Semakan Status Keputusan Permohonan Dan Bayaran BMT Online. Tahukahkah anda pekebun kecil layak menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang dikawal selia oleh RISDA? Untuk makluman, peruntukan sebanyak RM190 juta bakal diberikan kepada penerima BMT menerusi Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi seperti diumumkan dalam Bajet 2022. Berikut dikongsikan panduan cara membuat semakan BMT secara online menerusi Portal Rasmi Pekebun Kecil Makmur RISDA.
Pemohon Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang berjaya akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM800, RM200 pada November, RM200 pada Disember 2024, RM200 pada Januari dan RM200 pada Februari 2025. Pada tahun 2022, jumlah bantuan adalah sama iaitu sebanyak RM300 sebulan. Ianya akan dibayar kepada pekebun kecil dan penoreh getah yang berkelayakan selama empat bulan bermula dari November, Disember 2024, Januari dan Februari 2025. BMT diberikan untuk memastikan kebajikan pekebun kecil/ penoreh getah terpelihara ketika musim hujan yang berpanjangan terutama di tiga negeri yang terjejas iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Semakan Status Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh Online (BMT)
Berikut dikongsikan maklumat penting dalam Semakan secara online permohonan BMT (Semakan BMT). Pemberian bantuan bakal dimanfaatkan oleh seramai 232,319 penerima yang layak.
Permohonan Baharu dibuka dari 1 Jun hingga 30 September 2024. Permohonan yang gagal boleh membuat rayuan akan dikemaskini.
Tarikh Penting Dan Aplikasi Semakan BMT Online
Permohonan Baharu untuk BMT hendaklah dilakukan sepenuhnya secara online sebelum tarikh tutup iaitu:
- 30 September 2024
Berikut dikongsikan cara mudah dalan membuat semakan bantuan BMT online. Pautan applikasi BMT untuk semakan secara atas talian adalah seperti berikut :-
- SEMAKAN PERMOHONAN BMT / https://pekebunkecil.risda.gov.my atau CHECK STATUS
- Langkah semakan akan dikemaskini dari semasa ke semasa
Peringatan : Bagi nama yang tiada dalam senarai, permohonan BMT baru boleh di buat secara atas talian mengikut tarikh yang telah dinyatakan di atas di PORTAL PEKEBUN KECIL RISDA. Senarai yang layak akan dimasukkan ke dalam sistem
Permohonan Baharu
Pekebun kecil atau penoreh yang layak boleh membuat permohonan baharu BMT dengan cara-cara berikut:
Syarat Permohonan
Syarat untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:
Pekebun Kecil RISDA:
- Warganegara Malaysia
- Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA
- Menoreh atau mengusahakan kebun getah berkeluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar secara agregat
- Pemilik tanah yang sah
- 1 Lot hanya seorang penerima bantuan sahaja
Penoreh Bukan Pemilik:
- Warganegara Malaysia
- Penoreh bukan pemilik berdaftar dengan RISDA
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar
- Pengesahan pemilik tanah yang sah
- 1 Lot hanya seorang penrima
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang sah
Nota : Syarat Lengkap BMT 2024
Dokumen Penting
Sertakan salinan dokumen-dokumen berikut:
- Kad Pengenalan Baru
- Kad SIC RISDA untuk permohonan Pemilik (jika ada)
- Geran Asal Tanah Yang Sah
- Buku Akaun Bank Yang Aktif
- Kad PAT-G (untuk penoreh bukan pemilik)
Maklumat Lanjut Semakan Bantuan BMT
Untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, hubungi :
- Laman web Pekebun Kecil RISDA
- Laman web rasmi RISDA
- No. Tel : 03-4251 0171 (Hotline BMT)
Selamat membuat Semakan Bantuan Musim Tengkujuh online. Semoga pemberian bantuan BMT dapat meringankan beban yang ditanggung lantaran tidak dapat menoreh pada musim waktu hujan yang panjang.