Panduan kepada calon-calon yang telah membuat permohonan kemasukan ke Kolej Professional Mara (KPM) bagi tahun 2021/2022. Semakan keputusan permohonan boleh disemak secara online mulai tarikh yang diumumkan oleh KPM melalui laman web atau media sosial rasmi KPM. Berikut dikongsikan informasi berkenaan semakan keputusan Kolej Profesional MARA ambilan julai 2021/ 2022. kemasukan ke program Diploma.
Calon – calon yang membuat permohonan sedia maklum bahawa KPM merupakan institusi majlis amanah rakyat MARA yang menawarkan program pengajian Diploma secara sepenuh masa. Oleh itu, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang masih belum menempatkan diri di mana-mana institusi pengajian tinggi digalakkan untuk memohon atau membuat rayuan selagi terdapat kekosongan yang ditawarkan.
Semakan Keputusan Kolej Profesional MARA Sesi Julai 2021 Online
Di bawah dikongsikan maklumat berkaitan semakan keputusan yang merangkumi tarikh-tarikh penting, tatacara untuk menyemak keputusan dan maklumat lanjut.
Aplikasi Semakan Keputusan KPM
Tarikh – Tarikh Penting
Semakan keputusan permohonan akan dibuka serentak dengan tempoh rayuan iaitu pada :-
- Dibuka : 8 Julai 2021 (selepas jam 3.00 petang)
- Ditutup : 12 Julai 2021
Calon yang berjaya menempatkan diri perlu mendaftar secara dalam talian pada tarikh berikut:-
- Dibuka : 13 Julai 2021
- Ditutup : 18 Julai 2021
Tatacara Semakan Keputusan Kolej Profesional MARA
Ikuti langkah-langkah di bawah untuk melakukan semakan keputusan permohonan kemasukan ke Kolej Professional MARA :-
- Layari aplikasi semakan di Portal UPIM
- Sila masukkan nombor kad pengenalan anda di ruangan yang disediakan
- Sekiranya keputusan anda LAYAK, calon perlu baca maklumat tawaran dengan teliti dan bersetuju untuk
- Membuat bayaran yuran pendaftaran berjumlah RM110.00 secara online melalui aplikasi bayaran : MARAEPS
- Selepas membuat pembayaran, layari semula laman UPIM untuk membuat pengesahan setuju terima tawaran
- Pada paparan, klik “KLIK DI SINI JIKA TELAH CETAK SLIP TAWARAN DAN BAYARAN SETUJU TERIMA TELAH DIBUAT”
- Seterusnya klik “SETUJU TERIMA TAWARAN”
- Isi nombor transaksi ID
- Klik “HANTAR”
- Kemudian klik ” CETAK SURAT TAWARAN”
- Klik “MUAT TURUN” untuk dapatkan salinan surat tawaran dan senarai semak dokumen
Sekiranya permohonan calon didapati TIDAK LAYAK, anda boleh membuat rayuan secara online melalui aplikasi semakan KPM yang sama. Keputusan rayuan akan dikeluarkan dari semasa ke semasa sebelum sesi pendaftaran dilaksanakan. Rayuan juga bergantung kepada kelayakan serta kekosongan penempatan yang ada
PERINGATAN
Jika calon gagal membuat bayaran yuran pendaftaran dan pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang ditetapkan maka tawaran akan dibatalkan.
Pendaftaran Pelajar Ke KPM Secara Online
Susulan pandemik COVID-19 yang melanda negara, sesi pendaftaran akan dilaksanakan secara dalam talian. Calon yang berjaya menerima tawaran boleh membuat pendaftaran bermula 12 Julai 2021 selepas jam 1000 pagi. Sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) akan dilakukan secara online bermula 18 dan 19 Julai 2021.
Layari atau hubungi cawangan KPM anda untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan syarat kelayakan, senarai kolej, urusan pendaftaran & semakan KPM:-
1) KPM Ayer Molek
- Km 16, Jalan Ayer Molek /
Tiang Dua, 75460 Ayer
Molek, Melaka - 06-2695881/882 (T)
- 06-2695880 (F)
- laman web : https://ayermolek.kpm.edu.my/
2) KPM Bandar Melaka
- Jalan Hang Tuah, 75300
Melaka - 06-2812011/012 (T)
- 06-2812009 (F)
- laman web : http://www.bmelaka.kpm.edu.my
3) KPM Bandar Penawar
- Jalan Ungku Abdul Aziz,
81930 Bandar Penawar,
Kota Tinggi, Johor - 07-884 2222 (T)
- 07-884 2200 (F)
- laman web : https://bpenawar.kpm.edu.my
4) KPM Beranang
- Lot 2333, Mukim
Beranang, Jalan
Kajang/Seremban, 43700
Beranang, Selangor - 03-87668935/36 (T)
- 03-87668940 (F)
- laman web : https://beranang.kpm.edu.my
5) KPM Indera Mahkota
- Jalan Sungai Lembing
25200 Kuantan, Pahang - 09-5736304/6346 (T)
- laman web : http://www.kpmim.edu.my
6) KPM Seri Iskandar
- Lot P.T, No.2635,
Bandar Baru Seri
Iskandar, 32610
Seri Iskandar, Perak - 05-371 1045/1184 (T)
- 05-371 2385 (F)
- laman web : http://www.seriiskandar.kpm.edu.my
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda menghadapi masalah atau pertanyaan berkaitan semakan KPM serta permohonan kolej profesional mara 2021 online, sila hubungi :-
- Unit Pengambilan, Bahagian Pendidikan Tinggi MARA,
Tingkat 12, Bangunan Ibu Pejabat MARA,
Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur. - Telefon : 03-26134074 / 03-26134075 / 03-26134076 / 03-26134077 / 03-26134081
- Emel : upim.bpt@mara.gov.my
- Facebook : Hi-Edu MARA – Kolej Profesional MARA
- Portal UPIM : http://apponline.mara.gov.my/upimonline/
- WhatsApp : +6011-58521184
Related : 2 2021/2022,