Panduan buat pelajar terutamanya yang sedang menantikan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun Enam 2024. Adakah anda ingin memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP)? Jika begitu, sila layari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana permohonan SBP Tingkatan 1 dan permohonan SBP Tingkatan 4 ambilan 2025 kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh akan diumumkan di portal dalam satu tarikh sekitar bulan Ogos.
Antara pilihan pelajar selain memasuki SBP adalah MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. SBP dan MRSM menjadi pilihan para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah kerana ia merupakan antara sekolah terbaik di Malaysia sejak dahulu lagi.
Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 1 2025 Online
Buat makluman semua, mulai ambilan tahun 2019, salah satu syarat kemasukan ke SBP untuk Tingkatan 1 adalah Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP). Pada tahun 2020, KPM telah melancarkan satu ujian yang dikenali sebagai Pentaksiran Kemasukan Ke Sekolah Khusus menggantikan UKSBP serta menggabungkan pentaksiran bagi kemasukan ke SBP, SMKA, KV, SMT dan MTD.
Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Permohonan kemasukan SBP Tingkatan 1 2025 yang merangkumi tarikh penting, aplikasi permohonan dan syarat permohonan buat rujukan semua.
PERMOHONAN SBP TINGKATAN 1 2025 | |
Dibuka | Ditutup |
1 Ogos 2024 | 8 September 2024 |
*Nota : Tarikh RASMI selepas diumumkan oleh KPM. Apa-apa perubahan pada tarikh akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Sila layari laman web KPM di Portal Rasmi KPM untuk mendapatkan sebarang keterangan lanjut mengenai permohonan SBP |
Aplikasi Permohonan SBP Tingkatan 1 2025 Online | |||
Berikut dikongsikan pautan yang dapat digunakan untuk membuat Permohonan SBP Tingkatan 1 2025 Online. | |||
NO | PAUTAN | ||
1. | Klik pautan permohonan yang disediakan di bawah: | ||
2. | Cara membuat permohonan adalah dengan memasukkan nombor mykid/mykad sendiri beserta nombor mykad penjaga utama dan ikuti arahan selanjutnya
|
Syarat Pemilihan Tingkatan Satu (1) SBP | |||
Berikut adalah syarat pemilihan pelajar untuk kemasukan ke SBP Form 1 bagi ambilan tahun 2025. | |||
NO | SYARAT | ||
1. | Pelajar/ Murid mestilah merupakan warganegara Malaysia | ||
2. | Murid Tahun 6 bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) dan berdaftar dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) KPM pada Tahun 2024 | ||
3. | Murid mestilah menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) KPM | ||
4. | Calon sihat tubuh badan | ||
5. | Calon aktif dalam penglibatan kokurikulum dan cemerlang dalam akademik |
Pakej Aliran Mata Pelajaran Di SBP | |||
Aliran subjek yang ditawarkan di SBP adalah seperti berikut : | |||
TINGKATAN | ALIRAN MATA PELAJARAN | ||
Tingkatan 1 |
|
Permohonan ke SBP Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) Tingkatan 1
Bagaimana cara untuk memohon ke SBP yang menawarkan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (TMUA – Tahfiz Model Ulul Albab)?
- Calon masih perlu mengisi permohonan secara online.
Apakah syarat untuk terpilih ke SBP KBT (TMUA)?
- Calon yang memenuhi syarat-syarat pemilihan ke Tingkatan Satu dan memperoleh keputusan yang baik bagi Quran dan Jawi layak dipertimbangkan. Calon yang telah dikenalpasti ini akan dipanggil untuk ditemuduga
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut, rujuk butiran di bawah:
- Senarai Sekolah Berasrama Penuh Di Malaysia
- Panduan Permohonan
- Maklumat Permohonan SBP Tingkatan 1 2025
- Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh di talian : 03-8321 7400
Permohonan Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2025 Tingkatan 4 Online
Bagaimana cara mohon SBP Form 4 tahun 2025 (Sekolah Berasrama Penuh) ? Pelajar Tingkatan 3 yang sepatutnya menduduki peperiksaan PT3 2024 kini boleh membuat Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 4 2025 secara online bermula dari 1 Ogos hingga 8 September 2024. Untuk makluman, pelajar boleh membuat permohonan SBP sebelum keputusan PT3 diumumkan.
Untuk pelajar Tahun 6, permohonan kemasukan ke SBP Tingkatan 1 dibuka pada tarikh yang sama. Bagi kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) pula, permohonan kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 akan dibuka sekitar bulan Ogos juga. Oleh itu pelajar yang bercadang untuk memasuki MRSM dan SBP, sila pastikan permohonan dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
Berikut adalah panduan dalam membuat Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 4 2025 yang meliputi tarikh penting, applikasi permohonan dan syarat permohonan. Umum sedia maklum yang SBP dan MRSM adalah diantara sekolah terbaik di Malaysia dan menjadi pilihan buat ramai pelajar untuk memasuki Tingkatan 1 atau Tingkatan 4.
- Nota : Bermula ambilan 2020, Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) untuk Form 4 akan diperkenalkan sebagai salah satu syarat pemilihan ke SBP.
Tarikh Penting Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 4 Secara Atas Talian
- 1 Ogos 2024 : Tarikh Buka
- 8 September 2024: Tarikh Tutup
Pelajar adalah dinasihatkan untuk melayari laman web KPM di Portal Rasmi KPM dari masa kesemasa untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan permohonan kemasukan SBP terkini.
Applikasi Permohonan SBP Tingkatan 4 2025 Online
- Klik https://spskt4.moe.gov.my/ untuk membuat permohonan
- Cara membuat permohonan adalah dengan memasukkan nombor mykad sendiri beserta nombor mykad penjaga utama dan ikuti arahan selanjutnya
UKSBP – Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh adalah satu ujian saringan yang dilaksanakan kepada sekumpulan murid terpilih sebagai salah satu syarat kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
Maklumat Penting
Syarat Pemilihan Tingkatan Empat (4) SBP 2025
Berikut adalah syarat pemilihan pelajar untuk kemasukan Tingkatan 4 SBP :-
- Warganegara Malaysia.
- Murid Tingakatan 3 bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan serta berdaftar dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) KPM pada Tahun 2024
- Calon hendaklah menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) KPM
- Calon mestilah sihat tubuh badan
- Calon aktif dalam penglibatan Kokurikulum
Pakej Aliran Mata Pelajaran Yang Ditawarkan Di SBP
Aliran matapelajaran yang ditawarkan di SBP adalah seperti berikut :-
- Tingkatan 4 – Menawarkan 4 pakej aliran matapelajaran iaitu Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Agama Ikhtisas dan Tahfiz-Sains (TMUA)
Diucapkan selamat membuat Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 1 dan 4 2025 Online. Semoga para pemohon berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Tingkatan Satu dan Empat Sekolah Berasrama Penuh ambilan tahun 2025. Kepada yang gagal, jangan berputus asa. Cuba lagi dengan mengemukakan permohonan rayuan SBP.