Karangan Resume KSSM : Langkah Penulisan & Contoh? Pelajar di peringkat sekolah menengah telah diperkenalkan dengan standard kurikulum yang baharu bernama Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Kurikulum yang berfokuskan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) akan menguji pelajar dengan kemahiran Abad ke 21.
Secara definisi, resume adalah satu dokumentasi diri yang diperlukan oleh majikan untuk menilai bakal pekerja mereka. Oleh sebab yang demikian, penting untuk pelajar mengetahui cara untuk menulis dan format yang sesuai. Hal ini kerana pelajar boleh menggunakan ilmu dan kemahiran ini untuk memohon kerjaya impian pada masa hadapan dengan penuh professional.
Contoh Karangan Resume KSSM : Langkah Penulisan Beserta Format
Berikut dikongsikan panduan cara membuat Karangan Resume SPM meliputi langkah-langkah Penulisan beserta Contoh karangan resume untuk panduan semua.
Langkah Penulisan (Format) Resume
Berikut merupakan format atau langkah-langkah penulisan yang boleh pelajar rujuk
- Butir atau maklumat diri
- Anugerah yang diraih atau pengiktirafan
- Kemahiran berkaitan jawatan atau latar belakang akademik
- Kemahiran berbahasa
- Potensi diri
- Kemahiran tambahan/ Pengalaman
- Alamat untuk dihubungi
- Rujukan
Berdasarkan format yang diberikan di atas, pelajar diingatkan untuk mengikuti tips penulisan seperti di bawah:
- Pelajar perlu mengenal pasti jawatan yang dimohon
- Pastikan latar belakang mengenai jawatan tersebut difahami dan mempunyai pengetahuan yang jelas
- Masukkan maklumat yang penting dan bersesuaian untuk jawatan yang hendak dipohon sahaja
Contoh Karangan Resume 1
Anda merupakan pelajar Tingkatan 4 dari Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru dan ingin memohon penyertaan ke program pertukaran budaya sambil belajar ke negeri asing seperti Jepun atau Korea Selatan. Sediakan resume yang lengkap mengenai diri anda bagi permohonan tersebut dalam 150 hingga 200 patah perkataan
Nur Ainaa Sofia binti Zaman
Maklumat Diri
- Warganegara: Malaysia
- Umur: 16 tahun
- Jantina: Perempuan
- Tempat Lahir: Johor Bahru
- Pendidikan: Tingkatan 4, Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru
- Program Dipohon : Program Pertukaran Budaya Sambil Lawatan Belajar ke Jepun
Anugerah
Saya mendapat Anugerah Pelajar Cemerlang PT3 pada tahun 2021 di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru. Selain itu, saya berjaya menjadi Johan dalam Pertandingan Tarian Zapin Peringkat Negeri Johor 2021.
Kemahiran Teknologi Maklumat
Saya mampu menghasilkan video kreatif menggunakan applikasi telefon pintar dan juga komputer seperti applikasi Tiktok dan Instagram.
Kemahiran Berbahasa
Saya boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu dengan baik. Manakala, pertuturan dan penulisan bahasa Inggeris berada pada tahap cemerlang. Saya juga mengambil bahasa Jepun sebagai bahasa tambahan di sekolah
Potensi Diri
Saya merupakan seorang yang mudah untuk bekerjasama dalam satu pasukan dan mempunyai keyakinan diri yang baik untuk menyesuaikan diri dalam suasana baharu. Dengan peluang untuk menyertai program pertukaran budaya sambil belajar ke Jepun, saya dapat mencuba kemahiran berbahasa Jepun dan membawa nama sekolah ke peringkat antarabangsa
Kemahiran Tambahan
Saya juga mempunyai pengetahuan dan mempelajari tentang persembahan seni tari tradisional masyarakat kaum Cina dan India di Malaysia
Alamat untuk dihubungi
Hubungi saya menerusi emel ainaasofia@yahoo.com
Rujukan
Puan Anita Binti Sarawak
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru,
Jalan Tun Abdul Razak, Johor.
Contoh 2
Sediakan sebuah resume yang lengkap mengandungi latar belakang, kemahiran, pencapaian, pengalaman dan rujukan bagi memohon kerjaya sebagai seorang guru tadika.
Nur Kasih Binti Hashim
Maklumat Diri
- Umur: 22 Tahun
- Warganegara: Malaysia
- No. K/P: 970603-01-3474
- Jantina: Perempuan
- Status: Bujang
- Agama: Islam
- No. Telefon : 0123456789
Maklumat Pendidikan
- Institusi Pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia
- Bidang Pengajian: Diploma Pendidikan Awal kanak-Kanak
- Pencapaian: Kelas Kepujian Pertama
Kemahiran
- Bertutur dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan lancar
- Tahap penulisan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang baik
- Mempelajari ilmu psikologi kanak-kanak
- Berkemahiran dalam aplikasi komputer termasuk Microsoft Office
Pengalaman
- Bekerja sebagai guru sandaran di SK COnvent Batu Pahat pada Oktober hingga November 2021
Rujukan
Sekiranya pihak tuan ingin bertanya maklumat lanjut tentang saya, sila hubungi:
- Halimah Binti Salim
Pengetua SMK Convent,
Batu Pahat, Johor. - No. Telefon: 07 4343448
Harapan
Saya berharap mendapat tawaran untuk menjadi guru tadika ini kerana yakin dapat menguruskan dan mendidik anak-anak tadika dengan baik dan cemerlang. Selain itu, saya dapat memberikan sepenuh tenaga dan potensi diri saya untuk berkembang bersama tadika ini agar menjadi institusi pendidikan kanak-kanak yang terbaik.
Contoh 3
Berdasarkan iklan jawatan kosong kerani insuran, sediakan satu resume lengkap bagi mendapatkan jawatan yang ditawarkan.
Butir Diri
- Nama: Ahmad bin Abu
- Tarikh lahir: 31 Disember 1999
- Kelulusan Pendidikan: Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) (4A/5B)
- Status: bujang
- Warganegara: Malaysia
- Agama: Islam
Anugerah
- Ahli Koperasi Cemerlang peringkat Sekolah Tahun 2019
- Tokoh Kokurikulum peringkat Daerah Muar
Kemahiran Teknologi Maklumat
- Mahir menggunakan Microsoft Office khususnya Microsoft Excel
- Mengambil kursus penggunaan komputer yang dianjurkan pihak sekolah untuk minggu kerjaya
- Mampu mereka bentuk grafik menggunakan aplikasi komputer
Kemahiran Bahasa
- Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
- Bahasa Melayu merupakan bahasa uama komunikasi di rumah dan juga di sekolah
Potensi Diri
- Mempunyai ketrampilan baik dan meyakinkan
- Mudah bekerjasama dalam kumpulan
- Jujur dalam menjalankan tuugas
- Boleh bekerja di bawah tekanan
- Bersedia untuk melakukan tugas dan tanggungjawab pada masa terdekat
Alamat untuk dihubungi
- 34, Taman Timur,
Jalan Parit Timur,
81233, Muar, Johor. - Emel: ahmadabu@gmail.com
- No. telefon: 010-1233333
Rujukan
- Norfaizah Binti Omar
- 010-0578960
Semoga perkongsian Karangan Resume KSSM : Langkah Penulisan & Contoh membantu pelajar dalam menghadapi peperiksaan dan mengulangkaji pelajaran.
Related : pengalaman kerja, maklumat peribadi, panjang resume anda hendaklah antara 150, lengkap bagi permohonan, turut mahir, iklan di bawah,