Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Seni Malaysia (SSeM) Tingkatan Satu (1) Sesi 2025 Secara Online. Panduan buat pelajar Tahun 6 (Enam) yang berminat untuk memasuki Sekolah Seni Malaysia (SSeM). Menerusi makluman Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), permohonan Sekolah Seni Malaysia sesi 2025 untuk kemasukan ke Tingkatan 1 boleh dibuat secara online pada satu tarikh yang akan dimaklumkan.
Sekolah Seni Malaysia ataupun SSeM adalah sebuah institusi pendidikan formal satu sesi yang menyediakan kemudahan menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif.
Permohonan Sekolah Seni Malaysia Sesi 2025 Online (Tingkatan 1)
Berikut dikongsikan cara membuat permohonan kemasukan ke SSeM Ambilan tahun 2025 Tingkatan Satu yang boleh di buat secara online
TARIKH RASMI PERMOHONAN SEKOLAH SENI MALAYSIA | |
Dibuka | Ditutup |
15 Julai 2024 | 15 September 2024 |
Tarikh rasmi berdasarkan portal KPM
Berikut adalah panduan dalam membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 SSeM
APLIKASI PERMOHONAN
i) Permohonan Secara Online
Klik Aplikasi Permohonan SSeM di pautan berikut untuk memohon:-
- Bagi pengguna (pemohon) yang pertama kali memasuki sistem ini, sila klik link DAFTAR KALI PERTAMA untuk mendaftar terlebih dahulu
ii) Panduan Permohonan
Pelajar boleh mandapatkan panduan permohonan dan soalan lazim di pautan berikut :-
Sila pastikan pelajar melepasi syarat permohonan kemasukan Sekolah Seni Malaysia ambilan tahun 2025 seperti berikut:-
SYARAT PERMOHONAN SEKOLAH SENI MALAYSIA
i) Syarat Am
1) Warganegara Malaysia
2) Mesti daripada sekolah bantuan penuh kerajaan
3) Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian (Seni Visual/ Tari/ Teater/ Muzik)
4) Sihat tubuh badan / Tidak cacat / Bukan dalam kalangan murid OKU
5) Hanya permohonan secara ‘Online’ akan diproses
ii) Syarat Kemasukan
Permohonan ini adalah terbuka kepada murid-murid Tahun Enam yang bersekolah di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan sahaja
- Lulus Uji Bakat (dilaksanakan secara dalam talian)
- Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
- Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
- Mengemukakan rekod kesihatan murid
- Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa membuat permohonan
Terdapat 3 buah Sekolah Seni di Malaysia seperti maklumat berikut :-
NAMA SEKOLAH SENI
i) Sekolah Seni Malaysia Johor
Jalan Persiaran Sinaran Ilmu
Bandar Seri Alam
81750 Masai
Johor Darul Takzim
No. Tel.: 07 387 0215
No. Fak: 07 386 0215
E-mel: senijb@yahoo.com.my
ii) Sekolah Seni Malaysia Sarawak
Lot 7794, Blok 9, Salak Land District,
Jalan Sultan Tengah
93050 Kuching, Sarawak
No. Tel.: 082 449 586
No. Fak: 082 449 605
E-mel: sskuching@yahoo.com
iii) Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur
Jalan Seladang off Jalan Pasar
55100 Pudu, Kuala Lumpur.
Web: sekolahsenimalaysiakualalumpur@gmail.com
Dua (2) buah sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Seni adalah seperti berikut:
PROGRAM PENDIDIKAN SENI
i) SMK Muhibbah, Sungai Siput Utara, Perak
Simpang Jalong
31100 Sungai Siput Utara
Perak Darul Ridzuan
No. Tel.: 05 595 1350
No. Fak: 05 595 1351
ii) SMK Elopura, Sandakan, Sabah
Peti Surat 1091
90712 Sandakan
Sabah
No. Tel.: 089 533 960
Web: www.smkelopura.my
Sebarang pertanyaan dan masalah berkenaan Permohonan Sekolah Seni Malaysia Tingkatan Satu 2025 Online, anda boleh merujuk kepada maklumat berikut
MAKLUMAT LANJUT
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Unit Pengurusan Sekolah Seni
Talian 03-88721616/ 03-88721760. Emelkan pertanyaan ke : mohonssem@moe.gov.my
Diucapkan selamat membuat Permohonan ambilan sesi 2025 secara online. Semoga permohonan anda berjaya sekaligus ditawarkan tempat ke SSeM kelak.