Pendaftaran Murid Ke Tahun Satu (1) Kemasukan Sesi 2025 / 2026 Secara Online. Berikut dikongsikan cara membuat permohonan murid Tahun Satu (Daftar Tahun 1) atau Darjah 1 Sekolah Rendah Kerajaan. Pendaftaran murid Tahun 1 (Satu) ambilan tahun 2025 / 2026 boleh dilakukan pada tarikh 2 Mei 2024 sehingga 30 Jun 2024. Ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2018 dan 2019 layak membuat permohonan atau pendaftaran secara online untuk sekolah/ negeri di Semenanjung Malaysia. Untuk negeri Sabah Sarawak dan W.P Labuan, pemohon juga boleh membuat permohonan secara online untuk membuat pendaftaran kemasukan.
Borang Pendaftaran Murid ke Tahun 1 sesi 2025 / 2026 akan di buka secara online mulai 2 Mei 2024 di Sistem Bersepadu Modul Pengurusan Awam (MOEIS KPM – idme.moe.gov.my). Ibu bapa adalah dinasihatkan untuk mendaftar pada tarikh yang ditetapkan untuk membolehkan permohonan kemasukan diproses.
Daftar Tahun 1 : Borang Pendaftaran Kemasukan Murid Ke Tahun Satu Ambilan 2025/ 2026 Online
Berikut adalah maklumat penting dan panduan dalam membuat pendaftaran Murid Tahun 1 ambilan 2025/ 2026 secara online dan manual. Maklumat yang dipaparkan adalah informasi berkaitan tarikh permohonan, applikasi atau borang pendaftaran dan cara mendaftar.
Tarikh Permohonan Murid Tahun Satu (1) Online Dan Manual
Permohonan kemasukan murid ke Tahun Satu bagi ambilan 2025 / 2026 untuk sekolah di semenanjung malaysia termasuk sabah dan sarawak akan dibuka seperti berikut :-
- 2 Mei 2024: Tarikh Buka
- 30 Jun 2024: Tarikh Tutup
Nota : Berdasarkan kepada makluman terkini daripada BPSH KPM pada tarikh 28 Februari 2024:
Tuan/Puan
Untuk makluman semua, modul pendaftaran Tahun 1 di https://idme.moe.gov.my akan dibuka bermula 2 Mei hingga 30 Jun 2024.
Sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan pendaftaran Tahun 1, mohon ibu bapa dan penjaga boleh melengkapkan modul pengurusan awam dan mengisi maklumat peribadi, maklumat pasangan dan maklumat anak jagaan sahaja dahulu.
Mohon kerjasama ibu bapa/ penjaga agar sentiasa membaca makluman terkini di laman utama idme.
Sekian, Terima Kasih.
Kategori Permohonan Kemasukan Tahun 1 2025/ 2026
Untuk makluman, Kanak-kanak yang layak didaftarkan adalah warganegara Malaysia yang mempunyai tarikh lahir seperti berikut :
– Kanak-kanak yang layak untuk memohon pendaftaran ke tahun Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 secara dalam talian adalah kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir pada 2 Januari 2018 hingga 1 Januari 2019 sahaja.
Cara Membuat Permohonan Murid Tahun Satu (1) Sesi 2025-2026
Pendaftaran murid Tahun 1 boleh dibuat seperti berikut
i) Sekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak Dan WP Labuan
Applikasi permohonan/ pendaftaran secara atas talian/ online boleh dibuat di Sistem Modul Pengurusan Awam (idMe) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan berikut :-
Berikut dikongsikan cara mendaftar pelajar tahun satu (1) secara online :-
1. Untuk pengguna sediada, sila log in menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan
2. Untuk pengguna baru idMe, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di DAFTAR PENGGUNA.
3. Pendaftaran pengguna adalah menggunakan ID Pengenalan Penjaga
Mula pengisian borang permohonan pendaftaran. Untuk makluman, di antara maklumat yang perlu diisi adalah seperti berikut :-
1. Maklumat prasekolah/ tadika
2. Profil kesihatan
3. Rekod imunisasi kanak-kanak
ii) Cara Mohon Tahun 1 Melalui Sistem idMe
1. Layari laman idMe KPM
2. Klik Daftar baru untuk pengguna pertama
3. Masukkan maklumat yang diminta
4. Tick Saya Bukan Robot dan masukkan no. yang diberikan dan klik Daftar
5. Selesai daftar maklumat, log masuk semula ke sistem menggunakan NO. KPT yang didapati melalui email dan klik Daftar Masuk kemudian tukar kata laluan baru
6. Pada paparan utama Sistem Pengurusan IDentiti, klik Modul Pengurusan Awam
7. Pilih Pengurusan Profil dan kemaskini maklumat peribadi, maklumat pasangan dan maklumat anak yang diperlukan
8. Selepas itu, buat Permohonan eDaftar Tahun 1 di bahagian Permohonan Kemasukan
9. Klik Mohon di bahagian tindakan pada nama anak yang dipaparkan
10. Pilih sekolah berdasarkan alamat tempat tinggal
11. Muat naik dokumen yang diminta mengikut saiz dan format yang ditetapkan
12. Buat pengesahan permohonan dan cetak borang permohonan untuk dihantar ke sekolah bersama borang sokongan.
13. Ikuti langkah secara lanjut melalui Manual Pendaftaran Tahun Satu
iii) Cetak Borang Dan Hantar Dokumen Yang Diperlukan
Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan berjaya didaftarkan secara online hendaklah dicetak untuk tujuan pengesahan sekolah. Ibu bapa/ penjaga hendaklah membawa cetakan borang permohonan ke sekolah yang dipohon untuk Proses Perakuan/ Pengesahan Pendaftaran iaitu semasa tempoh permohonan pendaftaran dibuka. Dokumen-dokumen berikut perlu di bawa bersama seperti berikut :-
1. Salinan permohonan online
2. Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (Salinan asal beserta 1 satu salinan)
3. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (Salinan asal beserta 1 satu salinan KP ibu dan bapa)
4. Surat nikah / surat cerai (Salinan asal dan 1 salinan)
5. Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu untuk bukti tempat tinggal
6. Sampul surat bersaiz standard dan setem (saiz sampul surat dan harga setem adalah ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon)
7. Laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)
8. Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan Dan Imunisasi
Soalan Lazim FAQ Daftar/ Permohonan Murid Tahun 1
Berikut adalah diantara soalan lazim yang selalu ditanya berkaitan permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1:-
1. Pendaftaran Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 hanya dibuka di https://idme.moe.gov.my. Tiada pendaftaran di https://public.moe.gov.my
2. Pendaftaran yang telah dibuat di https://public.moe.gov.my tidak hilang kerana maklumat akan dipindahkan ke dalam sistem https://idme.moe.gov.my. Ibu, bapa atau penjaga hanya perlu mengemas kini pada 2 Mei hingga 30 Jun 2024 dengan menekan butang kemas kini
3. Ibu bapa/ penjaga yang telah menghantar borang perakuan sekolah yang dimohon sebelum ini tidak perlu menghantar borang semula selepas membuat kemaskini
4. Jika ibu bapa penjaga mengemas kini dan memilih sekolah baharu, bornag perakuan sekolah perlu dihantar ke sekolah baharu
5. Semakan keputusan permohonan penempatan Tahun 1 boleh disemak di pautan https://idme.moe.gov.my pada 1 hingga 30 Oktober 2024
6. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus pejabat pendidikan daerah atau jabatan pendidikan negeri yang berhampiran
Maklumat Lanjut Daftar Tahun 1
Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi :-
– E-mel: supportidMe@moe.gov.my
Pertanyaan Permohonan Murid ke Tahun 1 untuk pertanyaan berkaitan masalah teknikal sahaja, sila hubungi :-
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA
Unit ICT.
E-mel : daftartahun1@moe.gov.my
Berikut adalah rujukan senarai Jabatan Pendidikan Negeri di Malaysia,
Klik JPN
Selamat membuat Pendaftaran Murid Tahun 1 Online Sesi 2025/ 2026 secara online. Moga permohonan kemasukan yang dimohon berjaya diluluskan.
Related : secara manual, https public.moe.gov.my, darjah 1 tahun, secara dalam talian, cara daftar, lahir pada 2 januari, mulai 1 mac 2021, pengesahan penempatan, membuat rayuan, pihak sekolah, sijil lahir kanak kanak berkenaan salinan asal beserta 1 satu salinan kp ibu dan bapa, warganegara malaysia kpm di pautan berikut, tekan pengguna ibu bapa perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri sebelum membuat permohonan ke tahun 1 tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual, cara untuk proses perakuan pengesahan pendaftaran iaitu, 2 januari 2018 sesi persekolahan tahun 2024, status pendaftaran tahun 1 sesi 2024 2025, kementerian pendidikan daerah atau jabatan pendidikan negeri yang berhampiran, alamat tempat tinggal yang didaftarkan, laporan kesihatan doktor dan setem saiz sampul surat dan harga setem adalah ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon, sijil lahir pada 2 januari 2017 hingga 1 januari 2018, tiada rayuan secara manual boleh dilakukan, iii cetak borang persetujuan perkhidmatan kesihatan dan imunisasi, status pendaftaran tahun 1 kalendar akademik sesi 2024/2025,