Panduan buat rakyat Malaysia terutamanya yang membawa kenderaan sendiri. Adakah anda seorang pemandu yang sering menggunakan lebuhraya bertol di Malaysia? Sekiranya begitu, pasti anda memiliki kad Touch n Go. Jika tidak, adalah dinasihatkan untuk anda memperoleh kad Touch n Go untuk memudahkan urusan melalui tol. Tahukah anda bahawa ada cara yang mudah untuk menyemak baki kad Touch n Go? Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara membuat Semakan Baki Touch n Go Online dengan menggunakan aplikasi telefon pintar.
Buat makluman semua, Touch n Go telah melancarkan aplikasi eWallet untuk memudahkan para pengguna. Aplikasi eWallet ini membolehkan para pengguna untuk memautkan (link) kad Touch n Go mereka terus ke telefon pintar masing-masing. Justeru itu, dengan menggunakan telefon pintar sahaja, para pengguna boleh membuat urusan-urusan seperti berikut:
- Semak baki kad
- Melakukan bayaran (bil utiliti, tiket wayang, tiket penerbangan dan sebagainya)
Di telefon pintar juga, para pengguna boleh mendaftarkan sehingga tiga kad dalam satu akaun yang sama.
Semakan Baki Touch n Go Secara Online Melalui Aplikasi Telefon Pintar
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Touch n Go Online Melalui Aplikasi Telefon Pintar buat rujukan semua:
Cara Menyemak Baki Touch n Go | |||
Untuk membuat semakan baki Touch n Go di telefon pintar, turuti langkah-langkah berikut: | |||
NO | LANGKAH | ||
1. | Anda hendaklah memuat turun aplikasi Touch n Go di telefon pintar. Klik pada pautan di bawah. Pilih samada anda hendak memuat turun aplikasi untuk Android atau iOS: | ||
2. | Klik TNG Card untuk mengakses kad Touch n Go. | ||
3. | Isikan nombor siri Touch n Go anda dan tekan butang SUBMIT. Anda boleh mendapatkan nombor siri di belakang kad Touch n Go anda. Sekiranya anda menggunakan kad pengenalan sebagai kad Touch n Go, anda boleh merujuk pada resit yang diperoleh setelah melakukan urusan tambah nilai untuk mendapatkan nombor siri. | ||
4. | Setelah selesai melakukan langkah nombor 3, baki kad akan dipaparkan. | ||
Maklumat Lanjut | |||
Berikut dikongsikan serba sedikit maklumat tambahan berkaitan Aplikasi Telefon Pintar Touch n Go eWallet: | |||
1. | Dengan menekan ADD A NEW TNG CARD, anda boleh membuat penambahan sehingga tiga (3) kad dalam satu aplikasi. | ||
2. | Baki boleh disemak pada bila-bila masa. Namun begitu, setelah transaksi dilakukan, proses mungkin mengambil masa sehari untuk dikemaskini. | ||
3. | Proses merekodkan bayaran tol hanya akan berlaku dalam tempoh 48 jam (dua hari) bermula dari waktu transaksi sebenar dilakukan. Untuk melihat transaksi kad Touch n Go anda bagi tempoh 30 hari, tekan Transaction History. | ||
4. | Kepada yang tertanya-tanya, pihak Touch n Go masih belum menyatakan cara untuk melakukan urusan tambah nilai menggunakan online banking. |
Diharap agar maklumat berkaitan cara untuk membuat Semakan Baki Touch n Go Online Melalui Aplikasi Telefon Pintar ini dapat memberi manfaat buat semua. Selamat berjaya menggunakan aplikasi ini dan berhati-hati ketika memandu di jalanraya.