Dalam sesebuah negara demokrasi pilihanraya adalah hari yang amat penting di mana rakyat akan menjalankan tugas dan tanggungjawab untuk memilih pemimpin dan bakal pemerintah yang akan menguruskan kerajaan mereka. Di Malaysia, proses election dilakukan bagi menentukan parti mana yang menang majoriti dalam dewan parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Sebanyak 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan meliputi seluruh negeri di Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak. Parti-parti yang bertanding akan mempersiapkan jentera mereka untuk menghadapi pilihanraya umum. PRU di Malaysia diadakan sekali dalam lima tahun kecuali dewan dibubarkan awal. Berikut dikongsikan maklumat keputusan PRU 15 yang diupdate secara live setelah pengundian dijalankan.
Bagi Pilihan Raya Umum 15 kali ini, yang akan berlangsung pada tarikh yang akan dikemaskini dilihat PRU paling sengit dalam sejarah. Kerajaan yang dipilih pada PRU 14 yang lalu telah dijatuhkan dan kerajaan baharu menggabungkan parti pembangkang akan mempertahankan kerusi masing-masing untuk terus memerintah. Manakala di pihak pembangkang pula cuba untuk merampas kuasa yang dipegang selama 22 bulan dahulu. Justeru itu kami kongsikan keputusan PRU 15 ini bagi memudahkan rakyat untuk melihat keputusan pilihanraya umum 15.
Gabungan Parti-Parti Politik
Pilihan raya umum kali ini nampaknya bakal berbeza berbanding pilihan-pilihan raya sebelum ini. Setiap warganegara berusia 18 tahun ke atas layak untuk mengundi. Gabungan-gabungan politik utama dan komposisi mereka juga telah mengalami perubahan.
Semasa PRU2018, terdapat dua gabungan utama. Kini, ia sudah berubah menjadi tiga. Ketiga-tiganya memiliki keutamaan yang berbeza. Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) akan bersaing untuk membentuk kerajaan baharu Malaysia. Berikut disediakan info ringkas gabungan parti seperti dirujuk di Malaysiakini.
i) Barisan Nasional (BN)
Barisan Nasional (BN) merupakan gabungan yang paling lama wujud. Polisi dan ideologinya adalah berasaskan kepentingan etnik, di mana tiga parti utama di bawahnya masing-masing mewakili orang Melayu, Cina dan India. Secara tradisinya, asas perjuangan utama gabungan itu adalah pembangunan ekonomi dan infrastruktur. Mereka lebih cenderung mengekalkan status quo dalam dasar dan menyokong penglibatan negara dalam perniagaan. Umno selalu dilabelkan sebagai berhaluan ‘kanan-pertengahan’ dan merupakan parti dominan dalam gabungan berkenaan.
Dianggotai oleh UMNO, MCA, MIC dan PBRS.
ii) Pakatan Harapan
Selepas 2020, Pakatan Harapan menjadi blok pembangkang terbesar di Parlimen dan mentadbir tiga negeri. Asas perjuangan mereka adalah melaksanakan pembaharuan institusi, antikorupsi, pemerkasaan wanita dan kepelbagaian budaya. Tiada parti komponen yang menzahirkan atau mendakwa memiliki kedudukan dominan dalam gabungan berkenaan. Ia juga mengikat satu kerjasama tidak rasmi dengan Muda.
Dianggotai oleh DAP, PKR, Amanah dan UPKO. Muda pula adalah kerjasama secara tidak rasmi.
iii) Perikatan Nasional (PN)
Perikatan Nasional (PN) merupakan gabungan paling baru, lahir daripada rentetan “Langkah Sheraton” pada 2020. Parti komponennya yang paling berpengaruh ialah Bersatu dan PAS. Buat masa ini, PN mentadbir empat negeri. Selain di Kelantan dan Terengganu yang ditadbirnya, pendirian dasar PN masih berkembang dan mengambil bentuk. Pun begitu, ia sering mempamerkan dirinya sebagai alternatif yang lebih bersih berbanding BN.
Dianggotai oleh PAS, Bersatu, Star, Gerakan dan SAPP.
Keputusan Rasmi Pilihanraya Umum Ke 15 Semua Negeri DUN Dan Parlimen
Berikut dikongsikan maklumat mengenai PRU 15, sila layari pautan link yang disertakan seperti berikut bagi mendapatkan keputusan PRU 15 mengikut negeri:-
KEPUTUSAN PRU 15 SELURUH NEGERI | |||
PERLIS | KEDAH | PULAU PINANG | |
PERAK | SELANGOR | WILAYAH PERSEKUTUAN | |
NEGERI SEMBILAN | MELAKA | JOHOR | |
PAHANG | KELANTAN | TERENGGANU | |
SARAWAK | SABAH | – |
SUMBER: SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR)
Maklumat Berkaitan Proses Pilihan Raya Umum 15
Berikut dikongsikan proses PRU berlangsung yang akan bermula dari penamaan calon hingga hari mengundi:
-Hari penamaan calon. Calon-calon yang hendak bertanding boleh mengemukakan kertas penamaan kepada pegawai pengurus. Kertas penamaan boleh dikemukakan oleh calon, pencadang, penyokong atau salah satu. Pencalonan akan diteliti oleh pegawai bertugas
-Kempen. Kempen untuk pilihan raya hanya akan dilakukan selepas pengumuman calon dan akan tamat tepat jam 12 tengah malam sebelum hari mengundi. SPR dibawah Akta Pilihan Raya 1958 akan menguatkuasakan undang-undang demi memastikan pilihan raya berjalan lancar. Sepanjang tempoh berkempen, calon-calon boleh mengadakan ceramah dan memasang poster mengikut peraturan.
-Hari mengundi. Para pengundi akan keluar untuk membuang undi di lokasi yang ditetapkan dalam daftar semakan pemilih. Waktu mengundi bermula jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang di seluruh Malaysia. Para pengundi perlu membawa kad pengenalan sendiri dan pergi ke pusat mengundi seperti yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan mengenai proses mengundi boleh bertanya kepada pegawai-pegawai bertugas pada hari tersebut.
Semoga perkongsian Keputusan PRU 15 ini dapat membantu seluruh rakyat Malaysia. Tahniah diucapkan kepada calon yang berjaya. Semoga dapat menjalankan tugas dan amanah yang diberikan untuk kesejahteraan rakyat dan keamanan Malaysia.
Related : pilihan raya umum ke-15 pru15, untuk menetapkan, mudah untuk, menetapkan tarikh, penjumlahan rasmi undian, majoriti mudah, untuk membentuk kerajaa,n hari pengundian, daftar pemilih, untuk membentuk kerajaan, dewan rakyat, november 2022, keputusan pilihan raya, tarikh penting, pengundian awal,