Aplikasi MySPR. Panduan buat bakal pengundi di Pilihanraya Umum ke 15 tahun 2022. Semakan boleh dibuat melalui pelbagai kaedah dan saluran seperti semakan secara online, menggunakan aplikasi mudah alih MySPR Semak dan SMS. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 November 2022, tarikh penamaan calon pada 5 November dan tarikh pengundian awal ialah 15 November 2022.
Pemilih adalah dinasihatkan untuk membuat semakan maklumat lebih awal bagi memudahkan perancangan pada hari pengundian.
NOTA : Untuk makluman dan bermula dari tarikh yang akan dikemaskini, semua pemilih berdaftar boleh membuat semakan mengenai maklumat lengkap yang terkini bagi mengetahui tempat mengundi di bahagian pilihan raya masing-masing untuk Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU-15). Ianya susulan daripada Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu yang dikuatkuasakan baru-baru ini
Aplikasi MySPR adalah merupakan aplikasi yang disediakan sebagai inisiatif terkini SPR untuk memberi kemudahan kepada Warganegara Malaysia membuat semakan status seperti berikut :-
Aplikasi MySPR Semak
1. Pendaftaran pemilih2. Tempat mengundi bagi Pilihanraya Umum (PRU), Piliharaya Negeri (PRN) dan Pilihanraya Kecil (PRK)
2. Menyemak calon-calon yang bertanding di senarai DUN dan Parlimen pada PRU
3. Semakan keputusan PRU 14
Layari laman web MySPR Semak di pautan berikut:
Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma di
Download Aplikasi Semakan Maklumat Pengundian Di Telefon Bimbit Anda
Paparan Muka Aplikasi MySPR Semak
Untuk makluman,, sekiranya semakan daftar mengundi sudah dibuat dan pemilih sudah mengetahui maklumat Pusat Mengundi serta Tempat Mengundi (saluran). Maka semakan tidak perlu lagi dibuat di kaunter SPR (barung semakan) di Pusat Mengundi pada hari mengundi.
Maklumat Lanjut
Semakan SPR boleh dilakukan sama ada melalui laman web SPR di www.spr.gov.my atau melalui aplikasi atau menghubungi talian 03-88927018 atau SMS ke 15888.
Aplikasi ini diharap dapat membantu warganegara Malaysia untuk mencapai maklumat berkaitan urusan pilihanraya yang tepat dan sah secara terus daripada SPR dengan lebih mudah, pantas dan efektif.
Related : pilihan raya umum tempat mengundi semasa pilihan raya lokasi tempat kemudahan semakan suruhanjaya pilihan raya mengetahui status orang awam, orang awam untuk, sebarang pertanyaan sila hubungi hotline spr di talian 603-8892, orang ramai, status pendaftaran, muat turun aplikasi myspr semak, menyediakan kemudahan semakan, pilihan raya umum dewan, raya umum dewan undangan, keputusan pilihan raya, suruhanjaya pilihan raya malaysia spr, myspr semak semakan, nombor kad pengenalan, raya umum dewan undangan, 56 kerusi, kedah kelantan terengganu pulau pinang selangor dan negeri sembilan,