Panduan buat semua rakyat Malaysia terutamanya yang sering menguruskan atau membayar bil elektrik sendiri. Bukanlah sesuatu perkara yang lazim lagi bagi rakyat Malaysia untuk menantikan ketibaan bil elektrik ke rumah setiap bulan tidak kira yang duduk di rumah sendiri mahupun rumah sewa. Namun bagaimana jika pada suatu hari bil elektrik anda tidak kunjung tiba? Berikut dikongsikan langkah-langkah atau cara untuk anda Semak Bil TNB Online melalui Portal myTNB dan aplikasi telefon mudah alih myTNB.
Seperti yang kita sedia maklum, kebiasaannya kakitangan TNB akan menghantar bil elektrik semasa hari bekerja. Justeru itu, pelbagai masalah yang boleh berlaku terhadap bil elektrik tersebut apabila dihantar sewaktu ketiadaan orang di rumah. Ia boleh hilang, diterbangkan angin, dan macam-macam lagi. Maka bermulalah kesulitan untuk kita melangsaikan bayaran bil tersebut. Walau bagaimanapun, hal ini dapat diatasi dengan kewujudan portal myTNB. Melalui portal ini, anda dapat membuat semakan bil TNB secara online.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah bertindak seiring dengan peredaran zaman iaitu memasuki sistem atas talian atau online. Dengan ini, orang ramai lebih mudah untuk mengetahui dan menyemak bil elektrik TNB bagi setiap bulan.
Cara Semak Bil TNB Online Melalui Portal myTNB
Berikut dikongsikan cara-cara untuk mendaftar portal myTNB dan menyemak Bil TNB *semak bil TNB secara Online Guna Portal myTNB dan myTNB app buat rujukan semua:
Daftar Portal myTNB Untuk Membuat Semakan | |||
Sebelum anda boleh membuat semakan bil TNB secara online, ikuti langkah-langkah di bawah untuk mendaftar di portal myTNB: | |||
NO | LANGKAH | ||
1. | Buka Laman Web myTNB di pautan: https://www.mytnb.com.my/ | ||
2. | Ada butang untuk anda Login dan Register yang terletak di bahagian atas kanan Laman Web. Klik butang Register untuk membuat pendaftaran baru. | ||
3. | Di laman seterusnya, klik Register Now di seksyen Register for myTNB Account. | ||
4. | Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan. Antaranya:
Klik butang Create Account. | ||
5. | Anda akan menerima suatu e-mel menerusi e-mel yang didaftarkan tadi. Klik pada pautan pengesahan (confirmation link) yang disediakan dalam e-mel itu. | ||
6. | Setelah akaun anda disahkan *tambah akaun, anda boleh log masuk menggunakan alamat e-mel dan kata laluan yang telah didaftarkan itu. | ||
7. | Setelah menekan butang Login, klik pada butang Enroll for Individual. Anda akan dibawa ke dashboard akaun anda. | ||
8. | Bagi yang baru login buat kali pertama, anda perlu menambah akaun TNB untuk dihubungkan dengan akaun portal myTNB. Klik MANAGE ACCOUNT di sebelah kiri skrin dan klik butang Add Favourite/Add Account. | ||
9. | Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan termasuk nombor akaun TNB (boleh didapati di bil TNB yang dihantar ke rumah secara bulanan):
| ||
10. | Sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu akaun TNB, ulangi sahaja langkah-langkah di atas. | ||
Cara Semak Bil TNB Online Guna Portal myTNB | |||
Untuk Semak Bil TNB Guna Portal myTNB, ikuti langkah-langkah berikut: | |||
NO | LANGKAH | ||
1. | Untuk menyemak baki bil TNB terbaru, login dan rujuk pada MY DASHBOARD. | ||
2. | Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan bayaran terdahulu, klik MANAGE ACCOUNT dan klik Payment History. Anda boleh klik Print untuk mencetak bil berkenaan. |
Kegunaan Lain Portal myTNB | |||
Portal myTNB boleh digunakan untuk melakukan urusan lain, antaranya: | |||
NO | KEGUNAAN | ||
1. | Melangsaikan bayaran bil TNB yang masih tertunggak menggunakan TNB payment gateway. | ||
2. | Melakukan atau menyemak permohonan baru seperti menamatkan akaun atau menukar nama akaun, memohon penyambungan baru dan self-meter reading. | ||
3. | Melihat pola atau trend penggunaan elektrik. | ||
4. | Menganalisa penggunaan elektrik dan membandingkan dengan rumah-rumah yang hampir sama. | ||
5. | Memperoleh tips-tips berguna dalam menjimatkan penggunaan elektrik. |
Semak Bil TNB Melalui Aplikasi myTNB
Selain kaedah semakan melalui Portal myTNB, pengguna boleh juga semak bil TNB melalui aplikasi telefon mudah alih Aplikasi myTNB.
Ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat semakan :-
- 1) Muat turun aplikasi myTNB di Google Play atau AppStore
- 2) Daftar sebagai pengguna jika masih belum mendaftar sebelum ini
- Klik Register
- Iskan maklumat seperti diminta : Nama, No KP, no telefon
- Masukkan PIN yang dihantar menerusi SMS untuk pengesahan
- Tambah no akaun bil TNB (Sekiranya sebelum ini anda pernah mendaftar, maka sistem secara automatik akan memaparkan akaun anda)
Selamat melakukan Semakan Bil elektrik TNB secara Online Guna Portal dan aplikasi myTNB. Semoga dapat menguruskan bayaran bil dengan lebih efisyen pada masa akan datang.