Borang Pendaftaran Permohonan KISS Kasih Ibu Smart Selangor 2021 Online Dan Manual. Apa itu KISS? Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Program Bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) bagi menghargai pengorbanan besar kaum ibu. Berikut dikongsikan cara membuat Permohonan KISS Kasih Ibu Smart Selangor secara pengisian borang pendaftaran secara online dan manual,
Program KISS adalah sebuah program kebajikan khusus untuk kaum ibu di kalangan golongan berpendapatan rendah (Kumpulan B40) di Negeri Selangor. Program bertujuan untuk mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara tanpa tunai (cashless).
Cara Membuat Permohonan KISS Kasih Ibu Smart Selangor 2021 Online Dan Manual
Berita baik buat wanita yang berkelayakan di Negeri Selangor. Melalui pembentangan Bajet 2018 negeri, Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan inisiatif baru dalam membantu golongan ibu dan dikhususkan kepada keluarga berpendapatan RM2,000 ke bawah. Dengan KISS, setiap ibu yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM 2,400 setahun, atau RM 200 setiap bulan dan dikatakan lebih baik dari Bantuan BR1M.
Melalui Kad KISS, kira-kira 30,000 golongan ibu di Selangor akan mendapat bekalan makanan asas seperti beras, minyak masak dan tepung. Juga diberikan peralatan dan pakaian sekolah untuk anak-anak di pasaraya serta kedai runcit yang akan dikenal pasti. Menurut statsistik Jabatan Perangkaan Malaysia, 1.7 peratus isi rumah di Selangor menerima pendapatan sebanyak RM1,999 ke bawah. Ianya membabitkan 108,800 isi rumah atau kira-kira 30,000 keluarga di Selangor.
Info Terkini : KISS Selangor 2022
Kerajaan Negeri mengumumkan penambah baikan program KISS dengan memberikan nama baharu iaitu Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) untuk manfaat keluarga dan bukan golongan ibu sahaja. Bantuan kewangan sebanyak RM300 sebulan atau RM3,600 setahun akan diberikan kepada lebih 30,000 keluarga yang berkelayakan bermula Februari tahun hadapan. Maklumat lanjut akan dikemaskini.
KISS Selangor 2021
Menteri Besar Selangor telah mengumumkan bagi KISS tahun 2021, dalam Belanjawan Selangor 2021 bahawa jumlah penerima bantuan KISS akan ditambah sebanyak 5,000 orang lagi menjadikannya kepada 30,000 penerima secara keseluruhan.
Info KISS Selangor 2020
Bagi KISS tahun 2020, Menteri Besar Selangor telah mengumumkan dalam Belanjawan Selangor 2020 bahawa jumlah penerima bantuan KISS akan ditambah sebanyak 5,000 orang lagi menjadikannya kepada 25,000 penerima secara keseluruhan. Ini melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM12 juta bagi bantuan tersebut.
KISS Selangor 2019
Penggunaan kad KISS akan dibekukan buat sementara waktu selama sebulan dari 15 Jun 2019 sehingga 15 Julai 2019. Langkah mengemas kini dilakukan adalah bagi memastikan bantuan KISS diterima oleh golongan yang benar-benar memerlukan setelah hampir dua tahun pelaksanaan program tersebut berjalan.
Setelah proses pengemaskinianmaklumat selesai, penerima KISS yang tersenarai di dalam eKasih atau senarai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) boleh terus menggunakan kad KISS dengan jumlah manfaat yang sama.
Permohonan KISS Kasih Ibu Smart Selangor Online/ Manual
Untuk makluman, Kerajaan Negeri Selangor komited untuk memulakan Program Kasih Ibu SMART Selangor pada suku pertama tahun 2018. Cara membuat permohonan/ cara daftar Kasih Ibu SMART Selangor (KISS) adalah seperti berikut dan akan dikemaskini dari masa kesemasa
A. Borang Pendaftaran KISS Online
Permohonan secara atas talian/ online KISS masih belum di buka lagi. Pemohonan boleh membuat pendaftaran secara manual sehingga applikasi online KISS diperkenalkan
B. Borang Manual : Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor
Pendaftaran melalui borang manual akan dibuka pada tarikh yang akan dikemaskini di mana Borang pendaftaran KISS boleh di download atau di muat turun dari Laman web www.kiss.com.my atau boleh diambil di lokasi berikut :-
- Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
- Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
- Pusat Wanita Berdaya
- Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
Nota Penting : Borang permohonan yang lengkap hendaklah diserahkan ke Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri.
Syarat Kelayakan Permohonan KISS Selangor
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan permohonan KISS buat panduan pemohon yang berminat memohon bantuan
- Warganegara Malaysia; dan
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun atau pemilih berdaftar di Negeri Selangor; dan
- Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/ tanggungan di bawah umur 21 tahun; dan
Pendapatan isi rumah di bawah RM 2,000 sebulan.
Manfaat Kad KISS
Pemohon yang layak akan menikmati kemudahan seperti berikut :-
- Kad KISS akan diberi kepada setiap ahli yang layak
- Kad KISS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar
- Urusniaga pembelian barangan keperluan asas adalah secara tanpa tunai (cashless)
- Pembelian barangan keperluan asas adalah terhad sebanyak RM 200 sebulan
- Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan
- Kad KISS akan ditambah nilai ke tahap RM 200 pada setiap bulan secara automatik
Senarai Barangan Keperluan Asas Yang Diluluskan
Barang keperluan yang boleh dibeli adalah :-
- Beras
- Mi dan Bihun
- Roti
- Biskut
- Telur
- Gula dan Garam
- Rempah ratus
- Tepung
- Minyak masak
- Sayur-sayuran
- Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
- Sabun dan bahan pencuci (detergent)
- Lampin pakai buang (bayi / dewasa)
- Produk tenusu : susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis
- Barangan persekolahan – kasut, beg, buku, alatulis, pakaian seragam dan sebagainya
Nota : Hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian.Tiada had dari segi jenama barangan yang dipilih
Cara Hubungi
Untuk sebarang masalah/ pertanyaan /cadangan berkaitan KISS Selangor, sila hubungi :-
- No Telefon : 03.5525.6600
- No Faks: 03.5525.6900
- Emel : admin@selcare.my
- Contact Us
Sumber Laman Web KISS Selangor
Selamat membuat Permohonan kepada pemohon yang berkelayakan. Moga anda berjaya mendapat bantuan Program KISS Selangor.
4 comments
Hi selamat malam,saya ada mohon KISS,saya nak tahu permohonan Lulus ke tak ?
Boleh hubungi talian no telefon yang disertakan
Pergi ke pejabat adun yg mana anda hantar borang situ dah bole tahu lulus atau tidak permohonan
Sudah masuk bulan feb, telefon adun dia orang cakap belum siap proses 🙁