Permohonan Latihan Kemahiran Di Pusat GIATMARA 2025 Online. Borang permohonan GIATMARA online? Mengikuti latihan kemahiran di Pusat Giatmara Malaysia adalah pilihan buat pelajar Bumiputera dalam mempertajamkan lagi skill dalam bidang kemahiran yang diminati. Berikut dikongsikan maklumat permohonan online GIATMARA (sepenuh masa) sesi pengambilan Januari 2025 dan Julai 2025 meliputi tarikh dan pautan borang permohonan dan syarat kemasukan. Pemohon yang ingin program separa masa boleh membuat permohonan secara manual.
Lepasan SPM atau tidak, sihat tubuh badan dan berumur 15 tahun keatas serta boleh membaca, menulis dan minat iaitu 3M adalah dipelawa untuk membuat permohonan kemasukan. Program latihan GIATMARA yang ditawarkan adalah secara sepenuh masa dan juga separuh masa di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA).
Borang Permohonan Online Kemasukan Ke GIATMARA Sesi Januari 2025 Dan Julai 2025
Berikut dikongsikan serba sedikit maklumat berkaitan dengan permohonan online GIATMARA sesi Januari 2025 dan Julai tahun 2025.
Untuk makluman, GIATMARA ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal. Ianya bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara.
Syarat Kelayakan Permohonan GIATMARA
Berikut adalah syarat permohonan kemasukan ke GIATMARA buat panduan pelajar :-
- Pemohon adalah seorang Bumiputera
- Sihat tubuh badan
- Pemohon B40 diutamakan
- Boleh membaca serta menulis dan minat (3M)
- Berumur dari 15 tahun dan tiada had umur untuk permohonan
- Berminat dengan bidang/ program kemahiran yang dipohon
- Syarat Tambahan : Tamat Tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawaian Elektrik & Penjaga Elektrik
i) Cara Mohon Program Permohonan GIATMARA Secara Online Dan Manual
Terdapat 2 kaedah untuk permohonan kemasukan ke GIATMARA. Untuk Kursus sepenuh masa, permohonan perlu di buat secara online. Untuk kursus separuh (separa masa), permohonan adalah melalui pengisian borang secara manual. Dua (2) sesi pengambilan kemasukan yang ditawarkan setiap tahun iaitu Sesi Januari dan Sesi Julai.
a) Permohonan Online GIATMARA (Sepenuh Masa)
Permohonan program latihan secara SEPENUH MASA (FULL TIME) boleh di buat secara online dengan mengisi Borang secara atas talian di pautan berikut :-
Maklumat Pengisian Borang Online
- Pemohon perlu mempunyai e-mel yang sah dan perlu ingat kata laluan e-mel anda.
- Pemohon hanya boleh menggunakan browser google chrome bagi proses permohonan
- Setelah mengisi ruangan yang diperlukan, pastikan pemohon menyalin KATA LALUAN yang diberikan untuk meneruskan dengan proses permohonan
- Untuk maklumat lanjut, permohon boleh merujuk kepada MANUAL PERMOHONAN
b) Permohonan Secara Manual (Program Separuh Masa)
Permohonan program latihan separuh masa GIATMARA boleh dibuat dengan mengisi borang manual. Setelah siap mengisi, borang permohonan hendaklah dihantar ke mana-mana Pusat GIATMARA berhampiran anda. Untuk mendapatkan borang permohonan secara manual, sila muat turun atau download di pautan berikut :-
2. Senarai Kursus Yang Ditawarkan Di Pusat GIATMARA
Berikut adalah senarai kursus atau program yang ada ditawarkan di Pusat Latihan GIATMARA di seluruh Malaysia:-
- Kursus Kluster Komputer Dan Networking Technology
- Kluster Elektrikal (KEL)
- Kluster Elektronik Mekatronik
- Kulinari
- Kluster Hospitaliti
- Kursus Kluster Mekanikal
- Kursus Kluster Fabrik
- Kluster Senibina
- Kursus Kluster Pengangkutan
- Kursus Kluster Percetakan
- Kluster Pembuatan
- Kursus Kluster Hairdressing and Cosmetology
Kursus atau program latihan yang ditawarkan adalah berbeza dan ianya bergantung kepada lokasi GIATMARA yang berkenaan. Untuk mendapatkan senarai dan maklumat lanjut kursus yang ditawarkan, sila klik pautan berikut :-
3. Senarai Lokasi Pusat Latihan GIATMARA
Untuk mendapatkan sebarai lokasi GIATMARA yang berhampiran dengan tempat tinggal anda, sila rujuk kepada
Cara Hubungi GIATMARA
Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan, pemohon boleh merujuk kepada maklumat di bawah atau emel kepada gspel@giatmara.edu.my.
- WISMA GIATMARA
No 39, Jalan Medan Tuanku,
50300 Kuala Lumpur.
Malaysia
Tel: 03-2691 2690
Fax: 03-2691 2820
Emel: webmaster@giatmara.edu.my - Direktori Ibu Pejabat
Diucapkan selamat membuat permohonan online GIATMARA buat mereka yang ingin mengikuti program latihan kemahiran sepenuh masa. Semoga permohonan kemasukan untuk mengikuti latihan kemahiran yang diminati berjaya diluluskan.