Kerajaan melalui Belanjawan 2019 telah membuat peruntukan sebanyak RM80 juta bagi menyokong Program Rebat Bil Elektrik bernilai RM40 yang akan bermula 1 Januari 2019. Sebanyak 185,000 penerima yang sah berdaftar dan layak dijangka akan menerima rebat atau pengurangan percuma RM40 daripada jumlah bil elektrik sebulan bergantung kepada pengunaan semasa.
Program ini adalah di bawah pantauan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) dan ia merupakan bantuan kerajaan secara khusus kepada keluarga miskin dan miskin tegar yang terlibat dalam program E-Kasih. Skim baru ini telah diperkenalkan bagi menggantikan Program terdahulu RM20 yang tamat pada penghujung 2018. Skim ini adalah sejajar dengan matlamat kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat dengan memberi bantuan yang lebih bersasar.
Semakan Status Rebat Bil Elektrik RM40 2024
Berikut dikongsikan beberapa panduan membuat semakan status rebat RM40 untuk tahun 2024:
1. Panduan Semakan Kelayakan Rebat Bil Elektrik RM40
Untuk semak layak Program secara online anda boleh klik pautan Portal MESTECC di bawah:
Sila isi nombor IC tetapi tanpa simbol (-) dan klik butang cari untuk keputusan muncul.
2. Syarat Permohonan Dan Kelayakan Asas
Berikut adalah terma syarat-syarat untuk menentukan sama ada pemohon layak atau tidak untuk menerima rebat :
Bil | Syarat-Syarat Permohonan |
1. | Ketua Isi Rumah (KIR) tersenarai dan telah layak dalam program eKasih |
2. | Golongan miskin tegar berpendapatan rendah daripada RM600 sebulan dan miskin berpendapatan rendah daripada RM950 sebulan |
3. | Rebat hanya untuk satu (1) bil sahaja bagi setiap KIR yang mempunyai rumah sendiri atau rumah sewa |
4. | Kategori Tarif A (Domestik) sahaja yang layak menerima rebat |
5. | Rebat RM40 termasuk semua jenis caj (seperti penalti bayaran yang lewat) manakala tunggakan bil untuk satu tahun sebelumnya sahaja (Bagi tahun 2024, hanya tunggakan bermula 31 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023 sahaja) |
3. Info Bantuan Rebat Bil Elektrik RM40 Tahun 2024
Berikut dikongsikan info tambahan mengenai program ini sebagai rujukan. Bagi tahun 2024 akan dikemaskini setelah diumumkan.
- KIR miskin tegar dan miskin yang mempunyai rekod dalam pangkalan data eKasih akan menerima pengurangan bil elektrik secara percuma sehingga RM40 sebulan (bergantung kepada jumlah pengunaan elektrik mereka)
- Bil elektrik dikira percuma berdasarkan bil sebenarnya untuk Ketua Isi Rumah sekiranya bil elektrik pada bulan tersebut adalah kurang dari RM40 sebulan.
- Penggunaan elektrik yang melebihi RM40 sebulan akan dikenakan bayaran selepas menolak pengurangan RM 40
- Tempoh program ini adalah bermula dari 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024.
Nota: Bagi pengguna eKasih yang layak tetapi tidak memiliki akaun bersama TNB/SESB/SEB, boleh membuat permohonan bagi mengisytiharkan akaun pihak ketiga dengan mengisi borang permohonan berserta membawa Mykad sebagai dokumen sokongan di mana-mana Kedai Tenaga TNB/ Pejabat SESB/ Pejabat SEB yang berhampiran.
Sekiranya terdapat pengguna yang tidak berjaya selepas membuat semakan dan ingin daftar dalam program eKasih disarankan untuk rujuk bersama Pejabat Pembangunan Persekutuan (PPPN) atau Jabatan Pembangunan Persekutuan Persekutuan (JPP) Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) di peringkat negeri dan di Unit Pembangunan Pejabat Daerah.
Info lanjut tentang Rebat ini serta soalan lazim boleh didapati di https://semakanrebat.nrecc.gov.my/apps/public/faq.php
Maklumat Lanjut
Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan Program ini, anda boleh merujuk pada talian di bawah:
- My Goverment Call Centre MyGCC: 03-8000 8000
- Tenaga Nasional Berhad (TNB): 1-800-88-5454
- Sabah Electricity: 088-515000 / 15454
- Sarawak Energy 1-300-88-3111
Diharap perkongsian ini dapat membantu anda membuat semakan. Selamat membuat semakan dan semoga bantuan kerajaan ini dapat terus membantu mengurangkan kos sara diri di Malaysia
Related : bil pada tahun 2019, syarat kelayakan, tunggakan bil pada tahun, termasuk tunggakan bil, disahkan dalam sistem ekasih, ketua isi rumah kir di bawah kategori miskin tegar, perlu membayar baki, berdasarkan pendapatan garis kemiskinan pgk, selaras dengan hasrat kerajaan untuk, menggantikan program rebat bil elektrik rm40, rebat bil elektrik rm20, semakan rebat rm40 termasuk semua jenis caj contohnya penalti lewat bayar, pejabat pembangunan persekutuan jabatan pembangunan persekutuan, tersenarai dan disahkan,