Niat Puasa Ganti Ramadhan (Qada’). Berikut dikongsikan lafaz niat ganti puasa Ramadhan (Qada’). Bulan Ramadan bakal kunjung tiba tidak lama lagi dan umat Islam dari seluruh pelusuk dunia sudah pasti ternanti-nanti kehadirannya memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat, keistimewaan serta fadhilat bagi mereka yang tahu dan menghayati bulan yang penuh barakah ini.
Namun, dalam keterujaan menyambut ketibaan Ramadhan, umat Islam yang belum menggantikan puasa yang tertinggal dinasihatkan untuk menggantikannya.
PENSYARIATAN PUASA
Firman Allah SWT :“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui”. (Surah al-Baqarah : ayat 183-184)
Ayat ini jelas menerangkan bahawa puasa telah diwajibkan kepada orang Islam kecuali beberapa golongan yang harus meninggalkannya seperti orang sakit, musafir dan orang tua yang tidak berupaya untuk berpuasa.
Lafaz Niat Ganti Puasa Ramadhan (Qada’ Puasa Ganti)
Berikut adalah perkongsian lafaz niat ganti puasa Ramadhan (Qada’) dalam bahasa Arab dan rumi berserta dengan maksudnya bagi panduan mereka yang akan menggantikan puasa:-
Penerangan Tentang Qada’ Puasa Ramadhan
Waktu Qada’ puasa bulan Ramadhan adalah selepas bulan Ramadhan sehingga sebelum kedatangan bulan Ramadhan yang berikutnya. Namun begitu, qada’ puasa yang dilakukan dalam masa atau waktu yang dilarang berpuasa adalah tidak sah. Contohnya pada 1 Syawal atau hari pertama hari raya.
Puasa ganti Ramadhan ini boleh ditunaikan sebelum tibanya bulan Ramadhan yang akan datang, tetapi sebaiknya elakkan daripada ditangguhkan. Untuk peringatan kita bersama, orang yang melewatkan qada’ Ramadhan tanpa keuzuran sehingga tiba Ramadhan yang berikutnya maka wajib baginya untuk qada’ dan membayar fidyah.
Fidyah
Apa itu fidyah? Fidyah merupakan bayaran denda dikenakan terhadap mereka yang gagal menggantikan puasa Ramadan pada sesuatu tahun sehingga tiba Ramadan tahun berikutnya. Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, Islam menetapkan fidyah mesti dibayar oleh beberapa golongan yang meninggalkan puasa Ramadhan. Iaitu mereka yang uzur syar’ie, wanita hamil, ibu yang menyusukan anak dan orang yang telah meninggal dunia.
Golongan Yang Perlu Membayar Fidyah
Golongan tersebut dibahagikan kepada dua kategori iaitu perlu membayar fidyah, tetapi tidak perlu menggantikan (qada’) puasa dan kategori satu lagi iaitu perlu membayar fidyah dan menggantikan puasa:
- Warga emas (uzur) dan mereka yang menghidapi penyakit tiada harapan untuk sembuh tidak diwajibkan mengganti puasa setelah membayar fidyah.
- Sementara, wanita hamil, ibu yang menyusukan anak, orang yang melambatkan ganti puasa perlu membayar fidyah dan wajib mengganti puasa. Sebaliknya bagi orang yang telah meninggal dunia, fidyah mereka hendaklah disempurnakan waris malah waris juga boleh menggantikan puasa bagi pihak si mati
Bagaimanapun katanya, dengan membayar fidyah tidak bermakna seseorang itu tidak perlu menggantikan puasa tersebut. Ia masih wajib diganti mengikut bilangan hari ditinggalkan.
“Contohnya jika seseorang meninggalkan puasa selama tiga hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga tiga kali bulan Ramadan, maka kadar fidyahnya ialah: harga semasa secupak beras (675 gram) X tiga hari X tiga tahun,” katanya.
Menurutnya lagi, hasil kutipan fidyah akan disalurkan kepada golongan fakir atau miskin sahaja.
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi (CFirst), Universiti Teknologi Malaysia, Dr Arieff Salleh Rosman. Fidyah boleh dibayar di cawangan pusat zakat atau amil bertauliah sebelum tiba Ramadan tahun berikutnya bagi mengelakkan gandaan puasa.
“Hukum fidyah adalah wajib. Dan hukum mengganti puasa turut wajib disempurnakan seberapa segera kerana ia merupakan suatu tanggungan (hutang) kepada ALLAH S.W.T jika tidak dilaksanakan,” katanya.
Islam sebenarnya telah mempermudahkan cara bagi sesuatu masalah, maka setiap umat Islam perlu menyegerakan tuntutan agama dan menjauhi segala larangan yang telah ditetapkan di dalam agama. Kata ilmuwan agama lulusan Universiti Mu’tah, Jordan itu.
Semoga perkongsian Lafaz Niat Ganti Puasa Ramadhan (Qadha) ini memberikan manfaat kepada mereka yang ingin menggantikan puasa yang tertinggal. Tidak dilupakan juga selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak yang akan tiba tidak lama lagi.
Related : berniat puasa, membaca niat, berturut turut, و م غ د ي ام untuk mengerjakan, diharamkan berpuasa, ل ه ص و م غ niat puasa qadha, puasa yang ditinggalkan, puasa 6 syawal, kedua dua, baca niat, خ ي ر ل, untuk menggantikan puasa, ibadah puasa, ganti puasa ramadan,