Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2025 Setiap Negeri di Malaysia. Berikut dikongsikan kadar zakat fitrah bagi seluruh Negeri di Malaysia untuk tahun 2025 bersamaan dengan 1446 Hijrah. Pembayaran zakat fitrah adalah diwajibkan kepada setiap individu Islam lelaki mahupun wanita yang mampu membayarnya yang dilaksanakan dalam bulan Ramadhan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
Untuk makluman, amaun bayaran adalah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing. Ianya adalah berdasarkan satu gantang Baghdad. Iaitu bersamaan dengan 2.7kg makanan ruji iaitu beras (untuk Malaysia) atau senilai dengannya. Pembayaran zakat fitrah boleh dilakukan sepanjang bulan Ramadhan sehingga sebelum sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri iaitu pagi 1 Syawal kepada amil-amil yang telah dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing.
Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2025 Seluruh Malaysia
Berikut adalah perkongsian senarai kadar bayaran zakat fitrah bagi tahun 2025/1446H untuk setiap negeri di Malaysia buat panduan anda semua dalam melakukan bayaran zakat fitrah tahun ini.
Senarai Kadar Zakat Fitrah 2025 Mengikut Negeri Di Malaysia | ||||
Kadar bayaran untuk seluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2025/1446H adalah seperti berikut :- | ||||
NEGERI | NEGERI | 2025 (RM) | 2024 (RM) | |
![]() | PERLIS | 9.00 | 7.00/10.00 | |
![]() | KEDAH | 7.00/14.00 | 7.00/14.50/22.00 | |
![]() | PULAU PINANG | 7.00/ 10.00/ 15.00 | 7.00/ 14.00/ 21.00 | |
![]() | PERAK | 10.00/ 16.00/ 27.00 | 8.00/16.00/24.00 | |
![]() | SELANGOR | 7.00/ 15.00/ 22.00 | 7.00/ 14.00/ 21.00 | |
![]() | WP KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA & LABUAN | 7.00/15.00/22.00 | 7.00/15.00/22.00 | |
![]() | NEGERI SEMBILAN | 7.50/12.00/22.00 | 7.00/ 12.50/ 22.00 | |
![]() | MELAKA | 7.00/ 15.00/ 22.00 | 7.00/ 14.00/ 21.00 | |
![]() | JOHOR | 7.00/ 12.00/ 20.00 | 7.00/ 12.00/ 20.00 | |
![]() | PAHANG | 7.00/ 14.00/ 21.00 | 7.00/ 14.00/ 21.00 | |
![]() | KELANTAN | 8.00/14.00/21.00 | 7.00/ 14.00/ 21.00 | |
![]() | TERENGGANU | 10.00/ 21.00 | 10.00/ 22.00 | |
![]() | SABAH | 7.50 | 7.50 | |
![]() | SARAWAK | 7.50 | 7.50 | |
*Nota: Senarai kadar bayaran zakat fitrah tahun 2025/1446H seluruh negeri. Adalah dari sumber Majlis Islam Negeri dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) ** Untuk negeri-negeri yang menetapkan lebih daripada satu kadar, jumlah yang dikenakan adalah berdasarkan kepada jenis/ harga beras yang menjadi makanan harian pembayar zakat dan keluarga |
Pengertian Zakat Fitrah
Zakat Fitrah ialah zakat diri. Yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Maklumat Penting Zakat Fitrah
Berikut adalah Hukum dan Syarat-syarat wajib Zakat Fitrah :-
HUKUM : Mengeluarkan Zakat Fitrah hukumnya adalah wajib ke atas setiap orang Islam. Yang merdeka dan mampu mengeluarkannya pada waktunya. Orang Islam adalah meliputi golongan tua dan muda, lelaki atau perempuan yang berakal mahupun tidak
SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH : Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarganya mahupun tanggungannya adalah:-
- Orang yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya daripada keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- -Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- -Orang yang memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
- -Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Semoga perkongsian di atas iniapat memudahkan anda dalam melakukan pembayaran zakat fitrah tahun ini. Moga bermanfaat buat anda dan selamat melakukan ibadah berpuasa.
Related : wilayah persekutuan, beras yang dimakan, amil zakat fitrah, umat islam di negeri, jawatankuasa fatwa, membayar zakat fitrah, menunaikan zakat fitrah, zakat fitrahnya wajib, dr zulkifli, orang ramai, jenis beras, berdasarkan harga, bulan ramadan, jenis zakat, membuat persiapan menyambut hari raya,