Perhatian buat rakyat Malaysia terutamanya yang sering terlibat dengan aktiviti di pesisiran pantai, lautan atau sungai. Tahukah anda bagaimana caranya untuk mengetahui jadual air pasang surut? Buat pengetahuan semua, semakan jadual air pasang surut boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Portal Rasmi JUPEM.
Mengapa perlu membuat semakan jadual air pasang surut? Ini untuk memudahkan perancangan aktiviti-aktiviti yang melibatkan kawasan perairan seperti memancing atau menangkap hasil lautan. Air pasang surut dipantau pada waktu matahari terik dan bulan terbit serta terbenam. Ia bertujuan untuk mengesan waktu ikan aktif supaya dapat menjalankan aktiviti memancing dengan efisyen serta dalam keadaan cuaca yang sesuai.
Pada masa yang sama, dengan mengetahui jadual air pasang surut, sebarang kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan. Para nelayan dan pemancing juga dapat meningkatkan kebarangkalian untuk memperoleh hasil tangkapan dalam jumlah yang lebih banyak.
Semakan Jadual Air Pasang Surut Di Malaysia Secara Online Melalui Portal JUPEM
Pasang surut adalah merupakan fenomena alam di laut, iaitu gerakan naik turun air laut secara beratur dan berulang-ulang. Gerakan tersebut terjadi secara keseluruhan dari permukaan hingga dasar laut. Di perairan pantai gerakan naik turun dapat menimbulkan arus pasang surut. Hal ini dipengaruhi oleh gaya graviti antara bumi dengan bulan, matahari, atau keduanya.
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) merupakan Agensi Kerajaan yang bertanggungjawab untuk melaksanakan kerja-kerja ukuran dan pemetaan di Malaysia. Salah satu peranan JUPEM ialah untuk merekod, mengutip dan menyebarkan maklumat air pasang surut bagi tujuan mewujudkan datum tegak kebangsaan. Selain itu, maklumat air pasang surut ini juga digunakan untuk pelbagai aplikasi seperti ukur dan pemetaan, pembangunan, kejuruteraan, pengurusan bencana, kajian saintifik dan sebagainya.
Terdapat 22 buah stesen yang boleh digunakan untuk membuat semakan Jadual Air Pasang Surut terkini. Ada 12 lokasi di Semenanjung Malaysia, 4 lokasi di Sarawak dan 6 lokasi di Sabah.
Jadual Air Pasang Surut Setiap Stesen Di Malaysia (JUPEM) | |||
Berikut dikongsikan senarai stesen yang boleh digunakan untuk memperoleh maklumat berkaitan air pasang surut di serata Malaysia: | |||
NO | STESEN | ||
1. | Johor Bahru, Johor | ||
2. | Kukup, Johor | ||
3. | Tanjung Sedili, Johor | ||
4. | Pulau Langkawi, Kedah | ||
5. | Pulau Pinang, Pulau Pinang | ||
6. | Lumut, Perak | ||
7. | Pelabuhan Klang, Selangor | ||
8. | Tanjung Keling, Melaka | ||
9. | Pulau Tioman, Pahang | ||
10. | Tanjung Gelang, Pahang | ||
11. | Cendering, Terengganu | ||
12. | Geting, Kelantan | ||
13. | Kudat, Sabah | ||
14. | Kota Kinabalu, Sabah | ||
15. | Sandakan, Sabah | ||
16. | Tawau, Sabah | ||
17. | Lahad Datu, Sabah | ||
18. | Miri, Sarawak | ||
19. | Bintulu, Sarawak | ||
20. | Sejingkat, Sarawak | ||
21. | Pulau Lakei, Sarawak | ||
22. | Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan |
Pautan semakan klik JUPEM.
Maklumat yang dikongsikan di setiap stesen kawasan termasuklah masa, ketinggian air dan option ramalan sepanjang 7 hari.
Maklumat air pasang surut adalah berdasarkan kepada Air Surut Perbani India (Indian Sprint Low Water).
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, rujuk butiran di bawah:
Laman Web Rasmi Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
Facebook Rasmi Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
Waktu Operasi Pusat Khidmat Pelanggan di Ibu Pejabat JUPEM
- Isnin – Khamis: 7.30 pagi – 5.30 petang
- Jumaat: 7.30 pagi – 12.00 tengahari; 2.45 petang – 5.30 petang
- Sabtu – Ahad / Hari Kelepasan Am: Tutup
Soalan Lazim (FAQ)
Semoga perkongsian maklumat berkaitan Semakan Jadual Air Pasang Surut Online dapat memberi manfaat buat semua terutamanya yang terlibat dengan aktiviti di kawasan perairan. Selamat membuat semakan dan perancangan yang sepatutnya.
Related : google chrome, pasang surut air laut, mozilla firefox, internet explorer, november 2022, paparan terbaik menggunakan, mudah alih, ramalan pasang surut,