Cara Semak Bil Astro Secara Atas Talian/ Online Dan SMS. Perhatian buat semua rakyat Malaysia terutamanya yang melanggan Astro di rumah. Pada hari ini, Astro bukan lagi sesuatu yang lazim bagi kita. Boleh dikatakan hampir setiap rumah di kawasan bandar mahupun kampung ada membuat langganan Astro yang merangkumi pelbagai kadar harga mengikut pakej yang dilanggan. Dan antara perkara penting yang diambil berat oleh para pelanggan semestinya bil bulanan yang perlu dibayar. Berikut dikongsikan cara membuat semakan Bil Astro di Portal Astro Self-Service buat rujukan pelanggan perkhidmatan TV Satelit berbayar di Malaysia.
Sekiranya suatu masa dahulu kita menerima bil Astro yang dihantar ke rumah secara manual, hari ini secara beransur ia telah digantikan dengan penghantaran bil melalui e-mel. Kini, pelanggan dapat membuat urusan melalui ebilling Astro di mana antara manfaatnya adalah mampu mengelakkan kelewatan menerima bil menerusi e-mel. Sekiranya anda berminat untuk memperoleh jumlah terkini bil semasa dengan cara yang baru, anda boleh mula membuat Semakan Bil Astro Secara Online Dan SMS.
Cara Semak Bil Astro Mudah Dan Pantas
Berita baik buat pelanggan Astro. terdapat beberapa cara yang tersedia untuk pelanggan memeriksa bil mereka seperti berikut :-
- Portal layan diri Astro : Wajibkan pelanggan log masuk ke portal ATAU Daftar di https://selfservice.astro.com.my
- SMS : Mewajibkan pelanggan untuk mendaftarkan nombor telefon bimbit yang sah
- E-bil : Mewajibkan pelanggan untuk mendaftarkan alamat e-mel yang sah
- IVR : Wajibkan pelanggan mendail nombor akaun Astro 10 digit mereka
- Saluran 200 : Wajibkan pelanggan mempunyai kotak ‘terhubung’ (Set-Top-Box disambungkan ke internet)
- Aplikasi My Astro App : Wajibkan pelanggan memuat turun aplikasi My Astro melalui Google Play Store atau Apple App Store
i) Semakan Bil Astro Secara Online Melalui Portal Layan Diri Astro Self-Service
Astro Self-service Portal merupakan sebuah portal all-in-one (semua dalam satu) yang membolehkan anda mengawal akaun Astro anda sekaligus memberi anda akses kepada pelbagai ciri perkhidmatan. Ianya menyediakan perkhidmatan seperti pengurusan akaun, pengurusan bil, pengurusan langganan, dan ciri tambahan lain.
Anda boleh mengakses akaun Astro anda secara dalam talian melalui portal layan diri Astro di pautan berikut
- Astro Self-Service Portal
- Pastikan anda mendaftar akaun terlebih dahulu jika belum mendaftar. Rujuk tutorial cara pendaftaran akaun di bawah ini. Untuk mereka yang telah mendaftar, anda boleh terus login masuk ke akaun
Cara Daftar & Login Masuk Astro Self-Service | |||
Berikut dikongsikan cara-cara untuk melakukan Semakan Bil Astro melalui kaedah atas talian/ Online Dan SMS buat panduan semua. Pastikan bayaran dibuat mengikut tarikh yang telah ditetapkan bagi mengelakan gangguan perkhidmatan. | |||
NO | LANGKAH | ||
1. | Buka Laman Web Rasmi Astro di pautan: https://www.astro.com.my/ | ||
2. | Ada butang My Account yang terletak di bahagian atas kanan Laman Web. Klik butang tersebut dan log masuk sekiranya anda sudah memiliki Astro ID. | ||
3. | Di laman seterusnya, ikuti langkah-langkah berikut:
| ||
4. | Jika anda belum memiliki Astro ID, klik REGISTER
| ||
5. | Di peringkat REGISTER, isikan maklumat-maklumat berikut:
Klik Sign Up Ikuti langkah-langkah seterusnya bagi peringkat VERIFY dan COMPLETE. | ||
6. | Anda boleh melihat bil Astro anda dengan Login Masuk ke akaun anda
|
ii) Semakan Bil Astro Melalui SMS
Semakan dapat dilakukan dengan dua kaedah. Berikut merupakan cara-caranya: | |
NO | LANGKAH |
1. | Semakan SMS menggunakan Nombor akaun Astro
Contoh
|
2. | Semakan SMS menggunakan Nombor IC pemilik akaun Astro
Contoh
|
iii) e-Billing Astro
- CEPAT : Tidak perlu menunggu lagi pernyataan bil tiba di e-mel
- MESRA ALAM (Eco Friendly) : Menjimatkan pokok, mengurangkan pembaziran kertas
- KESELESAAN : Akses cepat dan mudah ke bil Astro anda bila-bila masa, di mana-mana tempat
- PERCUMA : Tanpa bayaran bulanan untuk perkhidmatan e-Bill
Bagaimana untuk mendaftar e-billing?
- Daftar / Log masuk ke portal layan diri Astro. Pilih “Bil & Pembayaran” dari menu sampingan dan klik pada “E-billing pendaftaran”
- Di bawah bahagian “Preferensi Bil”, pilih pilihan “E-mel” dari menu lungsur turun dan masukkan alamat e-mel pilihan anda untuk menerima e-bil anda dan klik “Simpan”
- E-mel pengesahan dihantar kepada anda, klik pautan untuk menyelesaikan langganan
iv) Aplikasi My Astro
Muat turun atau download aplikasi telefon mudah alih di Google Play dan App Store
Selamat melakukan Semakan Bil Astro Secara Online Dan SMS. Semoga dapat menguruskan bayaran dengan lebih efisyen pada masa akan datang.