Isu pencemaran udara telah menjadi satu bencana yang semakin teruk di Malaysia baru-baru ini. Pembakaran hutan secara sengaja dan tidak sengaja yang berlaku di sekeliling Malaysia dan Indonesia telah mengakibatkan fenomena jerebu antara yang terburuk dalam sejarah. Semakin hari semakin samar-samar penglihatan kita dek kerana jerebu yang semakin tebal. Kesihatan adalah menjadi perkara utama apabila bencana seperti ini berlaku. Maka, satu cara untuk mengukur tahap bencana ini adalah melalui Indeks Pencemaran Udara (IPU). Skala bacaan IPU akan dikongsikan di bawah beserta cara semakan bacaan IPU di kawasan masing masing secara online dan tips-tips menghadapi bencana jerebu.
IPU atau Air Pollutant Index (API) adalah kayu pengukur kepada tahap kualiti udara di sesuatu kawasan. Sekiranya bacaan IPU semakin tinggi maka kualiti udara semakin teruk dan tidak sihat untuk kita melakukan aktiviti di luar rumah dan sebagainya.
Semakan Bacaan IPU Terkini Online Indeks Pencemaran Udara (Jerebu)
Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS) telah menyediakan aplikasi untuk menyemak nilai bacaan IPU mengikut kawasan di setiap negeri di Malaysia.
Satu peta interaktif menunjukkan kawasan utama dan bacaan IPU secara (real time) memudahkan pengguna untuk mencari kawasan yang diingini. Bacaan IPU akan dikemaskini mengikut masa setiap jam oleh pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk rujukan semua.
Semak IPU Terkini Secara Online
Berikut adalah pautan yang disediakan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk bacaan IPU terkini:
Semakan IPU Melalui Aplikasi Telefon Pintar
Kementerian Alam Sekitar telah menyediakan aplikasi MyIPU untuk menyemak bacaan IPU di seluruh Malaysia. Aplikasi ini akan memudahkan pengguna kerana ia menyalurkan maklumat daripada Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS). Anda boleh memuat turun aplikasi ini secara percuma dan ia akan memaparkan bacaan IPU terkini pada setiap jam.
Berikut adalah pautan untuk memuat turun aplikasi MyIPU:
Nilai Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) | |||
Nilai IPU | Tanda Warna | Tahap Kesihatan | Kesan-Kesan Buruk |
0-50 | Sihat |
| |
51-100 | Sederhana |
| |
101-200 | Tidak Sihat |
| |
201-300 | Sangat Tidak Sihat |
| |
301 ke atas | Berbahaya |
|
Tips-Tips Kesihatan Semasa Jerebu
Berikut adalah tips yang berguna semasa menghadapi bencana jerebu yang teruk dan menjejaskan kesihatan kita:
- Semua pihak dinasihatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah atau premis kepunyaan mereka terbakar.
- Orang ramai juga diminta bekerjasama untuk melaporkan kes-kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol, 1-800-88-2727.
- Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
- Penutup hidung dan mulut (mask N95) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk.
- Orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah dan mengurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.
- Sentiasa meminum air yang banyak, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
- Nyalakan lampu kenderaan semasa memandu apabila keadaan berjerebu dan jarak penglihatan berkurangan
Pemakaian topeng muka (mask) yang sesuai
Terdapat percanggahan dalam pemakaian topeng muka yang sesuai untuk dipakai ketika jerebu ini. Berikut adalah perbandingan antara dua jenis topeng muka yang disalahguna dan yang sesuai untuk dipakai ketika jerebu:
Topeng Muka Surgical
Topeng ini tidak dapat menutup sepenuhnya kawasan pernafasan kita yang berisiko dalam menghirup udara yang tidak sihat. Kuantiti yang banyak dan kos yang murah membuatkan ramai menggunakan topeng muka ini.
Topeng Muka N95
Ianya sesuai untuk pemakai yang perlu keluar ketika keadaan berjerebu dan bacaan IPU yang amat tinggi. Topeng muka ini mampu menekap semua bahagian pernafasan kita dan menapis debu sekecil 0.3 mikrometer.
Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan
Berikut adalah Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri sebagai rujukan semua pihak
Semoga perkongsian cara semakan Bacaan IPU Jerebu ini dapat membantu rakyat Malaysia untuk lebih bersedia dalam menghadapi bencana jerebu. Diharap semua pihak memainkan peranan masing-masing dan bekerjasama dalam menjaga keselamatan dan keamanan negara.