Cara Semak Baki Pinjaman LPPSA Secara Online. Berita baik bagi penjawat awam yang ada membuat pinjaman perumahan dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Anda kini boleh menyemak baki Pinjaman Perumahan Kerajaan dari mana-mana sahaja secara SMS dan Online. Bagaimana cara untuk membuat semakan baki pinjaman perumahan kerajaan/ kakitangan awam? Jawapannya adalah menerusi Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu.
Untuk pengetahuan semua, sejak 1 Januari 2016, Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) telah ditukar nama dari nama asal iaitu Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP). Ini bagi memberikan LPPSA peranan pengurusan pinjaman perumahan daripada BPP dan sekali gus menggantikannya. Berikut dikongsikan panduan semakan baki pinjaman dan langkah-langkah mengaktifkan akaun untuk membuat semakan.
Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA Online Da SMS
Sebagai panduan, berikut dikongsikan maklumat mengenai cara membuat semakan baki pinjaman perumahan kerajaan.
1. Semakan Baki Pinjaman Perumahan melalui SMS
Kaedah pertama untuk menyemak baki pinjaman adalah dengan menggunakan khidmat Pesanan Ringkas ataupun SMS (mySMS 15888). Sila rujuk panduan berikut untuk membuat semakan:
Taipkan | LPPSA <jarak> Baki <jarak> No Kad Pengenalan |
Contoh | LPPSA BAKI 770311054786 |
Kemudian | Hantar SMS ke 15888 |
Untuk mendapat penjelasan yang lebih lanjut, grafik di bawah ini dapat dijadikan rujukan:
2. Semakan Pinjaman Perumahan Secara Online
Kaedah seterusnya untuk membuat semakan pinjaman perumahan adalah secara online di Portal Sistem Perumahan Bersepadu (SPPB). Bagi pengguna kali pertama, anda mesti membuat pendaftaran terlebih dahulu.
- Pendaftaran pengguna baru boleh dibuat di link berikut: Portal SPPB
- Anda diperlukan untuk mengisi butiran-butiran penting yang dikehendaki seperti klasifikasi perkhidmatan samada:
- Perkhidmatan Awam,
- Polis,
- Tentera,
- Anggota Pentadbiran Kerajaan Tempatan atau Badan Berkanun
- LPPSA.
- Seterusnya pemohon dikehendaki mengisi:
- Pilihan Gelaran (seperti Encik, Puan, Cik dan sebagainya)
- Nama seperti yang ditulis pada Kad Pengenalan.
- Ikut arahan seterusnya yang diberikan oleh sistem dan teruskan proses pendaftaran.
- Jika terdapat sebarang kemusykilan, Manual Pengguna juga disediakan di pautan:
Manual LPS
Setelah mendaftar, beberapa modul yang boleh diakses oleh pengguna adalah seperti berikut:
- Semak status permohonan baharu
- Status baki pinjaman
- Status bayaran kemajuan
- Penghantaran hakmilik
- Bayaran balik pinjaman
- Penyata tahunan
Kemudian, untuk membuat semakan Baki Pinjaman Perumahan, anda boleh lakukannya melalui pautan: Semak Baki
- Log masuk
- Isi kata laluan serta nama
Maklumat Lanjut Semakan Baki Pinjaman LPPSA
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
Kompleks Kementerian Kewangan,
No.9, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya
Talian Bantuan
- Pusat Panggilan Utama : 03 – 8880 1600
Diharapkan perkongsian ini dapat membantu kakitangan awam dalam membuat semakan pinjaman perumahan dengan mudah. Selamat membuat Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA Secara Online dan semoga anda dapat mengatur perbelanjaan dengan bijak dan berhemah.