Cara Semakan Dividen Koperasi Angkatan Tentera. Adakah anda merupakan anggota yang berdaftar dengan Koperasi Tentera? Sekiranya ya, di bawah dikongsikan cara untuk menyemak dividen yang dikeluarkan oleh Koperasi Tentera pada bulan Julai setiap tahun. Selain daripada mendapat dividen, anggota Koperasi Tentera juga boleh mendapatkan khidmat skim pembiayaan, insurans dan pakej gadaian selain bantuan kebajikan.
Koperasi Tentera merupakan sebuah koperasi serbaguna yang ditubuhkan pada tahun 1960 demi maningkatkan taraf sosio ekonomi dan kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia serta kakitangan awam di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia. Untuk makluman, Angkatan Tentera Malaysia merangkumi Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.
Semakan Dividen Koperasi Angkatan Tentera Secara Online Dan SMS
Berikut dikongsikan maklumat terperinci berkenaan cara semak Kadar Dividen Koperasi Angkatan Tentera untuk panduan semua.
Bagi mereka yang belum mendaftar, anda boleh menghubungi Pusat Panggilan Pelanggan Koperasi Tentera (KT) pada talian yang dikongsikan di bawah atau memuat turun borang keanggotaan pada pautan berikut:
Nota: Borang yang lengkap boleh dihantar ke mana-mana cawangan KT yang berhampiran.
Download Aplikasi
Koperasi Tentera telah membangunkan aplikasi mudah alih bagi membantu anggota menjalankan urusan seperti melihat baki akaun, pengurusan dana dan juga pembayaran secara online dan mudah.
Anda boleh muat turun aplikasi tersebut yang kini dikenali sebagai MyWira, berdasarkan spesifikasi telefon bimbit anda pada pautan berikut:
Lazimnya, KT akan mengumumkan pembayaran dividen pada bulan Mei, Jun ataupun Julai. Bagi tahun 2022, kadar dividen yang telah diumumkan adalah sebanyak 7% dan anggota boleh membuat pengeluaran mulai tarikh yang dikongsikan di bawah:
Untuk melakukan pengeluaran dividen, anggota perlu mengisi borang pengeluaran dividen secara online mengikut tarikh yang ditetapkan. Bagi dividen tahun 2022, tarikh tutup penghantaran borang adalah pada 26 Jun 2023. Di bawah merupakan pautan kepada borang tersebut:
Semakan Secara SMS
Bagi membuat semakan dividen secara SMS pula, anggota perlu mengikuti langkah-langkah seperti berikut:
- Taip KT<jarak>DIV<jarak>No. Tentera/ Mykad
- Hantarkan ke 33310
NOTA: Caj penghantaran setiap SMS adalah sebanyak RM0.30
Maklumat Lanjut
Jika anda menghadapi sebarang masalah atau pertanyaan lanjut, sila hubungi:
- Laman Web Rasmi Koperasi Tentera (www.katmb.com.my)
- Pusat Khidmat Pelanggan: 1 300 8000 58
- Emel: customercare@katmb.com.my