Senarai Terkini Lokasi Kamera AES Di Malaysia. Panduan buat pengguna kenderaan di Malaysia. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan sistem AWAS bagi membantu mengurangkan jumlah kemalangan dan kematian di jalan raya yang melibatkan kesalahan berkaitan dengan had laju dan juga pelanggaran isyarat lampu merah. Berikut adalah Senarai Lokasi Kamera AES Terkini Di Malaysia di lebuhraya, jalan biasa melibatkan pemasangan kamera AES hadlaju dan lampu isyarat.
AES atau Automated Enforcement System adalah satu kaedah penguatkuasaan peraturan dan undang-undang lalulintas secara automatik yang beroperasi 24 jam tanpa henti walau dalam apa jua keadaan cuaca. AES beroperasi dengan pemasangan kamera automatik di lokasi-lokasi tertentu seperti jalanraya, lebuhraya dan persimpangan lampu isyarat. Kamera akan menangkap gambar kenderaan yang melakukan kesalahan dan dihantar ke pusat kawalan AES. JPJ akan mengesahkan kesalahan dan butiran pemilik kenderaan dan seterusnya mengeluarkan saman kepada pemilik kenderaan.
Senarai Lokasi AES Terkini (Baru Dan Sediada)
Berikut dikongsikan senarai lokasi kamera AES baru, dalam persediaan dan sediada samada di jalan biasa, Lebuhraya serta persimpangan lampu isyarat.
A. Lokasi Kamera Aes Awas Sediada
Terdapat sejumlah 45 kamera sediada iaitu 29 kamera AES melibatkan had laju dan 16 lagi melibatkan Lampu Isyarat. Senarai lengkap lokasi letaknya kamera AES sediada meliputi maklumat lokasi, no laluan, had laju dan koordinat GPS adalah seperti berikut :-
Kamera AES/AWAS (Had Laju) | ||
Lokasi | Had Laju | Arah |
KM256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 | 110 km/j | Kuala Terengganu |
KM151.4 Lebuhraya PLUS | 110 km/j | Arah Utara |
KM18 Lebuhraya Guthrie | 110 km/j | Arah Utara |
KM28.4 Lebuhraya ELITE | 110 km/j | Arah Utara |
KM1 Lebuhraya PLUS | 110 km/j | Arah Utara |
KM21 Lebuhraya LEKAS | 110 km/j | Arah Utara |
KM184.2 Lebuhraya PLUS | 110 km/j | Arah Utara |
KM185 Lebuhraya PLUS | 110 km/j | Arah Selatan |
KM21 Lebuhraya LEKAS | 110 km/j | Arah Selatan |
KM1 Lebuhraya LEKAS | 110 km/j | Arah Selatan |
KM17 Lebuhraya LEKAS | 110 km/j | Arah Selatan |
KM18 Lebuhraya Guthrie | 110 km/j | Arah Selatan |
KM146.8 Lebuhraya PLUS | 110 km/j | Arah Selatan |
KM288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 | 110 km/j | Arah Kuala Lumpur |
KM214.4 Lebuhraya PLUS | 110 km/j | Arah Selatan |
KM97.2 Lebuhraya PLUS | 110 km/j | Arah Selatan |
KM299.9 Lebuhraya PLUS | 110 km/j | Arah Utara |
KM204.6 Lebuhraya PLUS | 110 km/j | Arah Utara |
KM174 Lebuhraya PLUS | 110 km/j | Arah Utara |
KM6.6 Lebuhraya SKVE | 80 km/j | Puchong ke Kajang |
KM1.6 Lebuh Sentosa, WP Putrajaya | 70 km/j | Kajang ke PICC |
KM17 Jalan Gua Musang-Kuala Krai | 90 km/j | Arah Kota Bharu |
KM301.6 KM Lebuhraya PLUS | 90 km/j | Arah Utara |
KM328.8 Lebuhraya PLUS | 110 km/j | Arah Selatan |
KM166 Lebuhraya PLUS | 110 km/j | Arah Selatan |
KM375.9 Lebuhraya PLUS | 110 km/j | Arah Utara |
KM96.3 Lebuhraya PLUS | 110 km/j | Arah Selatan |
KM214.4 Lebuhraya PLUS | 110 km/j | Arah Utara |
KM85.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, Sungkai | 90 km/j | Arah Selatan |
Lokasi Kamera AES/AWAS (Lampu Isyarat) | ||
Lokasi | Penguatkuasaan | Arah |
Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur | Lampu Isyarat | Arah Puchong |
KM26 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar (Sungai Siput) | Lampu Isyarat | Arah Kuala Kangsar |
KM1 Jalan Gurun-Sik | Lampu Isyarat | Arah Sik |
KM36 Jalan Alor Setar-Butterworth | Lampu Isyarat | Arah Puchong |
KM4 Jalan Setiawan-Lumut | Lampu Isyarat | Arah Lumut |
KM11 Jalan Setiawan-Ipoh | Lampu Isyarat | Arah Setiawan |
KM116 Ipoh-Kuala Lumpur | Lampu Isyarat | Arah Ipoh |
KM116 Ipoh-Kuala Lumpur | Lampu Isyarat | Arah Kula Lumpur |
KM4 Jalan Setiawan-Lumut | Lampu Isyarat | Arah Setiawan |
KM54 Jalan Alor Setar-Butterworth | Lampu Isyarat | – |
KM1 Jalan Gurun-Sik | Lampu Isyarat | Arah Sik |
Jalan Pasir Putih, Ipoh | Lampu Isyarat | Arah Pasir Janji |
Jalan Ipoh, Kuala Lumpur | Lampu Isyarat | Arah Sentul |
KM14 Jalan Ipoh-Pusing | Lampu Isyarat | Arah Setiawan |
KM8 Jalan Teluk Intan-Hutan Melintang | Lampu Isyarat | – |
KM38 Jalan Ipoh-Kampar | Lampu Isyarat | Arah Ipoh |
Semoga perkongsian Senarai Lokasi AES Terkini Di Malaysia boleh dijadikan panduan dan rujukan buat para pemandu kenderaan di Malaysia. Cara permanduan yang berhemah dengan mematuhi undang-undang jalanraya dapat membantu dalam mengelakkan atau mengurangkan kemalangan di jalanraya. Selamat memandu dan elakkan dari disaman atas kesalahan jalanraya.