Semua pelajar di peringkat sekolah menengah perlu mencapai tahap lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh yang demikian, pelajar perlu memahami dan menguasai setiap aspek pembelajaran supaya dapat lulus dengan cemerlang. Di bawah dikongsikan Contoh Karangan e-mel Tidak Rasmi & Format Email sebagai panduan untuk semua.
Soalan ini lazimnya diuji pada Kertas Bahasa Melayu 1 (kod kertas 1103/1). Pada bahagian A pelajar perlu menulis karangan antara 150 hingga 200 patah perkataan. e-mel merupakan salah satu teknologi yang menjadi kegunaan utama masyarakat hari ini bagi menggantikan penulisan surat konvensional. Justeru, pelajar akan diuji penguasaan bahasa disamping mempelajari etika penggunaan teknologi yang akan digunakan dalam rutin harian masing-masing.
Contoh Karangan emel Tidak Rasmi Bahasa Melayu Beserta Format
Berikut dikongsikan panduan cara membuat Contoh Karangan e-mel Tidak Rasmi & Format Email termasuk ciri-ciri karangan untuk rujukan para pelajar.
Langkah Penulisan (Format) e-mel Tidak Rasmi
Sebelum menjawab soalan, pastikan pelajar memahami kehendak soalan dengan teliti. Selepas itu, rangka ciri-ciri karangan e-mel seperti berikut:
- Daripada: tulis e-mel pengirim
- Kepada: tulis e-mel penerima
- Perkara: tulis mengikut kehendak soalan
- Isi kandungan e-mel
- Tandatangan
Contoh Karangan eMel Tidak Rasmi 1
Rakan anda menghantar e-mel untuk mendapatkan pendapat anda tentang hobi melancong. Anda dikehendaki untuk menjawab e-mel yang diberikan oleh rakan anda.
Daripada : masriana_jalil@geemail.com
Kepada : rasida_halim@geemail.com
Subjek : Hobi Melancong
Assalamualaikum dan salam sejahetara Rasida,
Apa khabar? Maaf kerana sudah lama tidak menghantar e-mel kepada awak selepas beberapa minggu.
Saya sebenarnya baru sahaja menamatkan peperiksaan akhir tahun. Saya berasa lega sekarang kerana dapat berehat dan telah memberikan yang terbaik pada peperiksaaan tersebut. Malahan ibu dan bapa saya telah merancang untuk membawa saya sekeluarga pergi melancong.
Sejujurnya, aktiviti melancong ini memberikan banyak impak positif kepada diri kita dan juga ahli keluarga yang turut bersama. Hal ini kerana kita dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain sepanjang menghabiskan masa bersama ketika melancong. Di samping menikmati pemandangan yang menarik, setiap ahli keluarga berpeluang untuk berkongsi masalah atau bercerita kepada ahli keluarga masing-masing. Umpama kata pepatah Melayu, jauh perjalanan luas pandangan. Jelasnya melancong dapat mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.
Selain itu, melancong juga bergantung kepada bajet dan masa yang awak ada. Secara domestik banyak pusat pelancongan yang menarik untuk dikunjungi bersama-sama ahli keluarga atau rakan-rakan. Bagi memudahkan perancangan melancong, awak boleh mengambil khidmat ejen percutian yang membantu untuk merancang segala perkara semasa melancong untuk pelanggannya.
Saya harap perkongsian saya ini memberikan awak manfaat berkenaan hobi melancong. Saya mendoakan supaya awak sentiasa sihat disamping keluarga dan berpeluang untuk melancong ke destinasi yang awak idamkan suatu hari nanti. Bersama e-mel ini saya sertakan video percutian saya bersama keluarga ke Pulau Langkawi tahun lepas.
Sahabatmu,
MASRIANA
Contoh Karangan e-Mel 2
Anda dikehendaki untuk menjawab e-mel yang diberikan oleh rakan anda mengenai Malaysia Syurga Pelancongan.
Daripada : zahrah_tengku@geemail.com
Kepada : marcus_bryan@geemail.com
Subjek : Malaysia Syurga Pelancongan
Marcus,
Apa khabar saudara di sana? Saya dan keluarga di sini sihat sejahtera. Kami baru sahaja pulang bercuti dari tanah tinggi cameron. Sebenarnya saya berbesar hati apabial kamu berminat untuk mengetahui tentang pelancongan di tanah air saya ini.
Untuk makluman kamu, Malaysia tersenarai dalam 10 destinasi pelancongan terbaik di dunia. Hal ini kerana negara ini memiliki keindahan alam semula jadi yang terdiri daripada hutan, gunung-ganang, pulau dan juga pantai peranginan. Antara destinasi yang terbaik adalah Gunung Kinabalu yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah. Gunung tertinggi di Malaysia ini akan memberikan pengalaman yang menarik sepanjang pendakian dan memberikan pemandangan yang indah di puncak.
Malaysia juga terkenal dengan tempat-tempat bersejarah seeperti Kota A Famosa di Melaka. Selepas mendapat pengiktirafan sebagai salah satu kota bersejarah oleh UNESCO, bandaraya Melaka menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.
Akhir sekali, kamu boleh mengunjungi Pulau Pinang untuk melihat keunikan pelbagai budaya masyarakat tempatan. Kepelbagaian latar belakang penduduk di Malaysia menjadi salah satu aset pelancongan utama yang menarik kedatangan pelancong asing. Contohnya, di Pulau Pinang kamu boleh menikmati juadah nasi kandar, pasembur, laksa dan char kuey teow yang merupakan makanan daripada pelbagai kaum dan bangsa yang menetap di Malaysia.
Setakat ini sahaja penerangan saya mengenai pelancongan di Malaysia. Saya berharap agar penjelassan ini dapat memikat hati kamu untuk berkunjung ke sini.
Sahabatmu,
ZAHRAH
Contoh Karangan e-Mel 3
Sila tulis sebuah e-mel berbentuk aduan tentang sekumpulan pelajar yang melakukan gangguan di kawasan perumahan berdekatan sekolah selepas tamat sesi pembelajaran.
Daripada : abu_ali@geemail.com
Kepada : smsu@geemail.com
Subjek : Gangguan oleh pelajar sekolah di kawasan perumahan
Tuan/ Puan,
Berhubung dengan perkara di atas, saya Abu Bin Ali, seorang penduduk di kawasan perumahan berdekatan dengan Sekolah Menengah Seri Utama, ingin membuat aduan tentang kelakuan sekumpulan pelajar yang merokok dan memonteng kelas di kawasan perumahan saya.
Kejadian yang berlaku pada jam 11 pagi ketika sesi persekolahan berlangsung. Saya melihat beberapa orang pelajar lelaki sedang menghisap rokok, di kawasan padang permainan awam. Mereka juga memainkan lagu dengan kuat sehingga mengganggu ketenteraman penduduk. Perkara ini amat memberi kesan terutama kepada saya yang mempunyai anak kecil di rumah yang terdedah kepada anasir negatif tersebut.
Oleh itu, saya berkongsi beberapa saranan iaitu memastikan kehadiran pelajar di sekolah dipantau secara berkala oleh guru kelas masing-masing. Selain itu, pihak keselamatan sekolah boleh meronda kawasan persekolahan untuk mengenal pasti kawasan yang digunakan oleh pelajar untuk keluar dari sekolah secara haram.
Semoga pihak bertanggungjawab mempertimbangkan saranan saya dan melakukan tindakan yang sewajarnya dengan segera. Kerjasama dan tindakan pihak tersebut amat saya hargai.
Sekian, terima kasih
Yang benar,
ABU
Diharapkan perkongsian Contoh Karangan emel Tidak Rasmi & Format Email membantu pelajar dalam mengulangkaji pelajaran dan menghadapi peperiksaan.
Related : terima kasih kerana, benar iman, mengecat dinding, isu vandalisme di estet perumahan, cara kedua, cara untuk, berkongsi tentang pengalaman saya semasa menjalani program, harap awak, fandy apa khabar, program kebersihan estet, sihat sihat sahaja, cara pertama, perumahan awak, kesempatan saya akan hantar, mengulang kaji pelajaran, kata ganti nama, bersifat peribadi, bahasa melayu spm,