Semakan ASB Online Melalui Portal & Aplikasi MyASNB. Kepesatan teknologi kini memudahkan pengguna untuk membuat urusan secara atas talian atau online. Tidak terkecuali Amanah Saham Nasional Berhad. Penambahbaikan perkhidmatan telah dibuat ASNB yang membolehkan pelabur untuk membuat semakan ASB online iaitu semakan baki dan penyata termasuk kemudahan pengeluaran melalui MyASNB. Jadi bagaimanakah cara untuk semak ASB secara online?
Tambah pelaburan saham unit amanah, kemaskini atau mengeluarkan duit Amanah Saham Bumiputera (ASB) kini tidak lagi menggunakan buku pelaburan. Sebaliknya pelabur hanya perlu membawa kad pengenalan sebagai dokumen pengenalan diri untuk berurusan dengan kaunter ASNB, sama ada di cawangan atau ejen ASNB yang dilantik.
Kemaskini Terkini: Pengeluaran wang iaitu penjualan unit amanah boleh dilakukan secara atas talian/ online menerusi Portal my ASNB bermula dari tarikh 20 April 2020.
Apa Itu Portal MyASNB?
Portal ini adalah dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad. Ia adalah sebuah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.
Ia adalah sebuah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.
Nota: Tiada caj tambahan atau harga untuk menggunakan platform ini. Walau bagaimanapun. yuran produk biasa seperti bayaran perkhidmatan dan GST adalah terpakai, jika ada.
Kelebihan menggunakan portal ini adalah seperti berikut :-
- Pegangan Portfolio – memaparkan baki akaun unit amanah ASNB anda berdasarkan Nilai Aset Bersih (NAB) terkini
- Rekod Transaksi – memaparkan butiran urus niaga berkaitan Unit Amanah ASNB yang dilaksanakan pemegang unit menerusi Portal my ASNB sepanjang 30 hari lalu
- Pelaburan Tambahan –pelaburan tambahan bagi tabung unit amanah ASNB secara atas talian
- Jualan Balik – Jualan Balik atau pengeluaran bagi tabung unit amanah ASNB secara atas talian
- Pelaburan Permulaan – membolehkan pemegang unit membuka akaun unit amanah baharu secara atas talian
- Pemindahan – memindahkan unit antara dua pemegang unit untuk tabung yang sama
- Penukaran – penukaran unit antara dua tabung unit amanah oleh pemegang unit yang sama
- Muat Turun Penyata – muat turun penyata terkini berkaitan akaun anda sama ada Penyata Tahunan, Penyata Terperinci, Penyata Pegangan atau Penyata KWSP (jika ada)
Semakan ASB Online Melalui Portal MyASNB
Berikut dikongsikan cara membuat pendaftaran pengguna di Portal bagi membolehkan mereka menggunakan perkhidmatan online. Kemudahan baru yang dinaik taraf pada Jun 2017 diharapkan dapat memudahkan pelabur sistem unit amanah dalam membuat urusan berkaitan ASNB.
Tanpa buku pelaburan juga, pelabur kini mempunyai pilihan dalam membuat semak baki akaun ASB termasuk kemaskini dan menambah pelaburan pada harga tetap dengan menggunakan transaksi ASB secara online. Pelabur perlu mendaftar terlebih dahulu di Portal My ASNB. Bukan sahaja ASB, Portal ini juga memberi akses kepada unit amanah saham yang lain di bawah ASNB seperti ASB2, ASW2020, ASM, ASD, AS1M, ASN, ASN2, ASN3 dan ASG.
Cara Daftar MyASNB
Berikut adalah diantara kelebihan-kelebihan dalam mendaftar dengan My ASNB adalah seperti berikut :-
- Pelabur boleh membuat pelaburan secara online untuk mana-mana unit amanah ASNB
- Semakan baki pelaburan
- Urusniaga adalah percuma
Langkah 1 : Daftar Portal
Layari portal rasmi My ASNB
- Klik Daftar Sini
- Baca Terma dan Syarat, kemudian tandakan kotak dan klik Setuju
Maklumat Pemegang Unit
- Pilih jenis Kad Pengenalan dan isikan nombor Kad Pengenalan anda
- Pilih salah satu produk ASNB yang anda miliki dan klik Seterusnya
Pengesahan Telefon Bimbit
- Jika nombor telefon bimbit yang dipaparkan adalah betul, klik Permintaan TAC. Anda akan menerima SMS yang mengandungi kod TAC
- Masukkan kod TAC yang anda terima dan klik Seterusnya
- Jika nombor telefon yang dipaparkan bukan milik anda, sila ke cawangan ASNB atau ejen untuk mengemaskini nombor telefon bimbit
- Jika kod TAC tidak diterima dengan nombor telefon yang betul, sila hubungi perkhidmatan telefon anda untuk unblock penerimaan SMS dari nombor 62000
Pendaftaran Akaun
- Cipta ID Pengguna dan Frasa Keselamatan anda
- Isikan maklumat yang diperlukan dan klik Tamat
- Kata laluan sementara akan diberikan apabila selesai pendaftaran. Anda boleh mencetak/simpan/catat kata lalauan sementara tersebut untuk kegunaan log masuk kali pertama
Adalah diingatkan supaya pengguna menyimpan maklumat penting seperti nama pengguna, kata laluan, frasa keselamatan dan jawapan untuk soalan keselamatan di tempat selamat untuk rujukan masa hadapan.
Langkah 2 : Log Masuk Pertama Kali
Lengkapkan Pendaftaran anda dengan hanya mengikuti langkah-langkah di bawah untuk mula melanggani perkhidmatan ASNB:
- Sila masukkan ID Pengguna dan klik Teruskan
- Anda perlu memastikan frasa keselamatan yang dipaparkan adalah sama dengan yang anda cipta sebelum memasukkan kata laluan sementara yang diberikan semasa mendaftar.
- Klik Teruskan. Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan berbeza, jangan teruskan.
- kemaskini dan tukar kata laluan untuk tujuan keselamatan akaun anda.
- Klik Tukar Kata Laluan. Sila log masuk semula menggunakan kata laluan yang baru.
Maklumat Lanjut Semakan Baki ASB Online
Untuk maklumat lanjut sila hubungi,
- Pusat Khidmat Pelanggan ASNB
03 – 7730 8899
Waktu Operasi Isnin – Ahad : 8.00 pagi – 10.00 malam (kecuali pada cuti umum kebangsaan dan cuti umum Wilayah Persekutuan) - emel : asnbcare@pnb.com.my
Selain di Portal My ASNB, anda juga boleh melabur dengan seperti biasa menerusi:-
- 30 Cawangan ASNB di seluruh negara
- Ejen ASNB seperti Maybank, CIMB Bank, RHB Bank, Pos Malaysia, BSN, Ambank dan Affinbank; dan
- Perbankan Internet Akaun Bank – Laman web mengeluarkan wang Maybank2u, CIMBClicks, AffinOnLine dan RHBNow.
Selamat membuat pendaftaran pengguna di Portal My ASNB bagi memudahkan anda membuat semakan ASB online. Kewujudan perkhidmatan online pastinya memudahkan anda untuk membuat urusan semakan baki dan penyata secara atas talian yang lebih pantas dan mudah.
Related : dinasihatkan untuk, permodalan nasional berhad, myasnb untuk,