Panduan buat pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian kemahiran ke Institusi Pendidikan MARA (IPMA) sesi Januari/ April/ Julai 2025. Permohonan IPMA MARA adalah melibatkan permohonan kemasukan ke Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan MARA Japan Industrial Institute (MJII). Pelajar lepasan Sijil, SPM dan STPM/Setaraf adalah dipelawa untuk membuat permohonan secara online.
Pengambilan pelajar ke Institusi Pendidikan MARA (IPMA) adalah dibuat dua kali setahun iaitu pada sesi Januari dan Julai setiap tahun. Permohonan kemasukan sesi April/ Julai 2025 IPMA di buka secara online melalui application UPU online dan Sesi Januari adalah melalui sistem SPUPIM online. Pemohon adalah dinasihatkan untuk memohon pada tarikh yang telah ditetapkan.
Permohonan IKM, KKTM Dan MJII 2025 Online
Berikut dikongsikan maklumat penting dan panduan permohonan ke Institusi Pendidikan MARA (IPMA) iaitu kemasukan ke IKM, KKTM dan MJII sesi 2025 buat rujukan pemohon. Permohonan secara online adalah seperti ketetapan berikut :-.
- Sesi Januari melalui aplikasi SPUPIM online atau www.tvetmara.edu.my dan ianya adalah percuma
- Kemasukan sesi Julai melalui Permohonan UPU. Pemohon perlu membuat pembelian No PIN Unik ID UPU atau melalui aplikasi SPUPIM dan UP TVET online dan ianya adalah percuma
Permohonan IPMA Sesi Januari/April/Julai 2025 Secara Online
Pelajar yang berminat dan berkelayakan boleh membuat permohonan kemasukan ke IKM, KKTM dan MJII sesi Januari 2025 dan April/ Julai 2024 melalui kaedah permohonan dan berdasarkan kepada tarikh permohonan seperti berikut :-
i) Aplikasi Permohonan SPUPIM Online
- Sesi Januari 2025 : Tarikh Buka : 1 Oktober 2024 & Tarikh Tutup : 15 November 2024
- Sesi Julai 2024 : Tarikh buka : 19 Mac 2024 (1 Mac 2023) & Tarikh Tutup : 15 Jun 2024 (15 April 2023)
- Applikasi Borang Permohonan IPMA Online : Klik pautan http://apponline.mara.gov.my/spupim/ atau https://www.tvetmara.edu.my/ atau https://www.tvet.gov.my/
- Nota : Pengguna baru perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu dengan mengisi maklumat No Kad Pengenalan, emel, kata laluan, pengesahan kata laluan dan kod keselamatan di ruangan yang disediakan
SPUPIM adalah sistem berkomputer utama yang digunakan dalam proses pengambilan pelajar lepasan SPM, STPM, Sijil dan Pra Diploma ke Institusi Pendidikan MARA. SPUPIM adalah proses berkomputer bagi urus tadbir pengambilan pelajar ke IPMA.
ii) Melalui Permohonan UPU Online – Sesi Julai Sahaja (Lepasan SPM dan IKM/ILKA)
- Pautan applikasi permohonan : https://upu.mohe.gov.my/
- Tarikh Permohonan adalah dari 29 Februari hingga 29 Mac 2024. Tahun sebelum ini pada Februari 2022 sehingga 31 Mac 2022.
Syarat Am Kelayakan Permohonan IPMA
Berikut adalah syarat kelayakan permohonan ke KKTM, MJII dan MJII berdasarkan kepada program pengajian :-
i) Program Sijil
- Lulus SPM atau setara (Lepasan SPM). Bagi SPM 2013 dan seterusnya wajib lulus subjek Sejarah
- Bumiputera
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 hingga 40 tahun
- Sihat tubuh badan
- Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)
ii) Program Diploma
- Lulus SPM atau setara (Lepasan SPM) Atau LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi kejuruteraan IKM / Teknologi IKM dengan CGPA ≥ 2 (Permohonan lepasan IKM hanya memerlukan kepujian Bahasa Malaysia sahaja di peringkat SPM). Bagi SPM 2013 dan seterusnya wajib lulus subjek Sejarah
- Bumiputera
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 hingga 40 tahun
- Sihat tubuh badan
- Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)
Maklumat Lanjut IPMA
Senarai IKM/ KKTM dan kursus yang ditawarkan boleh dirujuk di pautan berikut :-
Pemohon boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan permohonan IPMA dengan melayari Portal Rasmi e-Kemahiran di http://www.tvetmara.edu.my/ atau di Facebook tvet MARA.
Sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi:
- Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur
Telefon: +60 3 2613 4258
Faks: +60 3 2691 4510
Emel: info@tvetmara.edu.my
Pemohon juga boleh menghubungi nombor berikut untuk maklumat lebih lanjut:-
- KPM : 03-261 34087, 03-261 34075/ 34076/ 34077
UniKL : 03-2175 4031 / 03-2175 4033 / 4027
GMI : 03-8921 9047 / 9288
KKTM : 03-261 34605/ 34612
KPTM : 03-9281 0762 / 9285 6033
Selamat membuat Permohonan memasuki IPMA sesi Januari/ April/ Julai 2025 iaitu kemasukan ke IKM KKTM Dan MJII. Moga permohonan kemasukan anda secara online berjaya.