Perhatian bagi mereka yang telah membuat permohonan pengeluaran wang Akaun 2 KWSP atau dikenali sebagai i-Lestari online. Pasti anda ingin membuat semakan status permohonan tersebut untuk mengetahui adakah permohonan berjaya lulus atau gagal. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan sistem atau portal i-Lestari pada 1 April 2020 bagi memudahkan proses permohonan dan semakan status pengeluaran wang akaun 2 KWSP. Berikut adalah cara membuat Semakan i-Lestari Status Pengeluaran Wang KWSP Secara Online
Sebagai makluman, program i-Lestari telah diumumkan oleh Perdana Menteri sebagai salah satu bantuan kepada rakyat dalam Pakej Rangsangan PRIHATIN akibat wabak COVID-19. Kemudahan i-Lestari adalah bagi semua ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah. Mereka boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 dengan kadar maksimum RM500 sebulan bagi tempoh selama 12 bulan iaitu dari bulan April 2020 hingga bulan Mac 2021
Cara Semak i-Lestari Status Pengeluaran Wang KWSP Secara Online
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara semak i-Lestari Status Pengeluaran Wang KWSP Secara Online seperti tarikh semakan, cara membuat semakan dan sebagainya untuk panduan semua ahli.
Tarikh Semakan i-Lestari | |||
Dibuka | Ditutup | ||
Mulai 14 April 2020 | – |
Nota: Semakan status permohonan i-Lestari pengeluaran wang KWSP secara online boleh dibuat bermula tarikh di atas iaitu tarikh portal i-Lestari dilancarkan
Sila ikuti langkah-langkah yang dikongsikan untuk membuat semakan status permohonan i-Lestari pengeluaran wang KWSP secara online
Panduan Membuat Semakan Status i-Lestari | |||
Untuk mereka yang telah berjaya menghantarkan permohonan, cara mudah untuk membuat semakan permohonan i-Lestari pengeluaran wang KWSP secara online adalah seperti berikut: | |||
NO | LANGKAH | ||
1. | Pertama sekali, klik pada Pautan : Semak Status Pengeluaran Wang KWSP i Lestari | ||
2. | Masukkan Nombor MyKad. Nombor Telefon Bimbit. tandakan petak ‘Saya bukan robot’ dan klik Semak |
NOTA: Semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh dua (2) hari selepas permohonan secara dalam talian dibuat
Syarat Kelayakan Permohonan i-Lestari | |||
Bagi yang belum membuat permohonan, pemohon perlu memenuhi syarat kelayakan permohonan i-Lestari pengeluaran wang KWSP seperti berikut: | |||
NO | SYARAT | ||
1. | Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap | ||
2. | Berusia di bawah 55 tahun | ||
3. | Memiliki baki simpanan di dalam Akaun 2 tertakluk kepada baki Akaun 2 semasa proses pembayaran pada bulan tersebut dibuat | ||
4. | Bukan Warganegara Malaysia (Fasa 2) |
Permohonan pengeluaran adalah melalui :-
- e-pengeluaran (i-akaun ahli)
- i-Lestari online
- Serahan pos/ kurier
Tarikh Pembayaran
Untuk makluman, permohonan pengeluaran i-Lestari yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020 iaitu bermula 4 Mei. Manakala untuk permohonan yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula daripada tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.
Pembayaran hanya akan dikreditkan melalui bank panel KWSP sahaja. Kaedah bayaran Pengeluaran i-Lestari kepada Ahli yang tiada akaun bank boleh dibuat secara Arahan Bayaran. Walau bagaimanapun, ahli adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank di mana-mana panel bank KWSP bagi mempercepatkan proses bayaran secara pengkreditan terus setelah membuat permohonan pengeluaran i-Lestari.
Infografik Permohonan dan Semak i-Lestari Status Pengeluaran Wang KWSP Secara Online | |||
Berikut disediakan infografik bagi Semakan Permohonan i-Lestari Status Pengeluaran Wang KWSP Secara Online sebagai panduan buat para pemohon; |
Maklumat Lanjut
Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi pihak KWSP:
Cawangan / Kaunter
- Pejabat dan Kios KWSP Seluruh Malaysia
No. Telefon
- +603-8922 6000
Portal Rasmi
- Portal Rasmi KWSP
Diharap agar perkongsian panduan Semakan Status Pengeluaran Wang i-Lestari KWSP Secara Online ini dapat memudahkan urusan serta menjimatkan masa anda. Selamat berjaya mengeluarkan wang Akaun 2 KWSP dan gunakannya untuk keperluan asas dengan sebaik mungkin.