TH yang aktif sehingga 31 Disember 2018, akan dikategorikan layak untuk menerima hibah tahun 2018 pada kadar yang ditetapkan.
b) Untuk Hibah Haji (bagi belum menunaikan haji) pula kiraannya adalah juga dalam akaun yang aktif seperti yang berikut:
- Cara pengiraan hibah haji mengambil kira purata baki minima bulanan, tapi terhad kepada jumlah maksima bayaran haji tahun semasa.
- Namun bagi tahun 2018, tiada Hibah Haji yang akan diagihkan.
Pengiraan Hibah 2017 | |||
Hibah Tahunan | |||
Tahun | Kiraan | ||
2017 | Baki purata minima bulanan x kadar hibah tahunan (4.5%) = (Januari-Disember 2017/12 bulan) x kadar hibah haji (4.5%) | ||
Hibah Haji | |||
Tahun | Kiraan | ||
2017 | Baki purata minima bulanan (tidak melebihi RM 9, 980) x kadar hibah haji (1.75%) = (Januari-Disember 2017/12 bulan) x kadar hibah haji (1.75%) |
- Pengiraan hibah haji dilakukan dengan cara mengambil kira purata baki minimum bulanan, tertakluk kepada jumlah maksimum bayaran haji tahun semasa.
Pengiraan Hibah 2016 | |||
Hibah Tahunan | |||
Tahun | Kiraan | ||
2016 | Baki purata minima bulanan x kadar hibah tahunan (4.25%) = (Januari-Disember 2017/12 bulan) x kadar hibah haji (4.25%) | ||
Hibah Haji | |||
Tahun | Kiraan | ||
2016 | Baki purata minima bulanan (tidak melebihi RM 9, 980) x kadar hibah haji (1.5%) = (Januari-Disember 2016/12 bulan) x kadar hibah haji (1.5%) |
- Cara pengiraan hibah haji yang ini mengambil kira purata baki minima bulanan selama 12 bulan. Purata itu kemudiannya didarabkan dengan kadar yang ditetapkan. Tetapi, kadar kelayakan maksima adalah purata baki minima bulanan sebanyak RM9,980 (terhad kepada bayaran haji semasa).
Berikut merupakan contoh kiraan yang dapat dirujuk:
Sehubungan dengan itu, akaun simpanan daripada EPF tidak layak untuk menerima Hibah Haji. Hibah Haji hanya diedarkan kepada akaun simpanan TH.
Diharapkan agar kadar yang bakal diumumkan akan datang lebih berpatutan daripada kadar yang sebelumnya. Moga perkongsian kadar hibah dan Cara Pengiraan Hibah Tabung Haji ini dapat membantu anda untuk mendapat penjelasan tentang simpanan di Tabung Haji.
Related : mengumumkan agihan, bonus tabung haji