Perhatian buat semua rakyat Malaysia. Adakah anda salah seorang yang telah membuat permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)? Sekiranya begitu, sudah pasti anda ingin membuat semakan status permohonan untuk mengetahui samada permohonan yang telah dilakukan sebelum ini lulus atau tidak. Oleh itu, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Bantuan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat). secara atas talian/ online.
Untuk makluman semua, bantuan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah dalam bentuk bantuan kewangan. Antara matlamat pemberian bantuan ini adalah melengkapkan keperluan asas sebagai cara untuk membantu meringankan bebanan hidup penerima bantuan serta memberi alat sokongan sosial bagi menggalakkan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan terhadap bantuan.
Semak Status Permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (Semakan Bantuan JKM) Secara Online
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara semak Bantuan JKM 2020 Online (Jabatan Kebajikan Masyarakat) untuk panduan semua.
Sila ikuti langkah-langkah yang dikongsikan untuk membuat semakan status JKM Online.
Cara Semak Bantuan JKM Online
Bagi mereka yang telah berjaya melengkapkan permohonan, cara mudah untuk membuat Semakan Bantuan JKM secara online adalah seperti berikut:
1.Pertama sekali, sila klik Pautan : Semakan Status Permohonan Bantuan JKM
2. Klik Butang Semak : Semakan Status Permohonan Atas Talian
3. Masukkan No MyKad Kad Pengenalan Ahli dan klik Semak. Klik Tutup sekiranya ingin membatalkan urusan tersebut
Nota : Senarai hanya akan menunjukkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima.
Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Bahagian/ Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat
Jenis-Janis Bantuan JKM
Semua permohonan bantuan JKM yang dibuat perlu memenuhi kriteria dan kadar pemberian bantuan kebajikan berdasarkan kepada setiap jenis bantuan berikut:
- Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
- Bantuan Orang Tua (BOT)
- Elaun Pekerja Cacat (EPC)
- Bantuan Kategori OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
- Bantuan Am Persekutuan (BA)
- Bantuan Anak Pelihara (BAP)
- Bantuan Latihan Perantis (BLP)
- Bantuan Geran Pelancaran (GP)
- Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)
- Tabung Bantuan Segera (TBS)
Objektif Pemberian Bantuan JKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Online menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan untuk mencapai matlamat seperti berikut:
1.Membantu melengkapkan keperluan asas sebagai usaha untuk mengurangkan bebanan hidup penerima bantuan
2. Sebagai sumber kewangan sementara buat penerima bantuan menerukan kelangsungan serta kesejahteraan hidup
3. Sebagai alat sokongan sosial untuk menggalakkan penerima bantuan hidup berdikari serta mengurangkan tahap kebergantungan terhadap bantuan
4. Sebagai alat pemulihan supaya penerima bantuan terus kekal tinggal bersama masyarakat atau komuniti
Permohonan Bantuan JKM Online
Cara-cara untuk membuat permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) secara Online adalah seperti berikut:
Sila Akses pautan di bawah:
- Klik : eBantuan JKM Sistem Pengurusan Bantuan Kebajikan
- Klik Daftar Permohonan Atas Talian
- Klik Daftar Permohonan
- Pilih Negeri dan isi No. Kad Pengenalan Baru. Klik Daftar
- Lengkapkan maklumat selanjutnya sehingga selesai
*Nota : Sila hadir ke pejabat kebajikan masyarakat daerah bahagian jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat dalam tempoh masa 14 hari dari tempoh permohonan dilakukan atas talian. Kegagalan melakukan sedemikian akan menyebabkan sistem membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
Dokumen Permohonan Yang Diperlukan
Semasa hadir ke pejabat, bawa dokumen-dokumen penting seperti berikut:-
- Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon
- Salinan MyKad/ Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU (Sekiranya tergolong dalam kategori OKU)
- Salinan penyata pendapatan/ surat akaun pendapatan (sekiranya bekerja sendiri)
- Salah satu Bil Utiliti (air/elektrik/telefon/astro)
- Laporan pegawai perubatan dari hospital/ klinik kesihatan kerajaan/ swasta (untuk kes OKU tidak bekerja/ terlantar/ kronik/ alat tiruan)
Maklumat Lanjut Semakan Bantuan JKM
Sekiranya ada sebarang maklumat lanjut berkaitan, hubungi:
Alamat
- Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
No. Telefon
- 03-8000 8000
Faks
- 03-8323 2045
Emel
Diharap agar perkongsian panduan cara semakan ini dapat memudahkan urusan serta menjimatkan masa anda. Selamat berjaya menerima bantuan dan gunakannya dengan sebaik mungkin.
*Penafian: Maklumat yang diperolehi adalah merujuk kepada maklumat rasmi daripada Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sebarang permohonan atau semakan hendaklah dibuat terus di laman web portal rasmi tersebut.
Related search : untuk penilaian means tested borang permohonan isi rumah, tempoh 14 hari, pejabat kebajikan masyarakat mengikut, warga emas, kebajikan masyarakat mengikut daerah, ibu tunggal