Berminat untuk menyambung pengajian tinggi anda ke Politeknik? Panduan buat calon lepasan SPM, Sijil Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Mara, Institut Pertanian, Institut Kemahiran Tinggi PERDA dan Kemahiran Malaysia (SKM). Berikut dikongsikan panduan dalam membuat Permohonan kemasukan Politeknik beserta semakan keputusan Politeknik Sesi 2025 / 2026 secara online. Kepada pelajar yang berminat dan berkelayakan, permohonan Politeknik sesi I 2025 / 2026 akan dibuka pada 18 Mac 2025. Ambilan bagi kemasukan II 2024 / 2025 akan dibuka pada 4 Oktober 2024 melalui Portal Rasmi Pengambilan Pelajar Politeknik & Kolej Komuniti.
Tarikh yang lain terpakai untuk permohonan kemasukan UA, ILKA dan Kolej Komuniti yang boleh dibuat melalui UPU online. Untuk makluman, mulai Mac 2015, istilah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah diganti dengan Universiti Awam (UA). Manakala IPTA pula diguna bagi merujuk Kolej Komuniti dan Politeknik.
Cara Mohon Politeknik Sesi 2025 / 2026 Online
Berikut dikongsikan maklumat Permohonan Politeknik sesi kemasukan 2025 / 2026 online yang berkongsi cara memohon, link borang permohonan dan bidang yang ditawarkan serta iklan permohonan. Permohon perlu membeli UNIK ID/NO PIN UPU berharga RM10.60 di BSN untuk membuat permohonan melalui UPU Online
Permohonan dibuka secara online di UPU Online untuk pengambilan Jun manakala untuk lain-lain sesi pengambilan, ianya adalah melalui Portal Pengambilan Pelajar Politeknik.
Langkah Membuat Permohonan Kemasukan Politeknik Online 2025
1. Melalui UPUOnline:
- Isi borang permohonan melalui UPU online untuk sesi 2025.
- Tarikh buka : 10 Februari 2025
- Tarikh Tutup : 14 Mac 2025
- Tarikh Penting UPUOnline : Jadual Permohonan UPUOnline
Peringkat pengajian dan kategori pemohon yang boleh membuat permohonan melalui UPUOnline adalah:
Peringkat | Kategori |
Diploma Politeknik | Lepasan SPM tahun 2022-2024 |
Sijil Kolej Komuniti | Lepasan SPM tahun 2022-2024 |
2. Portal Pengambilan Pelajar Politeknik
Peringkat pengajian dan kategori pemohon yang boleh membuat permohonan melalui Portal Pengambilan Pelajar Politeknik adalah:
Peringkat | Kategori |
Diploma Politeknik |
|
Sijil Kolej Komuniti | Lepasan SPM tahun 2020 ke bawah |
Pra Diploma Politeknik | Lepasan SPM |
Sijil Kemahiran Khas Politeknik (Ketidakupayaan Pendengaran) | Lepasan Sekolah Pendidikan Khas atau Program Pencantuman Pendidikan Khas (Ketidakupayaan Pendengaran) |
Ijazah Sarjana Muda | Lepasan Diploma/ Diploma Lanjutan Politeknik |
a) Diploma Sepenuh Masa
- Aplikasi : http://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/index.asp
- Tarikh buka : 18 Mac 2025
- Tarikh Tutup : –
- Semakan Panggilan Temuduga : 14 April 2025
- Sesi Temuduga : 7 – 13 Mei 2025
- Semakan Keputusan Permohonan : 18 Jun 2025
- Rayuan dibuka : 18 Jun 2025
- Rayuan ditutup : –
- Semakan Keputusan Rayuan : –
- Pendaftaran Pelajar : 27/28 Julai 2025
b) Diploma Kolej Komuniti
- Borang Permohonan dibuka 18 Mac 2025
- Borang Permohonan ditutup –
- Semakan Panggilan Temuduga : 14 April 2025
- Sesi Temuduga : 7 – 13 Mei 2025
- Semakan Keputusan Permohonan : 18 Jun 2025
- Pendaftaran Pelajar Bermula 27/28 Julai 2025
c) Sijil Kolej Komuniti
- Borang Permohonan dibuka 18 Mac 2025
- Borang Permohonan ditutup –
- Semakan Keputusan Permohonan 18 Jun 2025
- Pendaftaran Pelajar Bermula 27/28 Julai 2025
d) Pra Diploma Politeknik
- Kemasukan untuk sesi Sesi 1 2025/2026 akan diumumkan kemudian
e) Diploma Separa Masa Politeknik (KSS)
- Kemasukan untuk sesi Sesi 1 2025/2026 akan diumumkan kemudian
f) Sijil Kemahiran Khas Politeknik
- Borang Permohonan dibuka –
- Borang Permohonan ditutup –
- Semakan Keputusan Permohonan : –
- Permohonan rayuan dibuka : –
- Permohonan rayuan ditutup : –
- Semakan keputusan rayuan : –
- Pendaftaran Pelajar Bermula –
g) Sarjana Muda Politeknik
- Borang Permohonan dibuka –
- Borang Permohonan ditutup –
- Semakan Panggilan Temuduga –
- Sesi Temuduga –
- Keputusan Permohonan –
- Borang Permohonan Rayuan dibuka –
- Borang Permohonan Rayuan ditutup –
- Semakan Keputusan Rayuan –
- Pendaftaran Pelajar bermula –
h) Diploma Sepenuh Masa Politeknik (Sesi II 2024 / 2025)
- Borang Permohonan dibuka 4 Oktober 2024
- Borang Permohonan ditutup 4 November 2024
- Semakan Panggilan Temuduga 7 November 2024
- Sesi Temuduga 18 – 22 November 2024
- Keputusan Permohonan 5 Disember 2024
- Borang Permohonan Rayuan dibuka 5 Disember 2024
- Borang Permohonan Rayuan ditutup 12 Disember 2024
- Semakan Keputusan Rayuan Mulai 20 Disember 2024
- Pendaftaran Pelajar bermula 5 Januari 2025
i) Sijil Kemahiran Khas Politeknik (Sesi II 2024 / 2025)
- Borang Permohonan dibuka –
- Borang Permohonan ditutup –
- Semakan Keputusan Permohonan –
- Pendaftaran pelajar bermula –
Maklumat lanjut
Iklan Pengambilan Program Sepenuh Masa Politeknik Sesi I 2024/ 2025
Iklan Pengambilan Program Sepenuh Masa Politeknik Sesi II 2024/ 2025 Kursus Pengajian Politeknik Yang Ditawarkan
Berikut adalah bidang pengajian program sepenuh masa yang ada ditawarkan di Politeknik seluruh Malaysia :-
A. Sarjana Muda
JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian
- Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti dengan Kepujian
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Elektronik Perubatan) Dengan Kepujian
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan Rangkaian Bekalan) Dengan Kepujian
JABATAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI
- Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa
JABATAN REKA BENTUK DAN KOMUNIKASI VISUAL
- Sarjana Muda Rekabentuk Komunikasi Visual dan Media Baharu Dengan Kepujian
B. Sarjana Muda Dengan Kerjasama Institusi Lain
JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
- Sarjana Muda Sains Perumahan, Bangunan & Perancangan (Kepujian) (Senibina), Universiti Sains Malaysia (USM)
C. Program Diploma
Klik Kursus pengajian Diploma Sepenuh Masa
D. Pra Diploma
JABATAN MATEMATIK, SAINS DAN KOMPUTER
- Pra Diploma Sains
JABATAN PERDAGANGAN
- Pra Diploma Perdagangan
E. Sijil Kemahiran
JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
- Sijil Kemahiran Pembinaan
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
- Sijil Kemahiran Penyenggaraan Mekanikal
JABATAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI
- Sijil Kemahiran Hotel dan Katering
JABATAN REKA BENTUK DAN KOMUNIKASI VISUAL
- Sijil Kemahiran Rekaan Fesyen dan Pakaian
- Sijil Kemahiran Rekabentuk Grafik
Syarat Minimum Lepasan SPM
Bagi lepasan SPM, syarat umum yang perlu dipatuhi mestilah:
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus peperiksaan SPM atau setaraf
Syarat-syarat minimum mengikut program pula adalah seperti berikut:
A. Program Kejuruteraan
- Lulus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah
- Memperoleh tiga (3) kepujian iaitu:
- Matematik
- Satu (1) mata pelajaran berkaitan Sains / Teknologi / Vokasional
- Mana-mana satu mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
- Bagi bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, tidak buta warna
- Tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali
B. Program Teknologi Maklumat & Komunikasi DAN Program Perdagangan (Diploma Akauntasi)
- Lulus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah
- Memperoleh tiga (3) kepujian dalam mana-mana subjek termasuk Matematik
C. Program Perdagangan (Diploma Pergajian Perniagaan)
- Lulus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik
- Memperoleh lima (5) kepujian dalam mana-mana subjek
D. Program Pra Diploma
- Lulus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah
- Lulus Matematik/Matematik Tambahan
- Memperoleh tiga (3) kepujian dalam mana-mana subjek
Syarat Minimum Lepasan Sijil Kemahiran
Bagi lepasan Sijil Kemahiran, syarat umum yang perlu dipatuhi mestilah:
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus peperiksaan SPM atau setaraf
A. Sijil yang Layak
Senarai Sijil Kemahiran yang layak adalah Sijil:
- Institut Kemahiran MARA
- Politeknik
- Kolej Komuniti
- Sijil Pertanian Institut Pertanian Malaysia
- Institut Kemahiran Tinggi PERDA
- Kemahiran Malaysia
- APEL (Acreditation of Prior Experiential Learning)
B. Syarat Minimum
1. Sijil Kejuruteraan atau Siji Teknologi Kejuruteraan yang telah memperoleh akreditasi (bagi Sijil Kolej Komuniti, Institut Kemahiran MARA, Politeknik, Sijil Pertanian Institut Pertanian Malaysia dan Institut Kemahiran Tinggi PERDA):
- Lulus Bahasa Melayu dan Sejarah (dalam SPM 2013 ke atas)
- Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan (Tahap 3 KKM) atau setaraf dalam bidang berkaitan (contoh : Sijil Institut Kemahiran MARA / Politeknik / Komuniti / Institut Kemahiran Tinggi PERDA)
2. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
- Lulus Bahasa Melayu dan Sejarah (dalam SPM 2013 ke atas)
- Kelayakan Teknikal / Vokasional (diiktiraf/Tahap 3, KKM) atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3, dalam bidang berkaitan
- Mengikuti program peralihan (bridging) yang ditetapkan
Syarat Kelayakan Permohonan
Pemohon boleh membuat semakan syarat kelayakan permohonan melalui kaedah berikut :-
Iklan Permohonan UPU 2025 : Permohonan Kemasukan Politeknik Premier, Konvensional Dan METRO
Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan Politeknik, sila rujuk kepada grafik panduan kemasukan UPU 2025 di bawah ini yang dapat memberi gambaran jelas buat pemohon.
Cara Semakan Keputusan Politeknik 2025 Secara Online & SMS
Untuk panduan anda, keputusan permohonan UPU Online buat kemasukan ke Politeknik sesi ambilan tahun 2025 boleh dilakukan bermula pada satu tarikh yang akan diumumkan nanti. Semakan keputusan yang dikongsikan ini juga adalah untuk Program Diploma, Diploma Lanjutan dan Pra Diploma Sepenuh Masa Politeknik.
Berikut dikongsikan cara yang boleh dilakukan oleh calon-calon lepasan SPM yang telah melakukan permohonan untuk menyemak keputusan kemasukan ke Politeknik sesi 2025/ 2026. Antara caranya adalah melalui online atau atas talian mahupun melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
Tarikh Semakan Keputusan Ke Politeknik 2025
Untuk melakukan semakan keputusan ke Politeknik sesi I 2025/ 2026, tarikh adalah seperti berikut:
- Tarikh Sesi I: 18 Jun 2025 melalui eBorang politeknik (bagi calon lepasan SPM tahun 2022-2024). Calon-calon yang berjaya ke Politeknik dan Kolej Komuniti boleh membuat cetakan surat tawaran di http://ambilan.mypolycc.edu.my mulai 18 Jun 2025 (jam 6.00 petang).
- 18 Jun 2025 jam 6.00 petang (bagi calon lepasan SPM 2019 ke bawah dan lulusan selain SPM)
- Tarikh Sesi 2: 5 Disember 2024 melalui mypolycc (bagi calon lepasan SPM tahun 2022-2023). Calon-calon yang berjaya ke Politeknik dan Kolej Komuniti boleh membuat cetakan surat tawaran di http://ambilan.mypolycc.edu.my mulai 5 Disember 2024 (jam 6.00 petang).
*NOTA: Tarikh semakan adalah rasmi dan akan dikemaskini sekiranya terdapat perubahan. Semakan hendaklah dilakukan dalam tempoh masa atau tarikh yang telah ditetapkan.
Kaedah Semakan Keputusan Ke Politeknik 2025 Secara Online
Semakan keputusan ke Politeknik bagi sesi I dan sesi II 2025/2026 boleh dilakukan oleh pemohon-pemohon secara online atau atas talian. Anda boleh melakukan semakan keputusan dengan ‘Klik’ pada pautan aplikasi di bawah:
Bagi Lepasan SPM atau Setaraf:
Maklumat Lanjut Permohonan Kemasukan Politeknik
Sebarang pertanyaan sila hubungi :-
- Bahagian Pengambilan Pelajar
Jabatan Pendidikan Politeknik,
Aras 4, Galeria PjH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya. - Tel : 03-8891 9240/ 9255/ 9256/ 9257/ 9258/ 9259/ 9263/ 9340
Fax : 03-8891 9323 - Pejabat HEP PKS : 082-845204
Selamat membuat Permohonan kemasukan dan semakan keputusan ke Politeknik Premier, Konvensional dan Metro 2025/2026 Online. Semoga permohonan anda berjaya.
Related search : sesi akademik bahagian kemasukan pelajar program pengajian ua politeknik laman web status permohonan perlu membeli