Permohonan i-Fitri Negeri Terengganu Online. Berita baik buat rakyat Terengganu yang berkelayakan untuk menerima bantuan kewangan. Berikut adalah panduan dalam membuat Permohonan Online Dana Terengganu atau dikenali sebagai i-Fitri. Di antara bantuan yang diberikan adalah Dana Hari Raya.
Untuk makluman, bantuan sara hidup i-Fitri ini dulu dikenali sebagai Dana Raya Terengganu diberhentikan pada tahun 2020 dan 2021 kerana disalurkan untuk membantu mangsa yang terjejas akibat COVID-19. Mereka yang berkelayakan untuk bantuan kali ini ialah isi rumah berpendapatan RM5,000 dan ke bawah.
Permohonan i-Fitri Online
Maklumat berkaitan i-Fitri 2024 akan dikemaskini. Menurut pembentangan Belanjawan 2023 Terengganu oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, kadar bantuan yang akan diberikan adalah RM300 kepada penerima isi rumah berpendapatan bawah RM2,500 hingga RM5,000. Pengagihan bantuan akan dibuat menjelang Hari Raya Aidilfitri 2023.
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Bantuan i-Fitri Terengganu, permohonan online Dana Negeri Terengganu secara atas talian/ online Maklumat yang dikongsikan termasuk jenis bantuan, pautan apliaksi permohonan dan syarat kelayakan sebagai rujukan.
Terkini : Makluman Bantuan i-Fitri Terengganu 2023
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat mengumumkan pembayaran i-Fitri 2023 akan dibuat bermula 17 April 2023. Permohonan baru akan dibuka pada 19 hingga 31 Mac 2023.
Cara Membuat Permohonan Online Dana Terengganu (i-Fitri) 2023
Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon :-
i) Online
Melayari Portal permohonan pada pautan ibantuan : (https://ibantuan.terengganu.gov.my). Paparan muka Portal Rasmi Permohonan Dana Negeri Terengganu Online adalah seperti berikut :-
Langkah Permohonan Online Dana Negeri Terengganu
Terdapat 6 langkah yang perlu diikuti oleh pemohon semasa membuat permohonan. Langkah-langkah permohonan adalah seperti berikut :-
1 : Daftar masuk
- Daftar dibuat dengan menggunakan No. Kad Pengenalan pemohon dan ciptakan kata laluan
2 : Pilihan Kategori
- Semua kategori yang dibuka untuk permohonan akan disenaraikan dan pemohon boleh memilih kategori yang dibenarkan sahaja.
3 : Syarat Kelayakan
- Semua syarat-syarat kelayakan akan disenaraikan dan pemohon hendaklah mempersetujui syarat-syarat tersebut bagi meneruskan permohonan.
4 : Mohon
Semua maklumat permohonan yang wajib diisi bertanda *. Sebahagian maklumat adalah pilihan (tidak wajib diisi).
5 : Pengesahan
- Pemohon hendaklah mengesahkan dan bertanggungjawab ke atas semua maklumat permohonan yang telah dibuat.
Syarat Permohonan Bantuan i-Fitri
Berikut adalah syarat am dan kelayakan permohonan i- Fitri untuk makluman semua :-
SYARAT UTAMA BANTUAN
- Rakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu.
- Maklumat pemohon mesti ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20)
- Pemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu.
- Permohonan dibuat secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN i-FITRI
- Penerima Bantuan i-Fitri tahun 2022 perlu mengemaskini maklumat permohonan dan dokumen di dalam sistem i-bantuan dalam tempoh permohonan.
- Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) yang MEMPUNYAI TANGGUNGAN dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah TIDAK MELEBIHI RM2,500.00 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun tetap).
- Peniaga berlesen adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500.00 sebulan dan di sahkan oleh JPKK.
- Semua Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon.
- Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan Surat Akuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK.
- Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohonan
- PERMOHONAN boleh di tolak sekiranya Maklumat tidak benar dan tidak lengkap
Permohonan Bantuan i-Fitri Perantau
Berita baik kepada rakyat negeri Terengganu yang menetap atau tinggal di luar negeri Terengganu juga berpeluang untuk memohon bantuan i-fitri bermula 1 hingga 15 April 2023. Syarat-syarat adalah seperti berikut:
SYARAT UTAMA BANTUAN
- Rakyat Terengganu dan MENETAP diluar di Negeri Terengganu (PERANTAU).
- Pemohon mesti Mengisi dahulu maklumat diri dan keluarga ke dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu Perantau (PRT20 PERANTAU) (rujuk link)
- Pemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu, (Pemohon = KIR atau Pasangan).
- Permohonan dibuat secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN i- FITRI PERANTAU
- Pendapatan bulanan isi rumah (Gaji KIR & Pasangan) TIDAK MELEBIHI RM2,500.00 (termasuk gaji dan semua elaun).
- Semua PENJAWAT AWAM dan LANTIKAN KERAJAAN yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon
- PENIAGA BERLESEN adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500.00 sebulan dan di sahkan oleh penghulu, dan pengawai Kerajaan yang berkelayakan di tempat tinggal semasa.
- Pemohon yang TIDAK mempunyai SLIP GAJI perlu mengemukakan Surat Akuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK atau Pegawai kerajaan yang berkelayakan
- Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohanan
- PERMOHONAN boleh DITOLAK sekiranya Maklumat tidak benar dan tidak lengkap
Maklumat Lanjut
Panduan lengkap cara-cara memohon di Manual Permohonan PDF. Soalan lazim permohonan pula boleh dirujuk di FAQ.
- Manual Cara Memohon
- Soalan Lazim (FAQ) (akan dikemaskini)
Selamat memohon Permohonan. Semoga rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan berjaya mendapat bantuan kewangan yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri.