Permohonan Pertukaran Guru Sepanjang Tahun 2025 Melalui egTukar Online. Menerusi makluman eg-Tukar Applikasi Pertukaran Guru KPM, permohonan egTukar 2024 akan ditutup pada 15 Oktober 2023. Para guru yang berminat boleh membuat permohonan pertukaran sekolah secara online menerusi modul egTukar. Permohonan pertukaran guru adalah melibatkan pertukaran antara bahagian/ negeri, antara daerah dan dalam daerah untuk tahun 2024 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Maklumat bagi tahun 2025 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Modul egTukar melibatkan pengurusan pertukaran guru di Malaysia yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah) dan guru.
Permohonan Pertukaran Guru 2024 Melalui egTukar Online
Berikut adalah maklumat serta langkah penting mengenai permohonan pertukaran guru tahun 2024 yang menunjukkan tarikh penting permohonan, applikasi permohonan serta soalan lazim – FAQ.
e-GTukar merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru. Modul egTukar dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.
Aplikasi Permohonan Online Dan Tarikh Penting
Permohonan pertukaran guru melalui modul egTukar bagi sesi Januari 2024 dan Jun 2024 boleh dibuat secara online seperti tarikh berikut :-
Sesi Januari 2024
- Tarikh Buka : –
- Tarikh Tutup : 15 Oktober 2023
- Yang dinyatakan adalah tarikh RASMI seperti diumumkan di Portal Modul Pengurusan Guru Pertukaran Guru
Sesi Jun 2024
- Tarikh Buka : –
- Tarikh Tutup : –
Pengumuman
Penangguhan pertukaran guru bagi sesi jun 2020. Pertukaran guru sesi jun 2020 ditangguh dan akan dilaksanakan bersekali dengan pertukaran guru sesi januari 2021. Result pertukaran tersebut akan diumumkan pada bulan disember 2020.
Penangguhan ini adalah bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran semasa dan pasca perintah kawalan pergerakan berjalan lancar dan efektif
Panduan Permohonan egtukar
Pemohon perlu melayari laman web permohonan di pautan berikut :-
- Applikasi Permohonan : https://epgo.moe.gov.my/
- Pautan Daftar Masuk (Bagi yang belum pernah menggunakan sistem)
Langkah berikutnya :-
- Sebaik sahaja membuat pendaftaran, pengguna dibenarkan log masuk ke sistem applikasi permohonan dengan memasukkan butiran ID Pengguna, Kata Laluan dan No. KP.
- Jika maklumat yang dimasukkan salah, paparan MAKLUMAT LALUAN MASUK SALAH akan dipaparkan. Pengguna harus memastikan butiran adalah sama seperti yang didaftarkan
- Jika terlupa kata laluan, pengguna boleh mendapatkan semula kata laluan tersebut dengan memilih pautan Lupa Kata Laluan di laman utama e-GTukar.
- Isikan No. Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan. Klik butang HANTAR, kata laluan pengguna akan dihantar kepada emel yang telah didaftarkan
Pertukaran Kata Laluan egTukar
Pengguna boleh membuat penukaran kata laluan dengan memilih pautan Tukar Kata Laluan . Semua ruangan yang disediakan adalah wajib untuk diisi. Maklumat mengenai soalan keselamatan dan jawapan adalah sama seperti membuat pendaftaran pengguna
- Pengguna harus memastikan maklumat seperti ID Pengguna, Kata Laluan dan Kad Pengenalan di ruangan Laluan Masuk adalah betul. Seterusnya, klik butang OK untuk menggunakan sistem berdasarkan peranan yang telah ditetapkan.
Cetak Borang
Klik Menu CETAK BORANG di Menu Capaian Permohonan
- a. Sistem akan memaparkan semua maklumat yang telah dimasukkan beserta No Permohonan.
- b. Sila semak samada maklumat yang dipaparkan adalah sama seperti yang telah di masukkan.
- c. Jika anda belum membuat permohonan dan tekan butang CETAK BORANG, mesej akan dikeluarkan seperti berikut :
- SILA HANTAR PERMOHONAN SEBELUM CETAKAN
- d. Contoh Borang berjaya : pastikan setiap muka surat yang dicetak, dipaparkan bersama no permohonan
Log Keluar
Pengguna dinasihatkan agar sentiasa klik pada pautan Log Keluar untuk menamatkan sesi penggunaan sistem. Ianya sebagai langkah selamat supaya tiada pihak yang cuba menyalahgunakan maklumat berkaitan
Peringatan
Permohonan yang telah dibuat, perlulah di cetak dan diserahkan kepada Pegawai Pengesah iaitu Pengetua/Guru Besar atau wakil yang berkelayakan bagi proses pengesahan.
Pemohon perlu memastikan cetakan yang dibuat mempunyai no permohonan di atas paparan cetakan. Mana-mana permohonan yang tidak dicetak dan diserahkan kepada Pengetua/Guru Besar, proses pengesahan tidak akan dibuat dan tidak dapat diproses oleh Jabatan Pendidikan Negeri, Bahagian atau Jabatan.
Pemohon perlu memastikan maklumat-maklumat yang perlu disikan di dalam e-GTukar adalah yang terkini didalam data EMIS
Bagi memastikan proses pendaftaran Berjaya, Maklumat Nama, No Kad Pengenalan dan Nombor Gaji adalah sama seperti di dalam data EMIS.
Syarat-syarat Umum Permohonan Pertukaran Guru
Berikut adalah syarat-syarat umum permohonan pertukaran guru:
1Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan mempertimbangkan permohonan jika didapati negeri yang dimohon tidak mempunyai kekosongan jawatan
2. Guru tidak dibenarkan bertukar sebelum mendapat surat pemakluman kelulusan pertukaran dari Jabatan Pendidikan Negeri asal dan surat penempatan pertukaran dari Jabatan Pendidikan Negeri yang diluluskan
3. KPM tidak akan mempertimbangkan permohonan untuk membatalkan pertukaran setelah permohonan pertukaran diluluskan
4. Setiap penempatan ke sekolah adalah ditentukan oleh Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah / Bahagian-bahagian yang berkenaan di KPM
5. Semua jawatan yang disandang akan tergugur apabila permohonan pertukaran diluluskan
6. Setiap salinan dokumen yang berkenaan mestilah diserahkan kepada pengetua / guru besar untuk pengesahan
7. Semua keterangan yang diisikan dalam borang permohonan mestilah lengkap dan benar. Sekiranya terdapat sebarang pemalsuan keterangan, permohonan tidak akan dilayan dan sebarang kelulusan yang telah diberikan akan dibatalkan.
Soalan Lazim (FAQ) Pertukaran Guru
Berikut adalah beberapa soalan lazim yang kerap ditanya oleh pemohon berkenaan permohonan.
i) Guru-guru yang tidak layak memohon pertukaran
- Guru Interim yang sedang mengikuti kursus dalam cuti (KDC).
- Guru yang sedang bercuti tanpa gaji / separuh gaji.
- Sedang mengikuti kursus / cuti belajar.
- Guru yang dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib.
- DG42 yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat.
- Guru cemerlang yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat.
ii) Kriteria yang melayakkan guru untuk lulus bertukar ke negeri yang dimohon
Berikut merupakan tiga kriteria utama yang melayakkan seseorang guru untuk lulus bertukar ke negeri yang dimohon iaitu :-
- Kepentingan Perkhidmatan
- Kekosongan Jawatan
- Keperluan Opsyen di Negeri yang Dimohon
iii) Jenis guru yang dibenarkan membuat permohonan pertukaran guru melalui Modul E-GTUKAR
Permohonan Secara Online | |||
Permohonan secara atas talian (Online) adalah dibuka kepada :- | |||
KATEGORI GURU | GURU PENYANDANG | NOTA | |
Guru Akademik | Guru Penolong Gred DG29 DG32 (KUP TIME-BASED) DG34 (KUP TIME-BASED) DG38 (KUP TIME-BASED) DG41 DG42 (KUP) DG44 (KUP TIME-BASED) DG48 (KUP TIME-BASED) DG52 (KUP TIME-BASED) dan DG54 (KUP TIME-BASED) | Bagi urusan pertukaran antara Negeri / Bahagian, Guru Gred DG42 (KUP), Guru Cemerlang, dan Guru Tingkatan Enam yang sedang memangku boleh memohon melalui sistem tetapi pertukaran pegawai akan diproses selepas pegawai disahkan kenaikan pangkat | |
Guru Cemerlang di sekolah sahaja | GRED DG32 (KUP) DG34 (KUP) DG38 (KUP) DG44 (KUP) DG48 (KUP) DG52 (KUP) DG54 (KUP) dan Khas C (KUP) | ||
Guru Tingkatan Enam yang telah dilantik, Guru Cemerlang Tingkatan Enam dan Guru Tingkatan Enam Tagging Bahagian Pengurusan Sumber Manusia gred setara atau tidak setara | GRED DG41 (tagging), DG44, DG48, DG52 dan Guru Cemerlang Tingkatan Enam |
Permohonan eGTukar Secara Manual
Bagi pemohon yang menjawat jawatan seperti berikut perlulah:
a) Pentadbir secara hakiki : Membuat permohonan secara manual dengan mengisi borang dan dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Bahagian Sektor Operasi Pendidikan yang berkaitan
b) Guru Cemerlang di Institusi (IAB, ELTC, KM) : Membuat permohonan secara manual dan dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia melalui Ketua Jabatan masing-masing
iv) Rayuan Permohonan Pertukaran Guru
- Status yang dikeluarkan adalah muktamad. Tiada sebarang rayuan boleh dilakukan dan pemohon dinasihatkan agar membuat pemohonan baru pada sesi pertukaran yang akan datang.
- Permohonan pertukaran yang diluluskan tidak dibenarkan untuk dibatalkan. Result juga adalah muktamad.
v) Check dan Kemaskini Maklumat Pemohon e-GTukar
- Maklumat pemohon mestilah disemak dan dikemaskini dan diperbetulkan melalui Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Modul Pengurusan Guru e-Operasi : https://eoperasi.moe.gov sebelum permohonan pertukaran dilakukan.
- Sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, sila hubungi pentadbir sekolah masing-masing atau rujuk pejabat pendidikan daerah / jabatan pendidikan negeri atau bahagian masing-masing.
Maklumat Lanjut (Soalan Lazim)
- Bagi melihat soalan lazim permohonan pertukaran guru yang lengkap, sila lihat di FAQ Pertukaran Guru.
- Sila rujuk Surat Siaran Pertukaran Guru e-GTukar bagi Tahun 2021 (akan dikemaskini) untuk maklumat lebih lanjut dan terkini
Selamat membuat Permohonan pertukaran guru tahun 2025 secara online melalui Modul egTukar. Semoga permohonan anda berjaya sekaligus membantu anda dalam terus mendidik anak bangsa dengan jayanya.