Panduan buat semua rakyat Malaysia. Adakah anda salah seorang yang telah membuat permohonan MyKad/MyPR/MyKAS atau MyKid di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)? Sekiranya begitu, tahukah anda bagaimana caranya untuk membuat semakan status permohonan tersebut? Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara untuk Semak Status Permohonan MyKad & MyKid secara atas talian atau online buat rujukan semua.
Secara umumnya, MyKad merupakan kad pengenalan untuk warganegara Malaysia, MyPR untuk pemastautin tetap dan MyKAS adalah untuk pemastautin sementara. Manakala MyKid pula adalah kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak yang mengandungi cip. Ia dikeluarkan khas untuk kanak-kanak yang berusia di bawah 12 tahun.
MyKid pula adalah sama seperti MyKad, cuma ia tidak mempunyai gambar dan cap jari. “My” bermaksud “Malaysia” manakala “Kid” pula adalah akronim kepada “Kad Identiti Diri”. Nombor pengenalan diri yang terdapat pada MyKid ini akan digunapakai dalam semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.
Semak Status Permohonan MyKad/MyPR/MyKAS Online & SMS
TERKINI: Permohonan kad pengenalan diri kanak-kanak bercip (MyKid) akan dibuka semula di semua pejabat JPN bermula mulai Isnin, 29 Julai 2024. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyatakan bahawa permohonan boleh dibuat selepas penangguhan kerana kekurangan bekalan cip kad mentah.
Kepada yang telah membuat permohonan sebelum ini dan mempunyai resit permohonan MyKid, namun cetakan ditangguhkan, pemohon diminta untuk membuat pengesahan cetakan di portal rasmi JPN sebelum hadir membuat kutipan di Pejabat JPN yang telah dipilih. Tempoh semakan adalah tiga bulan bermula 29 Julai 2024 sehingga 31 Oktober 2024. Selepas tempoh tersebut, status permohonan MyKid akan terbatal dan permohonan baharu perlu dibuat semula.
Semakan MyKad/MyPR/MyKAS Online
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan semakan status Permohonan MyKad/MyPR/MyKAS Online buat panduan semua:
1.Klik pada pautan: Semakan JPN Online
2. Isikan nombor kad pengenalan pemohon yang berdaftar di ruangan yang disediakan *(rujuk pada resit rasmi yang diberikan semasa permohonan)
3. Isi ruangan captcha
4.Klik butang Semak
5.Anda akan mendapat makluman berkaitan status permohonan MyKad/MyPR/MyKAS tersebut
Semak Status Permohonan MyKad Melalui SMS
Selain semakan secara online, status permohonan MyKad juga dapat disemak melalui SMS seperti berikut:
1.Taip: JPN<JARAK>MYKAD<JARAK>NO. KAD PENGENALAN
Contoh: JPN MYKAD 612323224454
2. Hantar ke: 15888
*Peringatan: Caj perkhidmatan 0.15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran SMS manakala 0.20 sen untuk penerimaan
Semak Status Permohonan MyKid Online & SMS
Terdapat tiga (3) aplikasi utama yang terkandung di dalam cip MyKid iaitu Aplikasi JPN (data kelahiran),
Maklumat kesihatan dan Maklumat pendidikan. Permohonan membuat MyKid pula adalah percuma tanpa sebarang bayaran dikenakan.
Semakan MyKid Online
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan semakan status Permohonan MyKid Online buat panduan semua:
1.Klik pada pautan: Semakan Status MyKid Online
2. Isikan nombor MyKid anak yang berdaftar di ruangan yang disediakan
*(rujuk pada slip Notis Kutipan MyKid yang diberikan semasa permohonan)
3 .Isi ruangan captcha
4.Klik butang Semak.
5. Anda akan mendapat makluman berkaitan status permohonan MyKid tersebut
Semakan MyKid Melalui SMS
Selain semakan secara online, status permohonan MyKid juga dapat disemak melalui SMS seperti berikut:
1.Taip: JPN<JARAK>MYKID<JARAK>NO. MYKID
Contoh: JPN MYKID 152110211441
2. Hantar ke: 15888
*Peringatan: Caj perkhidmatan 0.15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran SMS manakala 0.20 sen untuk penerimaan
Maklumat Penting Semak Status Permohonan MyKad/ MyKid
Antara maklumat penting berkaitan semakan dan pungutan MyKad serta MyKid adalah seperti berikut:
- Pemohon dinasihatkan untuk menelefon pejabat pendaftaran dan memaklumkan tarikh kutipan sebelum hadir untuk mengambil MyKad/MyKID tersebut
- Lakukan semakan butiran MyKad/MyKid setelah menerimanya untuk memastikan tiada kesilapan maklumat
- MyKid akan diproses sewaktu permohonan pendaftaran kelahiran atau apabila permohonan gantian MyKid hilang/rosak dilakukan, dengan menggunakan borang permohonan MyKid (JPN.MYKID01)
- Tiada perkhidmatan MyKid online buat masa ini
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut, rujuk butiran berikut:
Laman Web
No. Telefon
- 03-8000 8000
Semoga perkongsian maklumat berkaitan ini dapat memudahkan urusan anda.
Related search : semakan online status permohonan kad pengenalan mykad samada sudah siap menyemak status permohonan pejabat jpn untuk mengetahui status untuk mengemukakan untuk menyediakan, sistem semakan status permohonan, layari laman web, semakan status permohonan kad pengenalan, masukkan nombor kad pengenalan,